Jaundis dianggap berpanjangan (prolong jaundice) sekiranya keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi cukup bulan dan 21 hari bagi bayi yang dilahirkan pramatang.
Menurut Dr Roliza Ibrahim, Doktor Pakar Kanak-kanak, Avisena Specialist Hospital, Shah Alam, Selangor, keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:
1. Menerima penyusuan susu ibu sepenuhnya. Jaundis ini dikenali sebagai breast milk jaundice. Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahayakan bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional seperti jamu dan sebagainya.
2. Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis menjadi pucat dan air kencing berwarna pekat.
3. Kekurangan hormon ataupun masalah kelenjar tiroid.
4. Berlakunya jangkitan kuman pada saluran air kencing.
5. Organ hati mempunyai masalah kesihatan ataupun komplikasi seperti biliary atresia, neonatal hepatitis dan choledochal cyts.
Kebiasaannya, bayi yang mengalami jaundis berpanjangan akan diperiksa berdasarkan berat lahir dan perkembanganya.
Ads
Setelah semuanya diperiksa melalui ujian darah dan air kencing dan keputusannya adalah normal, maka diagnosis utama adalah breast milk jaundice. Tiada rawatan yang perlu dilakukan kerana ia akan hilang sehingga bayi berusia dua bulan.
Walau bagaimanapun, jika ada tanda merbahaya seperti najis bayi berwarna kuning pucat atau air kencing berwarna gelap, keadaan itu mungkin berkaitan dengan masalah hati tersumbat.
Dapatkan rawatan daripada doktor sekiranya bayi menunjukkan tanda seperti ini kerana dikhuatiri dia mempunyai masalah lain daripada jaundis.
Lakukan pemeriksaan doktor segera sekiranya jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan, peningkatan kekuningan yang cepat, bayi disahkan mengalami kekurangan G6P, dia kelihatan tidak aktif dan langsung tidak mahu menyusu serta najis bayi kelihatan pucat ataupun air kencingnya adalah pekat.
Amalan yang boleh diamalkan ketika hamil agar bayi yang dilahirkan tidak mengalami jaundis berpanjangan.
Ads
1. Makan kurma ketika umur kandungan enam hingga sembilan bulan.
2. Minum susu kambing sepanjang akhir trimester kehamilan.
3. Dua bulan sebelum melahirkan amalkan pengambilan suplemen vitamin B.
Ads
4. Amalkan meminum jus pegaga.
5. Elakkan minum kopi dan teh berlebihan.
6. Jangan ambil ubat-ubatan yang mengandungi herba.
7. Amalkan pemakanan sihat.
8. Baca ayat al-Quran dan banyakkan berdoa.
9. Bersikap positif dan hindari stres keterlaluan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum bercakap dan bertanya sesuatu perkara kepada wanita hamil, anda kena sentiasa ingat yang dia sedang melalui fasa perubahan hormon, bentuk fizikal sehingga menjadikannya mudah menjadi sensitif. Ambil tahu dan elakkan soalan-soalan seperti berikut.
1. Mengandung lagi ke. Bila nak bersalin?
Anda perlu tahu bahawa tempoh kehamilan mengambil masa sehingga 40 minggu atau lebih. Sudah tentulah ia mengambil masa yang panjang sebelum tiba masa untuk bersalin.
2. Mengandung kembar ke ni?
Saiz perut ketika hamil boleh menimbulkan isu sensitif. Jika saiz perutnya kelihatan besar pada pandangan anda, jangan sesekali ditanya soalan sebegini. Dibimbangi soalan itu
membuatkan wanita hamil beranggapan bahawa perutnya terlalu besar untuk nemuatkan seorang bayi.
Jangan sesekali menakut-nakutkan orang lain yang tidak pernah melalui pengalaman yang sama seperti anda. Lebih-lebih lagi jika wanita hamil itu sedang menunggu hari untuk bersalin.
4. Anak lelaki/ perempuan lagi?!
Jantina anak bukanlah sesuatu yang boleh dipilih. Ia adalah rezeki yang sudah ditentukan oleh Tuhan.
5. Kenapa awak seorang je yang panas?
Apabila usia kehamilan bertambah terutamanya di akhir trimester, kebanyakan wanita hamil akan mengalami situasi di mana akan kerap berasa panas disebabkan peningkatan jumlah darah dalam tubuh. Jadi, adalah normal bagi wanita hamil untuk sentiasa berasa panas sedangkan anda rasa di sebaliknya.
6. Berapa lama agaknya boleh kembali kurus lepas bersalin?
Wanita hamil itu belum pun selamat melahirkan anaknya, anda sudah bertanya soalan sebegini. Soalan ini tidak patut ditanya kerana ia mungkin boleh membuatkan wanita hamil itu stres dengan berat badannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini selepas Tomok berkongsi berita gembira yang dia dan isteri, Ayu Abas bakal menimang seorang lagi cahaya mata ketiga tahun 2020 ramai peminatnya yang teruja dan gembira.
Akhirnya penantian yang ditunggu oleh mereka sekeluarga dimakbulkan Allah. Memandangkan Tomok dah mempunya dua anak lelaki, kali ini ramai yang mengharapkan bayi perempuan sebagai teman untuk Ayu Abas.
Bagaimanapun Tomok memberitahu bahawa dia tidak kisah akan status jantina anak ketiganya yang bakal lahir kelak pada tahun depan.
Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Shah Indrawan Ismail, 35, itu berkata, jika diberikan keizinan-Nya, sudah pasti kedatangan bayi perempuan lebih menyerikan kehidupan mereka sekeluarga.
“Kalau ikutkan isteri memang dia teringin nak anak perempuan. Kalau tanya saya, saya tak kisah pun lelaki atau perempuan. Cumanya, kalau dapat anak perempuan, orang kata bertambahlah penyeri.
“Kami pun masih tak tahu lagi status jantina bayi. Insya-Allah hujung bulan akan lakukan pemeriksaan bersama doktor,” katanya kepada Gempak.
Menurut Tomok lagi, dia dan isteri belum lagi membuat sebarang persiapan bagi menyambut kelahiran bayi.
“Kami belum buat persiapan untuk beli barang bayi lagi. Masih awal.
“Cuma, memang teruja nak ada bayi lagi. Maklumlah jarak dengan anak kedua empat tahun. Lama dah tak ada bayi,” katanya.
Tomok mendirikan rumah tangga bersama Rahayu Abbas pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Arrianshah Akid, 7 dan Andrashah Iman, 4.
Ramai pasangan apabila dah dapat anak sulung, nak tunggu anak kedua ambil masa bertahun-tahun. Sehinggakan dah tak mahu berharap. Jika ada alhamdulillah, tapi sekiranya dapat seorang pun kira bersyukur.
Rezeki anak ni semua rahsia Allah. Hanya dia yang tahu bila waktu sesuai nak bagi pada hamba-Nya. Namun kita janganlah jemu berdoa dan jika ada rezeki, pasti itu masa yang tepat.
Kisah yang dikongsikan kali ini adalah mengenai sepasang suami isteri yang menantikan cahaya mata kedua selama 16 tahun. Seolah seperti tak percaya tapi itulah orang kata rezeki Allah.
Seperti perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Ain menerusi satu video di laman TikTok dia membuat kejutan istimewa terhadap suaminya yang tersayang.
Bermula dengan menghulurkan kotak ‘hadiah istimewa’ kepada suaminya bersempena hari lahir ketika mereka baru sahaja menunaikan solat subuh berjemaah.
Selepas solat subuh sis buat suprise dekat suami. Selamat hari lahir my darling. Hadiah tak ternilai buat abang.
Pada mulanya suami seolah-olah tidak percaya, apabila melihat pregnancy test yang diletakkan di dalam kotak hadiahnya dan bertanyakan kepada isterinya berkali-kali adakah dia benar-benar mengandung atau tidak.
Setelah dijelaskan oleh isteri, reaksi suami agak terkedu dan seolah-olah ingatkan isteri bergurau dan terus tersenyum mendapat perkhabaran itu.
Bercerita lebih lanjut, wanita ini menjelaskan hampir 16 tahun mereka menunggu dan ia merupakan kandungan keduanya.
Penantian hampir 16 tahun, Danial yang kini dah umur 17 tahun akan dapat adik. Alhamdulillah.
Pada masa yang sama, wanita ini juga sempat memberikan pesanan kepada pasangan-pasangan di luar sana supaya tidak berhenti berdoa kepada Allah S.W.T. supaya diberikan rezeki untuk memperoleh cahaya mata.
Makbul atau tidak makbul doa kita adalah rahsia Allah. Sebab Allah tak pernah jemu mendengar suara kita ketika berdoa. Doakan semoga sis dan baby sentiasa dilindungi Allah S.W.T. Alhamdulillah!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.