“Babysitter anak minta belikan puting sebab anak saya kuat menangis dan susah tidur. Patut ke saya beli?” Ini antara luahan ibu terutama yang baru pertama kali bergelar ibu dan belum ada apa-apa pengalaman membesarkan anak.
Menurut Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia, Uswatun Hasanah, menganggap anak PASTI mudah tenang dan lena jika diberi puting SEMATA-MATA ( sila baca perkataan ini 10x) tidak tepat. Malah ia mungkin tindakan sia-sia. Puting, tak kira samada tiruan atau ‘original’ kepunyaan ibu, BUKAN gerenti bakal selesaikan masalah. Kenapa? Kerana fakta saintifiknya, ‘menghisap’ atau sucking adalah antara elemen terlemah untuk buat bayi bertenang.
Mana logik faktanya? Baik. PERTAMA, Ya, ketika ada ramai bayi yang cukup gembira setiap kali di sumbat puting ibu atau ‘pacifier’, masih ramai bayi yang:
Ads
Marah-marah di puting ibu kerana terpaksa menelan susu ketika mana bayi hanya mahu menghisap untuk bertenang (comfort sucking) dan rileks sebelum tidur. Sama juga halnya dengan bayi penghisap ‘pacifier’ seperti dalam video ini. Gembira menghisap nya hanya sekejap.
KEDUA: menghisap adalah elemen yang bertujuan untuk membantu bayi rileks sebelum tidur (rasa tenang) tetapi TIDAK berfungsi memanjangkan tidur bayi. Sebab itu kita melihat ‘pacifier’ pasti terjatuh saat bayi betul lena atau patut sudah boleh lena sebelum kembali ‘tersedar’ dan mencari balik putingnya. SAMA halnya dengan bayi yang menjadikan puting ibunya sebagai ‘pacifier’. Seringkali bayi akan ‘tersedar’ dan mula menganga-nganga mulut tercari-cari puting ibunya.
Kitaran lelap-jaga cari puting-lelap-jaga cari puting akan berlaku. Jadi, di mana lenanya? Perlu ingat, bayi kecil bukan hanya perlu banyak menyusu untuk ‘grow’ tapi perlu juga cukup tidur. 80% hormon ‘growth’ (perkembangan pembesaran) di rembes ketika tidur.
Ads
Jadi nak buat macam mana ni?. Belajar dan faham keseluruhan konsep apa yang bayi kecil perlukan untuk bertenang dan lena. Anda akan dapati ada lagi elemen lain yang di perlukan oleh ramai bayi sebelum betul-betul boleh bertenang dan lena. Ayat mudahnya: ramuan kena bagi cukup!
Ads
Faktanya, bedung adalah elemen TERATAS dan paling penting buat semua bayi yang sukar lena. Kenapa? Kerana semua bayi telah merasa bagai di peluk selama 24/7 untuk 9 bulan akibat rahim yang sempit. Malah, lihat sendiri bagaimana akibat tidak di bedung, tangan bayi bikin serabut sampai menjatuhkan puting. Tapi, bedung saja tak cukup.
Sama macam puting saja pun tak cukup. Kena bagi semua ramuan dan benarkan bayi ‘beritahu’ berapa eleman yang dia perlukan! Jika ternyata bayi anda memang perlukan elemen hisapan di samping elemen-elemen lain, baru lah berbaloi membeli puting!
Kita sebagai ibu bapa teruja untuk pakaikan barut, hair band untuk anak. Tapi tak ramai yang tahu tentang kesan dan bila penggunaan barut, bedung, sedu dan hair band sehingga menyebabkan bayi tidak selesa. Ikuti perkongsian Doktor Erna;
BARUT, BEDUNG, SEDU DAN HAIR BAND
Ramai yang masih marah bila saya berkongsi tentang hal hal kesihatan wanita dan kanak kanak.
Tak apa, kita tak perlu bersetuju semua benda, kan? Saya sampaikan melalui ilmu saya sebagai seorang doktor sahaja
Tentang hal bedung;
Ada yang kata, di hospital juga bayi terus dibedung sejurus selepas lahir. Adalah itu juga salah?
Ok puan puan sekalian, adakah saya menyebut perkataan salah di dalam posting saya? Tak ada kan? Saya kata bukan keperluan.
Puan puan perlu faham. Bayi selepas dilahirkan terdedah kepada risiko untuk mendapat hypothermia iaitu di mana suhu badan adalah rendah dari yang normal. Nama pun baru dilahirkan kan. Jadi, sebab itu kita bersihkan dia, pakaikan dia baju dan bedung dia. Untuk elak berlakunya hypothermia.
Dan salah satu cara lain adalah dengan mendekatkan badan bayi tanpa apa apa baju dengan badan ibu sejurus selepas bersalin. Selain untuk mengeratkan ikatan ibu dan anak,teknik ini juga memberikan haba kepada bayi.
Selepas 24 jam, biasanya suhu badan bayi sudah normal. Jadi, di negara kita yang beriklim tropika ini, bila siang atau ada masa malam malam dengan suhu yang panas dan kering, tak perlu bedung pun tidak mengapa.
Sudah ramai rasanya doktor doktor dan pakar pakar kata yang angin tidak boleh memasuki badan manusia melalui kulit. Angin apa yang dimaksudkan oleh tuan tuan dan puan puan? Angin bayu? Angin kus kus? Oksigen? Angin apa?
Perut bayi menjadi kembung disebabkan oleh banyak faktor; Contoh, tidak sendawakan bayi selepas menyusu, menyusu terlalu banyak, tidak cukup susu, bagi puting menyebabkan bayi hisap angin. Sebab itu, bila bayi kembung, kita cuba sendawakan dan belai lembut bahagian abdomennya.
Ok, boleh faham kan?
Bayi akan merengek bila mereka tidak selesa. Boleh jadi lapar, panas,sejuk, gatal badan, pampers penuh, berak, kencing atau mengantuk. Masa inilah peranan anda sebagai ibu bapa bermula. Ambil tahu apa yang buatkan bayi anda tidak selesa.
Sama seperti meletakkan tisu basah di dahi bila bayi sedu;
Adakah ianya perlu? Tak perlu pun sebenarnya.
Sedu berlaku apabila bayi menyusu dalam keadaan tergesa gesa atau tidak hadam dengan betul atau terus melakukan aktiviti selepas menyusu atau tidak sendawakan dengan betul.
Cara yang boleh digunakan untuk hilangkan sedu adalah dengan memasukkan jari ke dalam mulut bayi atau sendawakan bayi. Biasanya sedu akan hilang dengan sendirinya.
Jika sedu berterusan sehingga berjam jam, bawa bayi anda berjumpa doktor.
Bolehkah bagi gripe water pada bayi?
Ingat, bayi di bawah 6 bulan tidak boleh diberi apa apa selain susu samada susu badan atau susu formula.
Tiada kajian spesifik mengatakan gripe water boleh menyembuhkan kembung dan sakit gigi. Jadi, berhati hatilah ya.
Tentang barut;
Untuk pengetuhuan anda, perut bayi dan kanak kanak memang sedikit buncit. Itu adalah anatomi normal mereka. Jadi, tak perlu risau.
Yang perlu risau adalah jika perut mereka keras, mereka menangis kerana sakit, mereka tidak selesa, ada peruhan pada najis mereka dan mereka tidak sihat. Jika ada ini semua, bawa berjumpa doktor.
Bayi perlu menyusu dengan kerap untuk membesar. Tak perlulah pakaikan mereka barut. Bahagian abdomen mereka memerlukan ruang yang selesa selepas menyusu.
Janganlah pakaikan barut sehingga ke dada. Anda sendiri tidak selesa jika perlu pakai korset sehingga ke dada. Paling lama anda boleh pakai pun cuma beberapa jam sahaja.
Perhatikan dada anda sendiri semasa anda bernafas. Dada anda akan turun dan naik kerana itulah fisiologi badan kita. Sama seperti bayi, malah mereka lebih memerlukan suasana yang selesa, untuk bernafas, semasa makan, semasa berheat, semasa tidur dan semasa membuat aktiviti.
Sebab itu barut bukanlah satu keperluan pun. Biarlah bayi anda selesa.
Ada yang kata pakai barut untuk sukat susu bayi? Peliknya dengan ajaran merapu sebegini. Bagaimana anda boleh terpedaya semudah ini? Sukat susu bayi dengan barut? Lawak kan? Untuk apa sukat? Bayi memang perlukan susu sebagai makanan dan minuman dia.
Bila saya cakap, bagi lah susu ibu sepenuhnya. Itukan sunnah. Tapi tak ada pula saya kata bagi susu formula tu haram. Hadui. Ada pula yang kata alah dekat hospital pun misi sumbat susu formula juga.
Hurm. Inilah dia masalah orang kita. Faham tak mahu, hentam sahaja melulu.
Jika si ibu sudah berusaha sehabis baik untuk beri susu badan namun susu masih sedikit dan bayi, asyik merengek, takkan anda mahu kami membiarkan sahaja bayi anda.
Lagi lagi bayi kepada ibu yang ada kencing manis semasa mengandung, memang mempunyai risiko hypoglycemia iaitu paras gula dalam darah rendah. Ini adalah bahaya kerana ianya boleh membawa maut.
Boleh faham kan? Insha Allah boleh
Dan lagi satu, saya mahu menegur dengan penggunaan hair band;
Ramai yang suka beli hair band yang berwarna warni. Hati hati. Pastikan ianya tidak ketat. Bagaimana nak tahu? Lepas anda cabut, tiada bekas atau tanda getah hair band tersebut.
Kepala bayi juga membesar sepanjang dia membesar. Jadi, berhati hatilah ya.
Sebelum kita melakukan sesuatu pada anak anak kita, fikir dahulu, perlu atau tidak, selesa atau tidak untuk dia. Saya tidak pula kata eh jangan pakaiiii, harommmm ni
Saya betulkan berkaitan dengan kesihatan kerana itu bidang saya. Jika anda tidak mahu bersetuju, tidak apa. Itu anak awak, amanah awak.
Semua mahukan yang terbaik untuk anak anak mereka kan? Asalkan tidak memudaratkan bayi, tak apa. Tapi jika sesuatu amalan itu memudaratkan,kenapa masih mahu mengikut?
Ya, masalah kita adalah suka percaya bila dengar, Eh, orang dulu kata kan Eh, aku baca kat group tu kan Eh itu, eh ini. Kan?
Janganlah mudah sangat tertipu ya.
Jadilah ibu bapa yang bijak bestari. Untuk mendapatkan anak anak yang bijak, anda sebagai ibu dan bapa perlu bijak juga. Ajar ilmu yang betul, bukan bagi supplemen untuk bijak pandai ya. Kalau dengan menelan supplemen boleh pandai dan sihat, maka tak adalah orang tak bijak dan orang sakit di muka bumi ini
Nota kaki : Iman tanpa ilmu bagaikan lentera di tangan bayi. Namun ilmu tanpa iman, bagaikan lentera di tangan pencuri. (Buya Hamka)
Sumber: Dr. Erna Nadia
Tak suka permusuhan, setiap amalan perlu ada penerangannya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain nama, pasangan selebriti ini juga turut mendedahkan wajah puteri mereka buat pertama kali menerusi akaun Instagramnya.
Amyra berkongsi wajah dan nama anaknya itu selepas hari ketujuh bersalin.
“Assalamualaikum everyone… I am @ayraaryssa,” tulisnya.
Dalam pada itu Amyra juga telah mewujudkan akaun Instagram buat anak keduanya dengan id @ayraaryssa.
Setakat ini, akaun @ayraaryssa sudah mencecah lebih 60,000 pengikut.
Hasil perkahwinan pasangan ini pada 2016, mereka dikurniakan seorang cahaya mata sebelum ini iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia 3 tahun manakala Ayra pula dilahirkan pada 1 Februari lalu.
Sumber: ig Amyra Rosli
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang nampak comel dan selamat apabila bayi baru lahir pakai sarung tangan. Lagi satu alasan yang biasa diberikan adalah ia akan selamat kerana bayi tak akan mencakar muka sendiri serta nak elak anak rasa sejuk.
Namun ibu bapa tahu tak sebenarnya kesan pemakaian sarung tangan ini akan mengehadkan perkembangan anak?
Menurut Najmi Nawawi yang juga penulis buku dan pakar motivasi, kita hidup di zaman semua orang berlumba-lumba supaya perkembangan anak mereka cepat. Tetapi kenapa masih ada yang pakaikan anak mereka ‘mittens’, sedangkan ia akan melambatkan perkembangan anak-anak. Takkan kita mahu anak kita ketinggalan pula nanti.
Jika anak dipakai dengan ‘mittens’, tangan anak-anak akan sentiasa dalam keadaan menggenggam dan ini bukanlah sesuatu yang baik. Kita perlu buka ‘mittens’ agar anak dapat membuka genggaman dan mula menyentuh tekstur agar dapat merangsang perkembangan otak bayi.
Jangan risau anak cakar muka sendiri, kerana anak kita sangat bijak. Mereka akan belajar dari sakitnya tercakar muka sendiri dan tidak akan mengulangi lagi. Dalam masa yang sama, ia menjadi tugas ibu bapa untuk memastikan kuku anak mereka pendek.
Beri peluang untuk anak tingkatkan kemampuan motor halus dan kasar mereka, kinestetik dan sebagainya. Biarlah jari jemari comel itu menerokai tekstur pelbagai dunia.
Anak aku Aisyah Deen tidak dipakai ‘mittens’ sejak dari lahir lagi. Mommy and daddy-nya betul-betul mahu Aisyah Deen tidak ketinggalan dengan kawan-kawan yang hebat-hebat semuanya nanti.
p/s : Persaingan dalam perkembangan anak-anak ialah satu persaingan yang sihat. Saling membantu dan berkongsi ilmu untuk dunia mereka yang lebih baik.