Jika berkunjung ke restoran, ayam goreng antara menu yang sentiasa dicari anak-anak kita. Jika disediakan di rumah, hidangan ayam goreng laku keras. Anak-anak pula siap makan bertambah-tambah. Inilah penangan ayam goreng.
Jika tercari-cari menu sedap, sama seperti di kedai, resipi yang satu ini wajib anda cuba. Dua bahan iaitu bawang putih dan halia, antara penguat rasa enak ini selain serbuk kari. Jom cuba resipi yang disediakan oleh Nor Hairiyah Hashim ini. Wajib cuba!
Resipi Ayam Goreng Favourite Anak-Anak.
Resepi untuk anggaran 1 ekor ayam:
Bawang putih dan halia seperti dalam gambar
1 biji telur
1 sdb serbuk kari
5 sdb tepung jagung
3/4 cawan air sejuk
Sedikit pewarna merah/oren (saya suka oren)
Garam secukup rasa
Ads
Blend semua bahan-bahan. Pastikan adunan tidak terlalu pekat/cair.
Sesekali ubah selera anak ketika minum petang pastinya buat anak makin bertambah selera. Kali ini pikat selera anak dengan menu kedai pula, Kaya Ball yang biasanya kita beli, mama boleh cuba sendiri di rumah. Rupanya cara hendak membuatnya cukup mudah.
Resipi yang dikongsikan oleh Nuhaz Kitchen ini memang terbaik. Letak inti kaya banyak-banyak di dalamnya, barulah anak puas makan. Jom cuba resipi mudah ni.
Jom buat kaya ball sendiri! Yang ni saya guna acuan takoyaki. Kalau nak guna acuan kuih cara pun boleh juga yang penting acuan tu jenis tak melekat.
Dah lama tak share resepi dalam ni so harini nak share resepi kaya ball tanpa mixer tanpa blender. Yang penting ada acuan. Saya gunakan acuan takoyaki. Kalau tak ada guna acuan cara. Resepi ni boleh buat pancake juga 😊 sangat lembut dan menjadi.
1. Satukan bahan bertanda *. Kacau sehingga sebati.
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder. Kacau sehingga tiada tepung yang berketul. Biarkan adunan selama 15 minit sebelum digunakan.
3. Sapukan minyak pada acuan dan panaskan acuan menggunakan api perlahan.
4. Picitkan adunan ke dalam acuan..separuh saja jangan full.
5. Kemudian picitkan kaya.
6. Picitkan adunan sehingga full. Tutup acuan menggunakan penutup periuk selama 3 minit.
7. Kemudian alihkan kaya ball dan biarkan lagi selama 3-5 minit atau sehingga masak.
Telur Baik Tapi Kawal Gula Dalam Sekaya
Seri kaya atau juga dipanggil sekaya diperbuat daripada campuran santan, gula dan telur. Namun ketika anda menyediakan sendiri untuk anak, pastikan gulanya jangan berlebih-lebihan, cukup hanya sekadar rasa manis.
Telur sebagai bahan utama sebenarnya cukup baik malah pembekal protein yang baik untuk anak-anak yang sedang membesar. Menurut Live Strong, Dr. Richard E. Allen menjelaskan dalam terbitan November American Family Physician, satu biji telur mengandung 5,5 gram protein, 5 gram lemak, dan 68 total kalori. Oleh kerana itu, banyak pakar kesihatan kanak-kanak menyarankan agar telur disajikan dalam pelbagai jenis menu anak berusia 18 bulan hingga 4 tahun.
Ini pula caranya hendak membuat sekaya anda.
Bahan-bahan
2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
500ml santan pekat
5 biji kuning telur
2 sd tepung kastard (bancuh dgn sedikit air)
1 helai daun pandan
Gula dan air dicampurkan dan dipanaskan dengan api perlahan bagi menghasilkan gula hangus. Apabila gula menjadi kekuningan , masukkan santan pekat dah kacau sebentar hingga gula larut. Selepas itu biarkan adunan sehingga betul-betul sejuk.
Apabila adunan santan dan gula hangus tadi sudah betul-betul sejuk, masukkan kuning telur, tepung kastard dan daun pandan. Kacau di atas api yang sederhana hingga mendidih. Bila sejuk kaya akan menjadi pekat.
Nak dapatkan barang dan kelengkapan untuk memasak boleh dapatkan di SINI.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun nampak mudah namun bukan semua roti jala dapat disediakan dengan baik oleh kita semua. Adakalanya kiraian roti jala menjadi besar dan tidak cantik, malah ada juga bancuhan tidak kena dan tidak lembut seperti yang disediakan seperti mak-mak kita.
Langkah demi langkah untuk amatur atau yang belum pernah mencuba menyediakan roti jala ini patut anda ikuti. Perkongsian resipi dan langkah daripada Puan Najwa Abd Razak ini nampak mudah. Rugi kalau anda tak cuba!
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
2 sudu besar minyak masak
1 biji telur
secubit garam
Pewarna makanan
Dalam mangkuk, masukkan semua bahan kecuali pewarna kuning. Kacau sedikit semua bahan.
Kalau anda rajin boleh kacau guna whisk sampai semua sebati. Kalau kurang rajin, boleh la kisar semua bahan guna blender dan titikkan pewarna kuning.
Masukkan adunan tepung ke dalam botol muncung 3. Beli botol yang muncungnya tidak berlubang, kita perlu potong muncung tu sendiri. Potong sedikit sahaja hujung muncung.
Kirai roti jalan dalam kuali. Boleh kirai ikut selera sendiri sama ada suka kira jalanya bulat atau segi 4 macam ni.
Lipat dan gulungkan jalanya. Siap..selamat mencuba.
Cadangan hidangan, roti jala + kuah kari.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apam nasi mungkin sudah terbiasa, namun apam dengan kuah pekat dan likat pasti buat minum petang anda bertambah nikmatnya. Apam nasi dengan kuah yang dikongsikan oleh Pn Zana Anuar ini nampak cukup mudah hendak disediakannya. Hanya perap dan biarkan sahaja. Kemudian barulah disediakan sosnya pula.
Malah bahan yang digunakannya juga amatlah ringkas. Jadi lebihan nasi semalam, janganlah dibuang, buatkan sahaja apam mudah dan ringkas ini. Jom cuba resipi yang dikongsikannya.
Apam kuoh hari ni, menu petang.
Untuk apam nasi:
2 cwn nasi sejuk
2 1/2 cwn air
1 3/4 cwn gula
Blendkan sekali
Masukkan dalam acuan dan kukus selama 5 minit. Sapukan acuan dengan sedikit minyak supaya adunan tak melekat kat acuan.
Kuah dengan isi ikan rebus
Bagi masyarakat di sebelah pantai timur, sos dengan gabungan isi ikan rebus merupakan sajian yang cukup istimewa. Nak tahu rasanya, kenalah cuba. Resipinya mudah sahaja.
Untuk kuahnya:
Blendkan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, kerisek, jintan manis, ketumbar dan lada hitam.
Kelapa parut sedikit, sedikit isi ikan yang direbus.
Untuk kuahnya kuantiti bahan agak-agak saja, bergantung kepada banyak atau sedikit kuah yang kita nak.
Masukkan bahan blend dalam santan, letakkan gula kerek/ nise, garam dan secukup rasa.
Ok dah pun siap, cicah apam bersama kuahnya.
Selamat mencuba ya.
PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA BERMULA ESOK!
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.