Program televisyen sesuai untuk anak usia 3 tahun ke bawah supaya mereka mendapat manfaat positif walaupun menonton. Sudah menjadi kebiasaan trend kehidupan masa kini yang mendedahkan anak kecil pada pelbagai gajet.
Apatah lagi pada masa kini ramai ibu bapa yang sudah mempraktiskan trend bekerja dari rumah (WFH) ekoran daripada kehidupan di zaman pandemik COVID-19.
Kita sedia maklum antara kekangan para ibu terutamanya yang WFH iaitu fokus pada kerja dan dalam masa yang sama menjaga anak-anak kecil.
Ads
Sudah tentu sedikit sebanyak penggunaan gajet digunapakai bagi membantu anak-anak kecil boleh duduk diam seketika semasa ibu sedang sibuk meeting online atau menyiapkan tugasan urgent.
Ads
Semoga perkongsian Puan Maryam Jamadi, seorang Terapis Carakerja (Occupational Therapist) dapat melegakan hati para ibu bapa dan menjadi panduan mereka memilih rancangan di televisyen online yang bersesuaian untuk si kecil bawah usia 3 tahun.
Ads
Program televisyen sesuai untuk anak
Photo by Anastasia Shuraeva from Pexels
“Saya WFH susah nak pantau anak semasa bekerja dan terpaksa buka TV”
Inilah dilema kebanyakan mak ayah zaman pandemik ini, nak bawa anak keluar tak boleh, nak main dengan anak dah habis idea, nak layan anak setiap masa susah sebab ada kekangan kerja hakiki.
Sudahnya ada anak yang 24 jam melekat depan TV atau gadget. Ini nasihat saya untuk kalian:
1. Kalau ada pilihan nak bagi anak tengok TV atau gadget (hp/tab), buka TV lebih kurang risiko masalah perkembangan anak berbanding gadget.
2. Elakkan buka cerita yang sama setiap hari atau setiap masa.
3. Dedahkan anak dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
– Rancangan masakan.
– Hidupan laut, haiwan, serangga atau burung.
– Melukis atau mewarna.
– Rancangan pendidikan yang sesuai ikut umur anak.
– Projek reka bentuk atau seni.
– Lawatan ke tempat yang baru.
– Menjahit.
– Sukan.
Manfaatkan internet di rumah untuk dedahkan kepada anak tentang dunia. Bukan terhad menonton kartun sahaja.
4. 80% perkembangan otak adalah semasa 3 tahun pertama. Mak ayahlah agen dan lubuk ilmu pengetahuan anak tentang dunia.
5. Untuk anak 3 tahun ke bawah, elak dedahkan anak terlalu lama:
Lagu kanak-kanak (nursery rhyme).
Rancangan yang tidak ada komunikasi.
Ganas.
Bahasa kasar atau kurang ajar.
Bahasa atau percakapan yang terlampau laju.
Rancangan yang terlalu rumit untuk anak faham.
6. Anak cenderung untuk meniru apa yang dia lihat dan dengar semasa umur 3 tahun ke bawah.
Jadi, saya senaraikan 10 rancangan yang sesuai untuk anak umur 3 tahun ke bawah di NETFLIX.
Kriteria saya:
Bahasa yang mudah difahami.
Percakapan yang tidak laju.
Tidak banyak gangguan bunyi latar belakang.
Visual atau pergerakan yang tidak terlalu pantas.
Warna yang tidak terlalu terang dan menonjol.
Dinyatakan rating “ALL”, sesuai untuk semua peringkat umur.
Sensori anak masih lagi berkembang semasa umur 3 tahun ke bawah, perlu berhati-hati dengan pemilihan rancangan untuk anak.
Nak tahu banyak lagi kupasan daripada Puan Maryam berkenaan perkembangan anak bolehlah daftar nama sebagai peserta Webinar Sayang Anak Ketat-Ketat pada 20 Mac 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang kerana beliau merupakan salah seorang panelis di samping lain-lain lagi termasuk Ibu Rose, Prof Dr Nik Salida, Dr Ahmad Rostam, Puan Azlina Roszy dan selebriti 2 anak Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya ramai ibu-ibu kalau anak minum banyak susu, tak makan pun tak kisah. Ini antara tanggapan yang salah sama sekali. Perlu diingatkan bila anak dah mula boleh makan, seimbangkan pemakanan anak dengan minum susu.
Paling penting anak umur 2 tahun ke atas sepatutnya ibu bapa perlu perkenalkan lebih banyak real food kepada anak, bukan susu semata-mata.
Dan minum susu formula tak salah, yang salah ibu bapa yang mengikut kehendak anak sehingga anak ketagih susu formula. Sebaiknya jangan ikut apa yang anak nak, tapi anak yang kena ikut kita.
Perkongsian dari seorang ibu, Anis Amiza mengenai anaknya Wan Haziq yang berusia 2 tahun 5 bulan overdose susu formula wajar dijadikan peringatan semua.
Entry kali ni panjang sikit . Terjadi dekat diri sendiri dan suami Wan Farhan baru lah rasa menyesal . Banyak kali jugak lah baca artikel doktor bahaya bagi susu berlebihan kat anak yang umur 2 tahun ke atas . Tapi, baca jer, ikut nya tak.
Jadi, sis nak share lah pengalaman selama anak kesayangan kami Wan Haziq sakit perut disebabkan minum susu banyak . Lebih kurang 10 botol sehari sebanyak 260ml minum susu dengan sekelip mata je habis licin susunya. Makan pun banyak.
Hari pertama dan kedua Haziq dah tunjuk simptom nak cirit-birit dan dah start muntah. Tapi yang paling teruk pada hari ke 3, dia berak keadaan cangkung sambil menahan sakit .
Hari ke 4 Haziq dah mula berak darah. Ibu mana tak panik kan buka pampers, penuh darah. Menggigil satu badan ni. Bergegas pergi HUSM pukul 4 pagi. Sepanjang perjalanan tak henti-henti istighfar.
Terus ke bahagian kecemasan dan Haziq kena admit ward! Macam-macam diagnosis doktoe pakar buat, dan andaian doc, Haziq terlebih minum susu.
Sehari Haziq berak lebih 20 kali . Dinding usus keradangan dan luka disebabkan Haziq kerap berak.
Paling sedih hari ketiga, Haziq berak darah dari pukul 4 pagi tak berhenti sampai malam. Pampers ada 52pcs, habis licin!
Malam tu doktor pakar datang sahkan Haziq overdose SUSU FORMULA. macam tak logik tapi itu lah realitinya. Allahu.. Maafkan mama sayang.
BUAT PARA IBU!
Ibu kat luar sana, kalau anak yang umur 2 tahun ke atas tu, please kurangkan susu. Kalau boleh paksa anak makan. Jangan jadikan susu tu makanan harian.
Macam Haziq perut dia sensitif sangat . 2, 3 minggu sebelum Haziq cirit-birit, Haziq selalu mengadu sakit perut.. Lepas jer minum susu, mesti Haziq akan mengadu sakit perut. Ingatkan dia sakit perut sebab nak berak. Tapi doktor cakap, itu adalah tanda-tanda awal.
Kalau anak-anak mengadu sakit perut lepas minum susu, kurangkanlah susu ye. Kalau sayangkan anak, biarkan anak meronta sekejap, lama-lama akan terbiasa. AJAR dan PAKSA anak-anak makan.
Lagi satu tips, ibu-ibu boleh cuba letak air kosong dalam botol susu. Bagi anak minum dan cakap “susu dah habis, kena beli dulu ” . Nak bagi susu juga boleh, bagi fresh milk.
Buat masa sekarang ni Haziq dah stop dulu susu formula . Bagi fresh milk. Agak mahal tapi tak apa lah demi anak.
Limitkan dengan minum 2 gelas jer sehari. Bagi susu banyak kali tapi dalam kuantiti yang sikit, dan pastikan 2 gelas sehari dan bagi makan makanan yang kita makan.
Kalau lepas minum susu dan mengadu sakit perut, tu ada petanda awal la ye. So, berjaga-jaga.
Sis share supaya tak terjadi pada anak-anak lain. Pengalaman ni menjadikan pengajaran buat kami.
Agak jarang pelakon Datin Elvina Mohamad membuat sesi luahan di platform media sosial. Disebabkan anak lelakinya, Karl Mateen, 3, menjadi mangsa ‘body shaming’, Elvina meluahkan dia agak terasa hati.’
Menerusi Instagram Stories, Elvina, 27, mendedahkan anaknya dituduh sakit gara-gara kurus.
Kata pemilik nama Norzalina Mohamad, dia penat membaca kiriman mesej daripada individu yang tidak senang hati melihat saiz badan anak lelakinya itu.
Pemikiran orang ini pelik. Bila kurus ja sakit bila gemuk ja sihat. Wahai sekalian tak payah la nak bandingkan badan korang dan anak saya.
Dia kurus kecil tak semestinya dia sakit. Anak awak gemuk badan besar tak semestinya sihat.
Tengok genetik la, kalau awak besar, memang besar juga la anak awak. Saya dan suami kecil molek jadi kecil comel juga la anak kami.
Penat baca DM orang cakap pasal badan anak ni siap cakap tak cukup makan ke badan macam tu? Seriously?
Karl anak yang sihat & aktif
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Takdir Yang Tertulis menegaskan anak lelakinya itu sihat, aktif malah cerdik biarpun memiliki postur tubuh yang kurus.
Sekurangnya anak saya walaupun kurus dia sihat, aktif, cerdik, cukup makan, cukup kasih sayang.
Anak yang gemuk tak semestinya sihat tau. Masa kecil mungkin comel, nanti besar risau masalah lain pula.
Terdahulu, Elvina dan Datuk Mohd Haniff Borhan mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2018.
Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Dari awal kelahiran hingga mampu berdikari sendiri. Namun culas dalam mendidik dan membangunkan minda anak-anak, akan memberi kesan negatif kepada sikap dan perilaku. Persoalan kini, adakah sikap anak itu diwarisi atau dibentuk?
Memahami personaliti anak ialah menggabungkan sifat yang membentuk karakter tersendiri seseorang individu. Adakah ianya diwarisi secara natural atau dibentuk?
Semula jadi dan genetik
Persoalaan natural/nature ini ada kaitan dengan genetik. Ia melibatkan faktor kelahiran seseorang bayi itu. Nature pula menyebabkan individu berpersonaliti sedemikian disebabkan pengalaman hidup dan persekitaran.
Sikap dan perilaku anak-anak boleh terbentuk sama ada secara semulajadi atau melalui persekitaran. Ya kedua-duanya sekali,
Kalau bapa adalah seorang yang garang dan panas baran, tidak mustahil anak yang dibesarkan itu juga akan jadi seorang yang pemarah dan baran.
Genetik yang diturunkan pada si anak akan membentuk sifat tersebut. Ia akan ditambah pula dengan persekitaran dan pengalaman hidup yang telah dilaluinya. Jadi, bagi membentuk sifat positif serta anak yang baik, ibu bapa harus tunjukkan teladan yang elok dan sikap yang positif terlebih dahulu.
Bahasa mudahnya, sesekali luangkan masa anda untuk berbual dan bertanya pada anak tentang perihal mereka. Ketika berdialog atau berbual, ikutlah kesesuaian pemikiran anak tersebut. Rendahkan suara dan pandai menarik perhatian mereka untuk ada two way communication.
Usah borak dan tanya dengan panjang lebar. Lebih teruk lagi kalau ia perkara yang membosankan. Jika ada kata-kata nasihat, make sure nasihat yang diberikan haruslah secara direct. Straight to the point dan ikut kemampuan akal anak kita.
Contoh: kalau anak buang sampah merata-rata, jangan terus marah dan tengking mereka. Nasihatlah secara berhemah dan ajarkan anak tentang kebersihan. Ya sangat simple dan usah cepat melenting.
Rasulullah ada menjelaskan ada tiga waktu yang sesuai untuk tegur dan nasihatkan anak.
Dalam waktu-waktu tersebut, anak-anak ini mudah untuk terima kata-kata dari ibu bapa mereka. Segala teguran dan nasihat akan mudah untuk mereka fokus dan ambil inti patinya.
Ibu bapa, tolong spend sedikit masa yang terluang untuk anak. Anak ini kalau dibiarkan tak tentu arah jadinya. Kita yang dewasa ini juga perlukan perhatian bukan?
Sebenarnya, aktiviti yang disertai oleh kita dapat melatih pancaindera si anak. Ia juga dapat membantu mereka meniru sesuatu perkara yang diajarkan oleh anda ibu bapa.
Sekiranya anak minat melukis dan mewarna, turunlah padang sekali sekala dan tunjukkan skill anda. Cara ini akan buat anak kagum dan memerhatikan gaya anda. Malah mereka akan belajar menirunya.
Dengan beraktiviti bersama-sama, ia akan melahirkan sifat ingin tahu kepada si anak. Contohnya seperti membuat kapal terbang kertas. Mereka, (anak-anak) akan teruja ingin tahu bagaimana ibu bapanya mencipta kapal terbang kertas tersebut.
Selain itu, aktiviti bersoal jawab atau berteka teki juga baik untuk membentuk sifat anak selain mengerakkan minda mereka. Anak-anak akan berfikir untuk menjawab, dan ia sungguh menghiburkan dengan gelak ketawa mereka.
Semua perkara ini mungkin ada halagannya juga. Bergantung pada faktor luaran. Halangan yang mungkin dilalui dalam pembentukan sikap anak-anak adalah dari aspek kesihatan, masa, persekitaran dan media sosial.
Aik media sosial?
Ya anak-anak kini terpaksa bersaing dengan media sosial demi mendapatkan perhatian daripada ibu bapa yang taksub dengan jaringan internet dan media sosial.
Dari segi faktor kesihatan pula, jika si anak menghidapi penyakit yang sukar dirawat (penyakit kronik) redhalah yang kita tidak dapat mengubah sikapnya, contoh sering menangis.
Akhir kata, semailah benih-benih cinta bukan saja pada pasangan anda, malah kepada cahaya mata. Mereka ini adalah penyeri hidup dan ladang pahala buat ibu bapa seperti anda.