Puding mangga susu bersama chia seed antara sajian yang mudah untuk disediakan sebagai sajian pencuci mulut. Makan pula sejuk-sejuk, leganya rasa tekak. Rasa manis buah mangga memang betul-betul memancing selera.
Bagi ibu-ibu yang tiada idea untuk membuat sajian pencuci mulut, apa kata anda cuba resipi puding mangga susu bersama chia seed ini seperti yang dikongsikan oleh Shida Razak KC.
RESIPI PUDING MANGGA SUSU BERSAMA CHI SEED
UNTUK LAPISAN BAWAH:
BAHAN-BAHAN:
400 ml susu segar
100 ml air
1 biji mangga/100-150g mangga di potong dadu
2 sudu besar serbuk agar-agar
1/2 sudu kecil garam
3 sudu gula (boleh guna molases sugar untuk lebih sihat)
1 sudu kecil pewarna kuning (jika ada)
CARA MEMBUAT:
1. Kisar semua bahan. (lapisan bawah).
2. Selepas semua bahan dikisar, masak selama 2 minit hingga mendidih.
Ads
3. Kacau rata dan masukkan ke dalam bekas/loyang. Ketepikan.
UNTUK LAPISAN KE DUA:
BAHAN-BAHAN:
250 ml susu segar
1 sudu besar serbuk agar-agar
2 sudu besar gula batu/gula biasa
Secubit garam
1/2 cawan chia seed
CARA MEMBUAT:
1. Masak susu segar bersama masak 1 sudu besar serbuk agar-agar.
Ads
2. Campur 2 sudu besar gula batu/ gula biasa pun boleh dan secubit garam dan kacau hingga mendidih.
3. Campurkan 1/2 cawan chia seed yang telah dikembangkan. Jika tiada chia seed, selasih pun boleh.
Ads
4. Tuang untuk lapisan ke dua setelah sejuk lapisan pertama. Taburkan mangga dadu di atas puding. Sejukkan dalam peti. Makan ketika sejuk memang sedap!
Bercuti atau travel dalam pelbagai urusan memang menyeronokkan. Namun tak semudah itu bagi semua ibu-ibu. Malam sebelum bertolak, ibulah orang yang paling sibuk mempersiapkan segala kelengkapan seperti pakaian dan sebagainya. Bukan itu, bahkan makanan anak juga termasuk dalam senarai wajib ibu perlu sediakan. Rumit tapi inilah hakikatnya pengorbanan seorang ibu.
Seronok tapi memenatkan. Senarai pemakanan dan perancangan makanan bayi yang dikongsikan oleh ibu ini, Rarra Sakura di facebooknya ini memang hebat. Ini bukan biasa-biasa tetapi menuntut pengorbanan dan usaha yang bukan sedikit. Bukan semua ibu mampu buat seperti yang dikongsikan oleh ibu ini. Hebat!
Semoga senarai dan perancangan idea pemakanan ini boleh dijadikan panduan untuk ibu-ibu yang bakal bercuti atau travel atas urusan kerja. Sayangkan anak, semua hendak sempurna. Mantap!
Sok si twin kena ikut mommy pergi travel. Terpaksa jugak pergi kursus 3 hari 2 malam, menginap di hotel. Si twin tak boleh tinggal sebab still fully bf dan malam-malam tak boleh tido takde mak. Sebelum ni dah pernah jugak bawa twins ikut ayah dia kursus tapi bawah umur 6 bulan.
Macam senang sikit just susu je. Kali ni umur 1y 2m ni agak mencabar sikit. Excited pun ada ni. Banyak jugak ek nak kena siap, tambah lagi double. Masa nak snap picture ni pun dua tiga kali terganggu sebab sorang-sorang kacau. Yang ni la serba sedikit yang akan saya bawa esok. Doakan perjalanan kami lancar ye.
Siap Sedia Makanan Dalam Perjalanan **************************** Bubur nasi ketam (masak lebih sikit supaya tahan sampai malam pertama) Ciken nugget/potato nugget Ayam goreng upin ipin (drumstick) Buah² (siap potong)
Bahan Kering Wajib Ada ************** Bawang, bawang putih, halia, kentang (saja bawa kot nak pakai bendanya ada) Bihun, pasta (bawa banyak mana nak pakai) Telur Minyak bijan (saja bawa) Sup bunjut Beras Roti wholemeal (beli nanti)
Bahan Basah ************** Ayam potong² (frozen) Sayur tambahan macam karot, sawi pakcoy, tomato (letak dalam plastik kecik) Keowtiaw (kalau twins buat ragam tiber jemu nasik!) Buah² Finger food : chickken nugget, potato nugget (dah grill dan frozenkan nanti nak guna just panaskan je)
Yang dalam bekas kecik² tu : preparation kot sampai nanti nak kena masak, senang semua dah siap. Just campak je dalam periuk.
Untuk simpan barang basah ada 3 box sebenarnya. Yang merah tu kecik. Yang polisterine warna putih tu pun ada. Box besar dari merah tu pun ada. Untuk barang basah kalau untuk bekalan hari pertama, lepas sampai hotel kalau ada peti ais, baik terus simpan dalam peti ais.
Tapi kalau hotel tak ada peti ais, simpan dalam box ni boleh tapi dengan syarat kena sentiasa pastikan top up ais. Sayur dan barang basah lain insyaallah elok. Pasal tu kena pastikan hotel dekat ngan pasaraya senang cari ais.
1. Karot – cincang halus 2. Brokoli 3. Pasta rebus 4. Bawang+bawang putih +vhalia (yang dikisar dan saya tumis sampai pecah minyak, nanti bila nak buat sup atau bubur just masukkan je, tak payah bawa minyak dah) 5. Daun bawang dipotong 6. Serbuk ayam (ayam goreng (dada) yang saya goreng kering kemudian saya blend kering. Ni untuk penambah perasa dalam bubur dan lain² 7. Sawi pakcoy (potong²)
Cadangan Menu ***************** Yang mudah je. Awal dah note kat hp. Risau je takut ada yang tinggal. Insyaallah tak sabar rasa nak main masak-masak dekat hotel. Nasi dan semestinya sup ayam + sayur, telur dadar, sup pasta. Hmmm tengok la apa yang sesuai mommy masak je.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cheezy Wedges dari restoran makanan segera KFC selalu menjadi rebutan anak-anak kita. Mana taknya, rasanya yang sedap dan enak ditambah pula rangupnya serta sos kejunya buat anak paling suka.
Apa kata kali ini kita buat sendiri di rumah. Malah resipi perkongsian Pn Salimah Olie ini turut disertakan dengan tip untuk kekal sedap dan rangup. Jom cuba!
Rangup di luar, lembut di dalam..perghh! Ada rahsia dia ye nak bagi rangup bila goreng tu, wajib kukus dulu ubi kentangnya.
Bahan-bahan:
4 biji kentang – tak nak kupas kulit pun takpe, tapi pastikan basuh bersih tau.
Mixed herb
Lada sulah
Garam
Tepung
Bahan sos:
3 sudu besar serbuk cheese nacho – bancuh dengan air panas. Kacau-kacau hingga jadi sos.
Kentang dipotong wedges. Kukus agak-agak lembut dalam 5-7 minit.
Letak dalam mangkuk. Tabur mixed herbs, lada sulah dan garam. Goncang biar sebati.
Taburkan pulak tepung jagung, gaul sebati.
Goreng tenggelam dalam minyak hingga kekuningan dan garing.
Hidangkan bersama cheezy sauce. Tambah mayonis pun sedap.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Asyik masak gulai yang bersantan je, kadang tu jemu juga kan. Sesekali nak juga rasa masakan yang lain sikit. Tak perlu nak pening-pening kepala lagi masak apa.
Apa kata cuba resipi Ikan Siakap Masak Kengsom. Resipi ini popular di negara Thailand dan menjadi antara salah satu menu kegemaran ramai. Rasanya yang masam, manis, pedas memang cukup power dan buatkan anda tak menyesal untuk mencuba!