Perkahwinan bertujuan untuk membangunkan institusi kekeluargaan dan ia sangatlah digalakkan di dalam Islam. Ia juga bertujuan untuk memenuhi keperluan fitrah manusia, mengembangkan masyarakat Islam serta mewujudkan ketenangan dan ketenteraman jiwa.

Jangan Guna Hak Isteri Kalau Hatinya Separuh Redha, Walau Mulut Kata Setuju! Hukumnya Haram

Galakan Islam terhadap perkahwinan agar mendapat banyak kebaikan dan faedah daripadanya. Ini seperti hadis daripada Abdullah bin Amr RA, sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Dunia merupakan keseronokan sementara dan keseronokan yang paling baik ialah wanita yang solehah.”

Riwayat Muslim (1467)

Begitu juga, suami isteri merupakan pasangan yang saling melindungi di antara satu sama lain dan saling perlu memerlukan. Ini diperumpakan di dalam al-Quran, firman Allah SWT:

Maksudnya: Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka

(Surah al-Baqarah, 187)

Jangan Guna Hak Isteri Kalau Hatinya Separuh Redha, Walau Mulut Kata Setuju! Hukumnya Haram

Nafkah Dan Tanggungjawab Suami Isteri

Nafkah adalah pembelanjaan keperluan manusia seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan selainnya. Ia dinamakan Nafaqah kerana dikeluarkan atau digunakan untuk keperluan itu. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/274)

IKLAN

Namun ramai sekarang yang terlupa tentang ‘HAK ISTERI’ kerana terlalu selesa apabila dibantu isteri. 

Jangan Guna Hak Isteri Kalau Hatinya Separuh Redha, Walau Mulut Kata Setuju! Hukumnya Haram

Semalam saya terdengar ceramah dan soal jawab agama di radio Kedah semasa keluar mencari salon rambut.

‘Seorang suami tidak boleh mengguna harta isteri tanpa redhanya. Banyak kita lihat hari ini, isteri bekerja dan membeli kereta yang agak selesa. Maka suami dengan kuasa vetonya memaklumkan bahawa dia yang berhak guna kereta itu. Sedangkan isteri mungkin disuruh guna kereta lama atau yang lebih kecil. Alasan abang sudah bayar duit rumah, letrik dan seterusnya.

Hukumnya haram. Walau mulut isteri kata setuju tetapi hatinya separuh redha. Sebab kamu apa yang kamu niatkan. Itu lebih terpakai. Maka suami suami yang sudah buat silap segera minta maaf dan minta isteri redhakan. Sebaiknya pulangkan kepada isteri haknya yang kamu ambil supaya kamu tidak keciwa di hari kamu dihisab di padang mahsyar nanti’

Masyaallah

Begitu sekali Allah memuliakan wanita. Dan mungkin kurang ilmu agama membuatkan sebahagian masyarakat membuat perkara di atas.Tanpa sedar itu adalah satu dosa besar. Mengambil hak orang lain.

IKLAN

Lumrah dalam kehidupan masa kini isteri berpendapatan membeli rumah, membeli kereta lebih selesa dan bukan sahaja anak anak malah suami juga turut mendapat manfaat. Ini sudah terbalik kerana hak menyedia kediaman itu tanggungjawab suami.
Okay fine! Isteri boleh beli supaya jadi aset untuknya di masa depan. Sepatut aset itu diguna untuk jana pendapatan kembali.

Isteri biasanya akur dengan permintaan suami
Pertama untuk menjaga keharmonian rumahtangga, malas gaduh. Walau hati bengkak bila selalu sangat terpaksa merelakan. Ironinya jika suami lasak kereta ke sana ke sini bila perlu masuk bengkel duit isteri juga perlu keluar. Alasan sebab kereta itu atas namanya.

Teringat saya kisah semasa saya menjadi Guru Besar Tadika Al Azhar satu masa dahulu.

‘Saya nak ambik duit gaji dulu bulan ni boleh dak?’
‘Eh! Baru 10haribulan’
‘Kereta rosak nak bayar perbaik’
‘Selalu kan mai nak motor, macamana boleh rosak?’
‘Suami yang dok guna, tu motor dia yang saya pakai’

Terkejut besar saya kerana setahu saya kereta itu memang atas namanya kerana saya yang mengesah slip gaji ketika dia memohon pinjaman. Dan suaminya setahu saya lebih besar gaji darinya berdasar jawatan yang disandang. Malah dia sendiri pernah terbabas semasa hujan dan ketika mengandung anak kedua dahulu.
Dengan berat hati saya hulurkan juga jumlah yang diperlukan.

Itu adalah situasi yang membuat saya mengaitkan cerita suami beberapa tahun lepas

Suami: Abah pernah maklum kat saya sebelum abah pi umrah yang akhir. Hari ni abah lega hutang abah dah selesai sambil tunjuk buku banknya.Hutang apa abah?

IKLAN

Abah: Hutang masa dok sara hampa mengaji la. (menyara persekolahan).

Suami:Banyak mana tu?

Abah: Puluh ribu juga. Yang akhir ni abah bayar 16ribu.

Suami:Kami tak pernah tau pun abah ada berhutang. Dengan sapa?

Abah: Rahsia rumah tangga memang hampa tak patut tau. Abah hutang sewa tanah mak. (Mak mertua memang banyak mewarisi tanah sawah dari ayahnya, dan tanah itu yang dikerjakan abah menyara keluarga). Puluh tahun tak bayar sewa kat mak, bukan tak mau bayar, tak berapa cukup. Ni hampa semua dah kerja baru abah bayar sikit sikit. Alhamdulillah habis dah. Mati pun pejam mata rapat dah’

Allah.. Allah mendengar cerita suami membuat saya kagum dengan kefahaman dan penghayatan agama arwah abah. Meski berhutang dengan isteri tetap diusahakan juga membayar. Hak isteri tetap haknya. Dan hak itu diberi Allah sebagai memuliakannya. Tentu tidak wajar sama sekali mempertikai ketetapan itu.

Ammar Muhd Syamil Muhammad Zaid Muhd Harith Muhammad ambillah iktibar dari kisah arwah wan. Walau tidak mewah hidup tetapi keberkatan itu dapat kita saksikan sendiri. Bermula suami mengambil berat perkara yang mungkin nampak remeh tetapi berat di sisi Allah. InsyaAllah Allah akan datangkan rezeki dari punca yang tidak disangka.

Rumahtangga perlukan berkat lebih dari kemewahan. Rezeki itu datang dengan berbagai cara. Kesihatan yang baik, anak anak yang kurang masalah, mudah urusan kehidupan dan berbagai lagi. Semuanya datang bila kita jaga Allah, Allah akan jaga kita.

‘Pelihalah diri dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalan manusia dan batu’
At Tahrim ayat 6

Kredit: Norhayati Abu Bakar

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI