Puding roti adalah makanan paling senang dan mudah untuk disediakan sebagai sarapan atau pun pencuci mulut buat anak kecil kita. Selain kandungan karbohidratnya yang tinggi, penambahan susu dan kurma misalnya dapat memberi khasiat berganda buat bayi comel kita. Gabungan karbohidrat, serat dan protein pastinya membekalkan nutrisi lengkap buat anak kita.
Namun cara menyediakan Puding Roti adakalanya mengambil masa yang agak lama. Resipi yang dikongsikan oleh Puan Norlaila Mohd Yusoff di facebooknya ini sememangnya menjimatkan masa ibu.
Mana tidaknya dengan hanya mencampurkan tiga bahan sahaja, puding sudah siap sedia untuk dibakar. Mudah! Jom intai resipi yang dikongsikan olehnya.
Menu baru untuk Irfan. Ibu cuba sebab senang je. Guna 3 bahan je. Resepi ni sesuai untuk baby 8 bulan ke atas.
Ads
Bahan-bahan:
Roti wholemeal (2 keping)
Susu full cream (100ml)
Kismis (boleh juga letak pisang, kurma dan buah-buah lain)
Ads
Blend ke semua bahan. Ibu blend sekali dengan kismis. Tapi tinggalkan sikit untuk topping.
Tak dapat nak keluar ke mana-mana, anak-anak pula kat rumah asyik mengadu lapar je. Mama kadang dah habis idea nak buat menu apa lagi. Kadang tu dah makan nasi, lepas tu nak kudapan pula.
Jadi untuk bagi idea pada mama apa kata cuba resipi kek coklat kukus mini acuan lompang. Buat dalam acuan kuih lompang ini lebih mudah kerana anak makan pun tak comot dan senang nak simpan dalam bekas.
Nak tahu bagaimana cara penyediaan, berikut dikongsikan resipi yang disediakan oleh Puan Sarimah Husain
Cara-caranya :
– Satukan gula, telur, esen vanilla. Blend bagi sebati je
– Masukkan minyak, blend lagi kemudian masukkan air + susu pekat yang dibancuh sekali. Kalau nak guna susu cair terpulang. Sis guna air masak je. Blend lagi bagi sebati je nak guna whisk pun boleh.
– Masukkan tepung tadi yang telah di ayak dengan bahan bertanda * Sedikit demi sedikit
– Blend bagi sebati je
– Panaskan periuk pengkukus dan sapu acuan dengan sedikit minyak. Setelah air betul mendidih letak acuan dalam periuk dulu (panaskan)
– Gaul bagi sebati adunan tadi tuang ke dalam acuan dengan jug penyukat kecil (mudah) tuang 3/4 acuan je
– Kukus 30 minit
– Dah suam sikit tu baru tabur coklat rice. Nak toping dengan coklat dulu pun boleh terpulang.
Tips:
* periuk balut dengan kain tuala supaya air tak menitis atas kek.
* kelurkan masa suam / sejuk. Jangan keluarkan ketika kek masih panas dari acuan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak perlu tunggu hari raya, kuih raya Tart Nenas sentiasa menjadi kegemaran kita. Apa kata kita persiapkan resipi Tart Nenas Bola Naga ini dulu untuk dicuba pada hari raya nanti.
Satukan mentega, minyak sapi, telur, susu pekat manis dan esen vanila. Kacau seketika. Jangan sampai kembang.
Masukkan tepung gandum yang diayak bersama tepung kastard dan tepung jagung. Kacau sampai sebati.
Uli menggunakan tangan sampai sebati. Pastikan adunan tak terlalu lembut atau keras. Uli sampai adunan tak melekat di tangan.
Bulatkan inti nenas.
Timbang setiap adunan 8g dan masukkan inti nenas. Kemaskan adunan membentuk bebola kecil.
Sapu dengan kuning telur yang dicampurkan dengan sedikit air.
Bakar kali pertama dengan suhu 170 C selama 24 minit.
Keluarkan dan sapu lagi lebihan telur. Kemudian bakar lagi dengan suhu 190 C selama 5 minit.
Siap!
Tip Penting bila buat Tart Nenas 1. Rahsia saya ialah minyak sapi – insyallah tak berbau bau tetapi rasa amat berbeza. Tart akan jadi lebih lembut dan gebu. Cair dimulut! Begitu juga dengan susu pekat. Ia bukan saja berfungsi untuk memberi sedikit kemanisan, tetapi juga untuk mengekalkan kelembapan (Moist) kepada tart anda.
2. Tepung jagung dalam 20 gram dan tepung kastard dalam 20 g (lebih kurang 1 sudu setiap satu) akan membuatkan tart anda lebih kejap dan tidak mudah hancur bila dipegang.
3. Tart paling elok guna butter berkualiti seperti contoh Goldern Churn, Anchor atau mentega tulen yang lain.
4. Cara bakar juga amat penting : Untuk dapat warna yang menarik, tart mesti dibakar 2 kali dan diubah tempat. Jadikan tart anda lain dari yang lain.
5. Resepi ini diolah dan diperbaiki mengikut sukatan yang pasti InsyaAllah jadi elok. Banyak kali dah buat dan amat memuaskan. InsyaAllah.
6. INGAT! Jika adunan terlembik, tambah tepung gandum. Jika terkeras, tambah butter! Itu cara untuk menyelamatkan adunan.
Kalau musim buah-buahan, ramai yang tahu makan je tapi nama buah apa pun tak tahu. Kali ini kita cabar adik-adik BK, agaknya diorang tahu tak nama-nama buah yang ada dalam dunia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain laksa, ada yang suka makan laksam? Kalau anda dan anak-anak peminat laksam dengan kuah lemak, lepas ni boleh buat sendiri di rumah. Kalau beli di kedai tak puas makan.
Ada masa, anda boleh cuba buat sendiri laksam dan kuahnya. Kadang asyik makan nasi pun bosan juga. Langkah nak buatnya sangat senang. Jika kita buat sendiri, barulah puas hati nak makan banyak mana pun.
Ini resipi yang dikongsikan oleh Puan Norsiah Mamat.
Dengan izin Allah dan ilmu hambaNya ini, jua milik Allah, saya nak kongsi cara-cara membuat laksam, ikut gaya saya ya.
Saya halalkan semua rakan yang ingin menggunakan resepi ini.
Resepi Laksam Cikgu Nor untuk satu bungkus tepung seberat 500 gram.
500 gram tepung beras, saya guna sahaja, apa pun cap. Tak ada yang khusus. Semua jadi elok jer.
3 sudu tepung gandum kalau cap biasa atau 5 sudu tepung gandum kalau cap Faiza.
Sudu yang saya guna untuk sukat tepung gandum ni, sudu makan ya. Buh penuh-penuh. Rumbu gituuu…
Laksam akan lebih putih dan cantik kalau guna tepung gandum Faiza.
1500 ml atau 1.5 liter air. Saya buh satu liter air suam dan 500ml, air tapis biasa. Air suam ya, jangan air panas.
Cara-cara nak bancuh tepung
– Masukkan tepung beras dalam bekas yang sesuai, tambahkan tepung gandum.
– Selepas itu, masukkan 1 liter air suam.Kacau sehingga tepung larut. Apabila tepung dah -larut dan tak ada yang berketul-ketul, tambah lagi 500 ml air. Kacau sebati.
– Seeloknya ditapis, sebab biasanya akan ada habuk-habuk dan kutu beras yang terapung selepas selesai membancuh.
– Rehatkan bancuhan tepung dalam kurang lebih 10 minit.
– Selepas itu dah boleh mula mengukus.
– Saya guna tudung periuk dan guna periuk mengukus atau saya panggil ‘kukusan’ untuk mengukus.
– Sebelum mula mengukus, sapukan minyak pada tudung periuk, supaya senang proses menggulung nanti.
– Setelah nampak wap keluar dari kukusan, itu tandanya laksam dah masak. Jangan terus buka selepas nampak wap keluar. Biarkan dulu anggaran dalam satu minit. Bagi laksam tu betul-betul masak.
– Buka tutup kukusan, tengok laksam. Laksam yang masak akan menggelembung masa kita buka. Apabila kita angkat, laksam akan rata semula pada tudung periuk.
– Nak mudah angkat, saya guna sudip kayu yang rata. Hulurkan ke bawah tudung periuk dan angkat.
– Selepas angkat, tegakkan. Tujuan untuk mengalirkan wap air yang ada pada laksam. Untuk mudah, saya guna tray telur. Sebab ada lekuk-lekuk. Untuk kebersihan, saya lapik kertas A4 kosong yang belum guna atas tray telur tu. Nak guna surat khabar lama pun boleh…letak tray telur tu rapat ke dinding. Jadi senang kita nak sandar.
– Biasa paling kurang saya guna 6 penutup periuk untuk dua kukusan. Saya kukus dua keping. Guna tudung periuk pertama dan kedua. Selepas angkat, tegakkan, biarkan sejuk seketika.
– Saya guna tutup periuk ketiga dan keempat. Kukus lagi. Apabila saya angkat tudung periuk ketiga dan keempat. Saya akan masukkan tudung periuk kelima dan keenam.
– Selepas itu, saya gulung laksam tudung periuk pertama dan kedua tadi. Begitulah seterusnya sehingga selesai. Saya guna masa setengah jam untuk kukus 500 gram tepung.
– Minyak pada tudung periuk perlu disapu setiap kali sebelum mengukus laksam untuk kepingan seterusnya.
– Tepung dalam bekas perlu sentiasa dikacau sebelum diambil untuk dikukus.
Saya rasa saya dah bagi step by step. Selamat mencuba. Perkongsian Lillahitaala dan dengan izinNya jua.
KUAH LEMAK LAKSAM (Dapur Cheyah)
10 ekor ikan selayang (rebus dan ambil isi sahaja)
1 kotak santan adabi
3 cawan air putih
5 ulas bawang merah
2 keping asam keping
1 sudu lada hitam (biji lagi ok dan cantik kuah tu tapi cheyah takde letak serbuk je) **Seeloknya tumbuk bagi bijinya hancur atau kalau tak suka nampak biji lada hitam, letak air sikit dan tapis.
2 sudu kecil garam
2 sudu makan gula
– Masukkan santan ke dalam periuk, tambahkan air ke dalam kotak. Campurkan ke dalam ikan dan blanderkan bagi hancur .
– Blanderkan bawang sekali dengan lada hitam. Masukkan dalam periuk. Letak asam keping dan panaskan.
– Masak guna api kecil je. Dah mendidih masukkan gula dan garam. Kacau sehingga ia betul-betul masak.
P/S: Sukatan santan dan ikan boleh ditambah ikut laksam yang disediakan.
CARA BUAT SAMBAL
Cili merah besar, cili kecil, sedikit belacan, perahan air limau kasturi, garam, gula. Campurkan semua dalam blender, blend. Jangan bubuh air, sebab cili besar tu dah banyak air.
Dah siap blend masukkan dalam bekas, potong kulit limau kasturi halus-halus masukkan ke dalam sambal. Pastikan kulit yang lembut atau limau kasturi yang masak. Kalau kulit limau keras, sambal akan jadi pahit. Buat ya, memang sedap.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.