Dalam keadaan cuaca panas sekarang ni, dapat makan yang sejuk-sejuk memang sedap. Kalau beli ais krim je atau minum air manis tak berapa elok untuk kesihatan.

Apa kata anda cuba buat sendiri pencuci mulut yang ringkas tapi berkhasiat iaitu agar-agar berasaskan buah naga atau dragon fruit yang pastinya menarik minat anak untuk makan kerana warnanya yang terang dan lembut.

Puding Buah Naga Susu 3 Bahan. Makan Sejuk-Sejuk, Sekejap Je Licin!

Lagipun buah ini sesuai untuk anak kecil kerana teksturnya yang mudah dikunyah dan tak keras. Jadi apa kata buat puding susu buah naga yang dikongsikan oleh Puan Nurhayati Abd Malek menerusi facebooknya.

Resepi Puding Buah Naga Susu Simple & Sedap

Buah naga juga ada yang mempunyai isi putih dan merah serta rasanya ada yang manis.
Sebelum anda membuat puding buah naga ini, ibu perlu tahu tentang info penting yang dikongsikan oleh Puan Nurhayati Abd Malek iaitu bancuhan agar-agar bertali lihat cara buat di belakang paket.

Yang saya gunakan, meminta saya bancuh 1500 mls air. Jadi saya bahagikan dua 750 mls campur 750 susu cair. Cara masak puding buah naga susu ini, anda boleh lihat seperti di bawah.

Puding Buah Naga Susu 3 Bahan. Makan Sejuk-Sejuk, Sekejap Je Licin!

Bahan-bahan Puding Buah Naga

1 biji buah naga (isi merah)
1 paket agar-agar bertali 20 gram
750 ml susu cair
750 ml air kosong
1 cawan gula kastor (boleh kurangkan)
Nota : Untuk resepi puding buah naga ni, saya guna loyang 7 inci.

IKLAN

Puding Buah Naga Susu 3 Bahan. Makan Sejuk-Sejuk, Sekejap Je Licin!

Mula-mula, buah dragon fruit ni potong dulu kecik-kecik. Ikut lah nak potong memanjang ke dadu ke janji boleh muat masuk mulut. Dah siap, ketepikan dulu.

Puding Buah Naga Susu 3 Bahan. Makan Sejuk-Sejuk, Sekejap Je Licin!

Dalam periuk, masukkan agar-agar dan juga air dahulu. Buka api dan kacau sedikit hingga agar-agar tadi cair dan mendidih.

Puding Buah Naga Susu 3 Bahan. Makan Sejuk-Sejuk, Sekejap Je Licin!

Bila tali agar-agar tadi dah mencair kesemuanya, masukkan pula susu cair. Kacau lagi susu ni supaya tak hangit. Api kena jaga.

IKLAN

Puding Buah Naga Susu 3 Bahan. Makan Sejuk-Sejuk, Sekejap Je Licin!

Apabila dah sebati boleh masukkan gula ikut citarasa kalian. Saya tulis je 1 cawan, boleh kurang kan. Boleh rasa sikit. Kalau kurang manis puding buah naga, tambahlah gula. Kalau dah cukup, tak perlu tambah.

Puding Buah Naga Susu 3 Bahan. Makan Sejuk-Sejuk, Sekejap Je Licin!

Kacau hingga gula sebati.

Puding Buah Naga Susu 3 Bahan. Makan Sejuk-Sejuk, Sekejap Je Licin!

Masukkan buah naga atau dragon fruit itu tadi yang telah siap dipotong mengikut citarasa masing-masing.

IKLAN

Puding Buah Naga Susu 3 Bahan. Makan Sejuk-Sejuk, Sekejap Je Licin!Kacau lagi, kerja kita kalau buat puding buah naga ni memang kena selalu kacau, kalau tak berketul lah nanti. Kemudian tutup api dan masukkan dalam loyang yang disediakan tadi.

Puding Buah Naga Susu 3 Bahan. Makan Sejuk-Sejuk, Sekejap Je Licin!

Biarkan sekejap supaya sejuk, kemudian masukkan ke dalam peti ais anda.

Puding Buah Naga Susu 3 Bahan. Makan Sejuk-Sejuk, Sekejap Je Licin!

Tat-tadaaa! Inilah resepi puding buah naga susu. Siaplah sudah puding buah naga kita! Sedap makan waktu sejuk. Ah, segar tekak.

Puding Buah Naga Susu 3 Bahan. Makan Sejuk-Sejuk, Sekejap Je Licin!

Beginilah puding buah naga bila dah potong, anak-anak dah ready kat depan tv. Mak dia dah ambik 2-3 potong, cukai. Haha! Untuk nak letak topping tambahan lain pun boleh. Ikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba.

Kredit Resipi: Nurhayati Abd Malek

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents ()

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI