Puding mangga susu bersama chia seed antara sajian yang mudah untuk disediakan sebagai sajian pencuci mulut. Makan pula sejuk-sejuk, leganya rasa tekak. Rasa manis buah mangga memang betul-betul memancing selera.
Bagi ibu-ibu yang tiada idea untuk membuat sajian pencuci mulut, apa kata anda cuba resipi puding mangga susu bersama chia seed ini seperti yang dikongsikan oleh Shida Razak KC.
RESIPI PUDING MANGGA SUSU BERSAMA CHI SEED
UNTUK LAPISAN BAWAH:
BAHAN-BAHAN:
400 ml susu segar
100 ml air
1 biji mangga/100-150g mangga di potong dadu
2 sudu besar serbuk agar-agar
1/2 sudu kecil garam
3 sudu gula (boleh guna molases sugar untuk lebih sihat)
1 sudu kecil pewarna kuning (jika ada)
CARA MEMBUAT:
1. Kisar semua bahan. (lapisan bawah).
2. Selepas semua bahan dikisar, masak selama 2 minit hingga mendidih.
Ads
3. Kacau rata dan masukkan ke dalam bekas/loyang. Ketepikan.
UNTUK LAPISAN KE DUA:
BAHAN-BAHAN:
250 ml susu segar
1 sudu besar serbuk agar-agar
2 sudu besar gula batu/gula biasa
Secubit garam
1/2 cawan chia seed
CARA MEMBUAT:
1. Masak susu segar bersama masak 1 sudu besar serbuk agar-agar.
Ads
2. Campur 2 sudu besar gula batu/ gula biasa pun boleh dan secubit garam dan kacau hingga mendidih.
3. Campurkan 1/2 cawan chia seed yang telah dikembangkan. Jika tiada chia seed, selasih pun boleh.
Ads
4. Tuang untuk lapisan ke dua setelah sejuk lapisan pertama. Taburkan mangga dadu di atas puding. Sejukkan dalam peti. Makan ketika sejuk memang sedap!
Di usia 12 bulan, bayi anda sudah boleh membiasakan diri minum dalam cawan dan makan sendiri menggunakan sudu dan juga tangannya. Bentuk makanan juga haruslah berubah lebih kasar sedikit berbanding ketika usianya 6 bulan.
Kalau mama nak cuba resepi baru yang sesuai untuk anak 12 bulan jom ikuti resepi yang dikongsi ini. Selamat mencuba!
“Bosan dah asyik makan bubur je… Shauqi pun dah nak setahun .. slow-slow ibu tukar tekstur makanan. Bagi ada bentuk, warna untuk tarik minat shauqi makan..Alhamdulillah habis Shauqi makan.”
Tercari-cari resipi kek terbaik untuk hari raya nanti? Cuba ubah kelainan dengan Kek Ogura Unikorn yang pastinya buat anak-anak teruja hendak makan. Menariknya kek yang satu ini bukan hanya cantik malah diperbuat daripada bahan-bahan istimewa antaranya penambahan santan yang membuatkan kek lebih lembut dan berlemak rasanya.
Resipi ringkas tetapi sedap yang dihasilkan oleh Noriza Jaja ini mama wajib cuba. Barulah anak-anak teruja di pagi raya. Senang, mudah dan sedap! Jom cuba.
Siapa suka unikorn? Ramai kan. Hari ni akak buat kek ogura bertemakan unikorn. First time buat tak berapa kemas dan cantik tapi akak share juga la ye.
KEK OGURA UNIKORN
BAHAN A:
5 kuning telur gred A
1 biji telur gred A
1/4 sudu garam halus
70 gram minyak jagung
95 gram santan pekat kotak
70 gram tepung kek (diayak)
BAHAN B:
5 putih telur
70 gram gula kastor
1/4 sudu jus lemon @cuka masakan
Pukul ringan telur kuning dan sebiji telur. Masuk minyak jagung, santan dan garam. Pukul sebati.
Masukkan tepung dan kacau. Kemudian tapiskan adunan. Ketepikan.
Pukul putih telur hingga berbuih dan masuk jus lemon dan gula kastor sikit-sikit hingga habis. Pukul hinggga jadi soft peak (kembang gebu bertanduk).
Masuk adunan meringue putih telur sikit-sikit ke dalam adunan kuning telur dan kaup balik dengan whisk hingga adunan jadi sebati.
Bahagi adunan kepada 4 bahagian dan masuk warna unikorn iaitu biru turquoise, kuning lemon, pink dan ungu.
Lapik loyang 7″@8″ dengan baking paper. Tak perlu lenser dengan butter.
Letak setiap adunan warna secara rawak bertindan-tindan hingga habis. Hentak loyang unttk keluarkan buih udara.
Bakar guna kaedah waterbath suhu 160°c selama 1 jam atau hingga masak ikut oven masing-masing ye. Keluarkan loyang waterbath dan bakar lagi kek dalam 10 minit untuk keringkan bawah dan tepi kek.
Lepas kek masak stay dalam oven sekejap. Renggangkn pintu oven skit lepas tu keluarkan dari oven dan keluarkan kek. Tunggu sejuk dan potong.
Selamat mencuba.
Resipi wajib cuba: Resipi Tat Cadburry Kulit Rapuh Inti Coklat Tak Cukup Makan Sebiji Dua!
Cuba Biskut Raya Unicorn Pula
Tak cukup dengan kek raya, apa kata kita buatkan anak yang cukup gemar dengan siri kartun My Little Pony ini dengan biskut unicorn pula. Barulah meriah dan gembira di pagi raya. Jom cuba resipi biskut ni pula.
Tak Payah Pakai Mixer, Kacau Dengan Senduk Pun Jadi, Comelnya Samperit Cheese Unicorn Ni!
Jika dulu ibu menunggu waktu hujung minggu untuk menyiapkan kek dan biskut untuk anak, kini tidak lagi. Tempoh PKP yang panjang ini membolehkan ibu mencuba segala jenis resipi yang sebelum ini tersimpan kemas.
Tak perlu tunggu menjelang raya, biskut samperit comel ini boleh mama cuba sepanjang tempoh PKP ini dengan tenang. Anak-anak boleh jadi pembantu setia. Jom cuba resipi comel yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Zulayka ini.
Salam semua, terima kasih semua yang kata samperit ibu comei. Sebagai tanda terima kasih hari ni ibu share lagi sekali resepi berserta cara buat samperit ni ye.
Ni bahan-bahannya…
400gm tepung jagung (sepeket)
1 ketul butter
50gm Cream cheese
4 sudu besar tepung custard
1/2 tin susu pekat
1 tutup esen vanilla
Choc chip
Ni kejadian lepas letak butter, cream cheese, esen vanilla dan susu. Tak payah pakai mixer, kacau je dengan senduk. Kacau manja-manja je. JANGAN KACAU SAMPAI KEMBANG.
Dah agak-agak sebati, masukkan tepung custard. Banyak macam tu tau, 4 sudu makan.
Dah jadi doh yang lembut, licin dan tak lekat kat tangan macam kat gambar tu. Bahagikan 3 bahagian, 2 kecil dan 1 besar.
1 bahagian kecil letak warna biru atau warna apa-apa yang korang suka. 1 bahagian lagi letak warna merah atau warna apa-apa yang korang suka juga.
Lepas tu korang cubit-cubit doh tu dan uli macam kat atas tu. Ibu syorkan korang gunakan warna-warna lembut dan kurangkan penggunaan warna untuk hasilkan biskut yang cantik.
Lepas tu satukan doh yang korang cubit tadi tu then uli dia jadi macam dalam gambar tu. Dah tu, korang ambil sikit.
Letak dalam acuan macam kat atas tu, lepas tu tekan la. Jangan letak penuh acuaan, buat sikit-sikit dulu. Masa ni korangg terap siap-siap adunan samperit ni sampai siap sebab masa ni adunan sangat senang & mudah cantik untuk di terap. Ni ibu pakai acuan tembaga bunga pecah 12.
Sementara korang nak letak choc chip atas dia, panaskan oven 10 minit. Dah siap semua, bakar suhu 170°c selama 40 minit atau sampai masak, ikut oven masing-masing. Api atas bawah ye.
Tip: Nak tau dia atau belum, korang tolak sikit dia meluncur laju. Kalau agak-agak kesat tu, belum masak lagi lah tu.
Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idea menu dari roti memang tak pernah mengecewakan. Idea roti untuk sarapan pagi ini mama kena cuba. Simple dan sedap.
Nak buat macam mana? Jom cuba resipi perkongsian Pn Umi Watie ini.
Idea untuk sarapan pagi anak-anak ke sekolah. Roti Kentang Keju namanya. Rangup diluar tapi lembut didalam. Siap boleh tarik-tarik lagi. Jom buat.
Bahan-bahan Roti Kentang Keju
Bahan A
2 biji kentang
1 sdt serbuk Lada sulah
1 sdt garam
Bahan B
Roti putih
Telur
Serbuk roti
Keju mozzarella
Kentang tu rebuskan sampai empuk. Masa panas-panas tu terus lecek sampai halus.
Roti putih tadi potong tepi, gelekkan sampai nipis. Bubuh kentang, keju, kentang secara berlapis.
Lepas tu tutup roti kita tadi dengan menekan hujung garfu. Buat sampai habis tau.
Roti yang dah siap tu celupkan dengan telur kemudian bedakkan dengan serbuk roti. Buat sampai habis. Kalau nak simpan dalam peti beku pun boleh. Esok-esok boleh tinggal gorengkan saja.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Kalau musim buah-buahan, ramai yang tahu makan je tapi nama buah apa pun tak tahu. Kali ini kita cabar adik-adik BK, agaknya diorang tahu tak nama-nama buah yang ada dalam dunia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jaslinda ditemui selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih. Penemuan mangsa membawa kelegaan kepada keluarga dan rakyat Malaysia yang mengikuti operasi pencarian sejak hari pertama.