Pencuci mulut seperti agar-agar atau puding antara yang menjadi pilihan ramai. Ini kerana jika dimakan sejuk-sejuk ia menambahkan lagi nikmat kesedapannya. Antara salah satu pencuci mulut yang jadi pilihan adalah puding karamel.
Sebenarnya nak buat puding karamel ini sangat mudah. Tak perlu nak pukul atau blend terlalu lama kerana ia akan berbuih dan mungkin tak cantik teksturnya bila dah masak.
Bagi yang ingin cuba buat sendiri puding karamel ini dalam bekas kecil-kecil, boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Norusmila Nordin. Yang penting tak hanyir!
Resepi Puding Karamel Mini
*Dapat dalam 20+ cup ye*
Bahan blend / kacau
– 6 biji telur
Ads
– 1 sudu tepung custard
– 1 tsp esen vanila
– 1 tin susu cair
– 1/3 tin susu pekat (nak manis boleh tambah)
– 1 tin air (sukatan tin susu)
Ads
Gula Hangus
– 20 sudu gula putih
– 3/4 cawan air
Cairkan gula hingga hangus, lagi gelap lagi cantik tapi jangan lama nanti pahit. Api kecil ye. Dah bertukar warna, masukkan air. Lepas tu letak pada setiap bekas tadi.
Satukan semua bahan basah. Terpulang, nak kacau dalam periuk atau blend ye. Kalau blend jangan lama nanti berbuih sangat.
Buntu tercari-cari menu untuk bekal anak ke sekolah? Menu ringkas roti gulung yang dijadikan seperti sate ini pasti buat anak teruja nak makan. Hanya gulungkan roti bersama sosej dan kemudian di cucuk pada lidi sate. Memang ringkas.
Jom cuba perkongsian resipi roti mudah ini dari Reenny Nuaq. Memang simple dan cute. Anak mesti suka.
Lama tak up kat sini. Siap dah ibu buat untuk si kakak bawak ke sekolah kafa petang nanti jamuan raya. Satay roti sosej roll. Nanti baru goreng panas-panas.
Bahan-bahan:
Roti
Sosej
Serbuk roti
Telur
Lidi
1. Leperkan roti, letak sosej lepas tu gulung.
2. Lepas tu potong kecik-kecik.
3. Ambik lidi cucuk macam satay tu hehe.
4. Celup dalam telur yang sudah di pukul.
5. Taburkan serbuk roti hingga rata, lepas tu goreng.
6. Dah siap nanti makan cicah dengan sos dan mayonis.
Pulut kuning sememangnya menjadi juadah pilihan pada hari raya. Rasanya yang berlemak dimakan pula dengan rendang daging, rendang ayam ataupun sambal bilis memang kombinasi yang sangat sedap.
Namun juadah pulut kuning kini bukan hanya dihidang pada hari raya sahaja, hari biasa juga menjadi hidangan pilihan ramai. Pun begitu, pulut kuning sebenarnya cepat basi kerana bahan pembuatan terdiri daripada santan. Bagi yang inginkan pulut kuning bertahan lama, boleh ikuti resipi ini.
RESEPI PULUT KUNING
Fav saya musim raya ni buat pulut kuning dengan rendang dan sambal ikan bilis. Honestly pulut ni saya dah biasa buat..so saya just main campak-campak je. Anyway saya bagi juga resepi..anggaran saya agak-agak ye. Selamat mencuba.
Bahan-bahan: 1 kg beras pulut 2 1/2 cawan santan pekat (saya letak 70% santan beli da siap + 30% air dlm sukatan 1 cawan) 2 keping asam gelugur 1 sdb serbuk kunyit 1/2 sdb gula Dalam 2 sdt garam (agak-agak..uolls rasa la) 1 helai daun pandan Daun pisang utk alas pengukus
Cara penyediaan: 1. Cuci beras pulut. Rendam dalam air bersama asam keping dan serbuk kunyit tadi. Rata-ratakan beras agar serbuk kunyit sekata. Rendam sekurangkurangnya tiga jam.
2. Cukup masa..panaskan alat pengukus. Saya guna loyang je kukus dalam kuali besar. Alas daun pisang pada loyang.
3. Tos air beras tadi..buang asam gelugur. Letak beras pulut dalam loyang..simpulkan daun pandan letak dalam beras. Kukus selama 20 minit.
4. Cukup 20 minit..keluarkan beras tadi..ketepikan seketika. JANGAN MATIKAN API DAPUR PENGUKUS KERANA PULUT AKAN DIKUKUS UNTUK KALI KE2.
5. Campurkan gula dan garam dalam santan..panaskan seketika atas dapur. Jangan sampi mendidih..sekadar masak sekejap. Tujuan agar pulut kuning nanti tahan lama tak basi cepat.
6. Gaulkan santan tadi dengan pulut..gaul sedikit demi sedikit sampai semua santan sebati dengan pulut. Biarkan ia rehat dalam 10 minit.
7. Cukup 10 minit..kukus semula pulut selama 30 minit…SIAP.
Hidangan berasaskan sambal antara yang menjadi kegemaran orang Malaysia. Tak kisah sambal itu dimasak sekali dengan lauk atau dijadikan pencicah ia boleh buatkan sesiapa saja makan bertambah.
Sebab itu, kebanyakan ibu-ibu lebih suka buat stok sambal siap-siap dan diletakkan dalam peti. Bila nak makan boleh terus dihidangkan. Kali ini koleksi sambal power Cikgu Afy patut anda cuba. Orang kata tak akan menyesal sama sekali!
Banyak lagi yang akan cikgu pecahkan rahsia sambal sedap lain kali nanti. Ada lima sambal kesemuanya. Resepi ada dekat gambar di bawah.
Sediakan bahan-bahan di bawah;
– dua genggam cili padi merah + hijau
– *2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
– *1/4 bawang Holland
– *1 biji tomato saiz kecil
– *1 ulas bawang putih
– *2 inci belacan
(bahan bertanda *dibakar atas pan terlebih dahulu)
2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
Tambahkan :
– 3 sudu besar cuka
– 1/2 sudu kecil garam
– 2 sudu besar gula
– secubit dua ajino
– sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri*
3. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
Siap!
Betul-betul sedap!
2. Sambal kicap mabeless
Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.
5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, cikgu tambahkan 1/2 genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.
6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
Nak resepi lengkap untuk menu yang boleh disesuaikan seperti tauhu begedil soto, bihun sup, begedil dan lain-lain boleh skroll tengok dekat wall cikgu okay.
3. Sambal ayam penyet mengosek
Sediakan bahan berikut untuk digoreng seketika;
– 20 batang cili merah
– segenggam cili padi merah + hijau
– 1/2 biji bawang holland
– 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
– 4 ulas bawang putih
– 2 biji tomato kecil
– 2 genggam kecil ikan bilis
– 1 sudu kecil udang kering
– 1/2 inci belacan
2. Gorengkan bahan-bahan di atas untuk seketika.
Cikgu goreng asing cili dengan bahan lain.
3. Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.
*simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*
4. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga sedikit garing.
5. Masukkan pula baki ikan bilis tadi.
Biarkan sambal terus masak dalam api perlahan.
6. Perasakan sambal dengan nisse @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa.
Kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.
7. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya.
Ikut tips penyimpanan cikgu untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama letakkan dalam freezer.
Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller.
Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan diluar peti.
*Gunakan sudu kering setiap kali mengambilnya*
4. Air asam ketagih
*Ada sedikit kelainan dalam resepi cikgu berbanding yang dulu*
Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya, cikgu tak terus tambah kulit limau kasturi* Nak makan baru letak.
1. Sediakan bahan-bahan berikut.
– 2 biji bawang merah saiz bola ping pong
– 1 biji bawang besar Holland
– 1 biji tomato
– 3 ulas bawang putih
– 1 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;
– 5 biji limau kasturi
– 2 biji limau nipis.
Perah jusnya. Asingkan biji.
– 5 tangkai cili padi hijau
– 5 tangkai cili padi merah
3. Masukkan semua bahan di atas dalam pengisar.
4. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
* Ikut kepekatan yang diingini*
4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.
– Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk. Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Atau nak tambah kerisik stail orang utara pun boleh. Sedia dihidangkan.
Yang pasti memang ketagih sungguh.
5. Sambal jantan power
Sediakan bahan-bahan di bawah:
– dua genggam cili padi merah
– 2 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit)
Kuantiti rasa boleh ditambah@dikurangkan mengikut citarasa sendiri.
– 1/2 cuka dari sukatan cili dalam blender
*boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka*
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan selepas sehari dua cili semakin sedap untuk dimakan.
Makan dengan nasi bungkus ni terbaik sangat
Perghh baca nama pun tak nak kalah ya. Aha Begitulah tentang rasanya. Kepada peminat sambal, sila buat stok macam cikgu.
Cikgu sempat baca komen lepas kawan yang musykil takut sambal rosak kalau buat stok banyak begini. Usah risau. Ikut tips cikgu. Banyak kali dah cikgu buat. Kena betul cara simpan dan gunanya.
Pastikan guna sudu kering setiap kali mengambilnya sahaja. Tapi cikgu yakin sambal tu tetap takkan bertahan lama juga. Mesti cepat habis punyalah. Kalau dah belum makan pun dah menitik air liur, ini pula stok dah ada depan mata. Sedar-sedar dah licin tinggal botol je. Kan?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.