Ramai ibu bapa yang bertanya macam mana tak nak jadi ibu bapa yang garang pada anak? Walaupun dah cuba kawal tapi akhirnya terpaksa meletup juga bila tahap kesabaran itu hilang.
Ada sesetengah tu cakap, kalau tak garang perangai anak lagi menjadi-jadi. Sebenarnya ada caranya nak mendidik anak. Tak perlu pun asyik nak tinggi suara, marah dan pukul anak setiap hari.
Anak bila dari awal kita dah biasa cakap elok-elok dengan mereka, sampai besar pun mereka faham dan akur. Hanya dengan jelingan mata pun anak faham isyarat dari ibu ayah mereka.
Kenapa bila anak mengamuk, ibu bapa disarankan untuk peluk dan bukannya makin memarahi anak. Sebabnya anak akan mudah tenang bila mereka rasa satu aura positif dalam dirinya.
Ads
Berdasarkan perkongsian dari Prof Dr Muhaya, tak nak jadi ibu bapa garang pada anak, pertamanya kena bersyukur yang kita ada anak sedangkan orang lain dah usaha banyak kali, buat IVF 7 8 kali pun masih belum dapat.
Yang kedua cuba bayangkan macam mana kalau anak kita meninggal esok? Cuba muhasabah diri, pasti kita tak akan marah mereka lagi.
Ads
Lagi satu paling penting kita selalu marah anak sebab diri sendiri. Kita banyak dosa.
Ads
Nak kurangkan perasaan marah dalam diri, banyakkan bertaubat, kurangkan dosa. Bila kita dah tak marah pada diri kita, kita tak akan marah pada anak atau orang lain lagi.
Jadi sebaiknya minta maaf pada diri sendiri dulu. Berdiri depan cermin dan cakap saya maafkan awak, saya nak jadi baik. Betulkan diri sendiri, insya-Allah aura negatif akan pergi jauh dan aura positif yang akan datang dalam diri kita.
Selalu terfikir nak bawa anak solat di masjid. Kalau dia tak pandai solat pun, sekurang-kurangnya dapat pendedahan dan mengenali tempat suci ini. Tapi itulah, bila nak bawa tu satu kegusarannya ialah bila terkenangkan anak yang tengah lasak, pasti akan berlari-lari keliling masjid.
Itulah yang diusahakan oleh pengacara dan pelakon cantik, Yana Samsudin dan menurutnya apabila membawa anak ke masjid menjadi satu rutin, ia akan menjadikan anak lebih berdisiplin dan biasa dengan suasana beribadah.
Dalam perkongsiannya di laman Instagram, Yana turut menceritakan pengalamannya ke masjid sedari usia lima tahun. Katanya pergi ke surau sahaja, nak ke masjid agak jauh harus menyeberangi jalan. Waktu itu, ayahnya tak dapat bawa semua anak kerana hanya ada sebuah motor vespa.
Tulisnya lagi zaman sekarang sangat mudah kerana kebanyakan masjid sudah ada ruangan khas untuk kanak-kanak, mempunyai permaidani dan berpenghawa dingin.
Bagus usaha Yana dan suami untuk membawa Mateen ke masjid. Sebenarnya bagus juga kalau diajar anak ke masjid dari usia yang masih muda, supaya mereka biasa dan tidak berasa janggal kalau diajak ke surau atau masjid apabila sudah besar nanti.
Pernahkah anda bilang berapa kali anda peluk anak anda dalam masa sejam atau sehari atau seminggu atau sebulan? Pelukan sebenarnya sangat penting dan sangat miracle. Ia mempunyai kuasa magis dan impak yang hebat untuk kanak-kanak.
Terdapat banyak keistimewaan bila mana ibu bapa sering memeluk anak. Ini disokong oleh kajian saintifik mengenainya. Malah menurut Dr. Rahimah Saimin, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dari Universiti Sains Islam Malaysia, pelukan sebenarnya dapat meningkatkan keyakinan diri anak.
Bukan itu saja malah setiap pelukan dapat menzahirkan kasih sayang walaupun hanya dengan perbuatan. Apatah lagi jika diikuti dengan ciuman dan ucapan verbal seperti
“Terima kasih. Mama bangga dengan kamu” atau “That’s my girl. I am proud of you!” ataupun “It’s ok. Usaha lagi. Inshaa Allah akan berjaya.”
Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW pernah mencium Hasan bin Ali sedangkan di samping beliau ada Al Aqra’ bin Habis At Tamimi sedang duduk, lalu Aqra’ berkata:
“Sesungguhnya aku memiliki 10 orang anak, namun aku tidak pernah mencium mereka sekalipun.” Maka Rasulullah SAW memandangnya dan bersabda: “Barangsiapa tidak mengasihi mereka maka ia tidak akan dikasihi.” (Riwayat al-Bukhari) Juga diriwayatkan dari Anas RA, berkata ” Rasulullah SAW memeluk putranya Ibrahim lalu menciumnya” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Rangsang perkembangan anak
Pelukan dapat merangsangkan perkembangan anak. Kanak-kanak memerlukan ransangan deria semasa otak mereka berkembang. Bayi yang baru lahir contohnya belajar menavigasi dunia baru melalui sentuhan. Hubungan fizikal seperti pelukan dan sentuhan kulit ke kulit sangat penting untuk perkembangan. Sentuhan dapat memberi ransangan yang diperlukan oleh otak untuk perkembangan normal.
Sokong perkembangan emosi
Pelukan bukan sahaja baik untuk perkembangan otak dan penaakulan (cognitive development) kanak-kanak, malah ia juga menyokong perkembangan emosi. Pelukan dapat mengubati hati yang merajuk atau marah dan mengawal emosi negatif. Apabila kanak-kanak kehilangan kontak fizikal, tubuh mereka gagal mencapai pencapaian perkembangan yang sepatutnya.
Dengan satu sentuhan sahaja, iaitu pelukan, anak dapat menyampaikan banyak maklumat. Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Emotion tahun 2006 mendapati bahawa emosi seperti kebahagiaan, kesedihan, kemarahan, ketakutan dan simpati dapat disampaikan hanya melalui pelukan. Cukup mengagumkan!
Cipta bonding
Pelukan menciptakan bonding antara ibu/bapa dan anak. Seorang neurologist Illene Ruhoy ada mengatakan bahawa dengan pelukan, oksitosin akan dilepaskan. Oksitosin ini juga disebut “love hormone” kerana ia membantu kita menjalin hubungan dengan bayi baru lahir. Perasaan sayang, keakraban dan cinta itulah sebenarnya yang mendorong kita memeluk anak.
Mengoptimalkan potensi
Seorang psikoterapis Victoria Satir ada menyebut “Kita memerlukan 4 pelukan sehari untuk survival. Kita perlukan 8 pelukan sehari untuk maintenance. Kita perlukan 12 pelukan untuk growth.” Ini membuktikan bahawa pelukan dapat mengoptimalkan potensi anak.
Akhiri amarah
Di samping itu, pelukan adalah cara paling berkesan untuk mengakhiri amarah. Ramai ibu bapa bimbang apabila memeluk anak yang tantrum akan menyebabkan tingkah laku semakin parah. Tetapi ini adalah mitos. Memeluk anak dalam saat ledakan emosi akan menenangkan mereka dan mengajar mereka bahawa anda berada di situ untuk menyokong mereka semasa ledakan emosi dan membantu menenangkan emosi mereka.
Pelukan dapat meningkatkan sistem imunisasi. Kanak-kanak memerlukan lebih daripada nutrient yang mencukupi untuk membesar dengan sihat. Satu kajian pada tahun 2014 yang diterbitkan dalam jurnal Psychological Science mendedahkan bahawa mereka yang sering dipeluk lebih cenderung untuk lebih sihat.
Sentuhan fizikal iaitu pelukan, apabila dilakukan dengan betul boleh menjadi satu miracle pada anak. Ia dapat melembutkan hati atau sikap yang keras. Dan ternyata pelukan terbukti menjadikan anak lebih sihat dan bahagia. Pelukan memberitahu anak selamat, disayangi dan tidak sendirian. Jangan sesekali memandang rendah kuasa miracle atau magic pelukan!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebenarnya kita memang di beri pilihan untuk menjadi ibu bapa yang bagaimana. Semuanya bergantung kepada kita mahu pilih jalan A atau jalan B.
Kerana ketahuilah, hidup ini tidak selalunya indah, langit tidak selalu cerah. Itu semua kita tidak boleh ubah. Yang boleh diubah hanyalah tindakan susulan yang kita pilih.
Mencari ketenangan dalam ‘parenting’ bukan perkara mustahil. Penulis Buku Keibubapaan, Najmi Nawawi kongsikan 6 tip mudah untuk sama-sama kita amalkan.
1. Fikir kesan negatif marah
Ajar diri kita untuk berfikir kesan masa panjang berbanding hanya mahu menyelesaikan masalah dalam masa singkat. Mungkin marah boleh selesaikan masalah dengan pantas, tetapi cuba fikir apa akan berlaku apabila selepas semuanya reda nanti. Apa yang akan bertambah dan apa yang berkurang perlu diambil kira.
2. Beri masa untuk anda bersendirian
Kadang-kadang waktu mandi itu pun sudah mencukupi untuk kita menikmati ‘timeout’ seketika. Caranya ialah dengan kawal pernafasan dan tenangkan diri. Kita akan berpeluang untuk ‘reset’ sekali matlamat ‘parenting’ kita. Kalau yang boleh solat, sudah pasti solat ialah peluang yang terbaik.
3. Fokus kepada matlamat lebih besar
Bayangkan jika dunia kita bakal berakhir pada hari esok. Atau kematian kita akan menjemput pada hari esok. Adakah kita akan memarahi anak kita dan mengamuk pada hari ini? Semestinya tidak.
4. Cari solusi dengan baik
Daripada terlalu sibuk melayan perasaan marah dan kecewa. Sibukkan minda dan fikiran kita untuk ubah keadaan menjadi lebih baik. Fikir solusi dengan tenang dan cuba ajak anak-anak sekali jika mampu mengawal keadaan.
5. Kawal nada dalam bercakap
Banyak kajian membuktikan, pergaduhan atau emosi yang tidak baik berlaku bukan kerana situasi buruk yang mempengaruhi, tetapi berpunca dari kesilapan penggunaan nada bercakap. Jadi lepas ini, nada perlu lebih tenang.
6. Pastikan kita tahu apa yang berlaku
Apabila sesuatu yang tidak disenangi berlaku. Jangan terlalu cepat melompat ke dalam sesuatu konklusi. Ambil masa, fikir dan fahami betul-betul apa yang berlaku terlebih dahulu.
Carilah diri kita dalam keadaan yang terbaik tanpa emosi negatif yang menyelubungi diri. Sebagai seorang manusia dan ibu bapa kepada anak-anak tersayang pastinya kita mahu yang terbaik sentiasa.
p/s : Marah itu memenatkan. Jadi kenapa masih memilih untuk tengelam dalam dunia serabut dan tidak aman sedangkan kita mempunyai pilihan yang lebih baik.
Favouritism dalam didik anak boleh memberi kesan psikologi jangka panjang tanpa disedari ibu bapa, termasuk trauma emosi yang berlarutan hingga dewasa.