Doa ibu bapa adalah kekuatan buat anak-anak. Sejauh mana pun kejayaan anak-anak kita pasti terselit doa ikhlas yang tak pernah putus untuk mereka. Tambah pula bila menjadi ibu bapa, harapan nak anak berjaya, soleh dan solehah tu sentiasa ada.
Melalui perkongsian ini, sebenarnya sangat mudah untuk ibu ayah amalkannya demi memastikan anak-anak kita menjadi insan berjaya dunia akhirat.
Hajat pada anak.. Aku ada seorang kakak. Akak aku ni biasa-biasa je tapi Alhamdulillah anak-anak dia bijak bijak. Selalu terima anugerah kat sekolah.
Pagi tadi dia reveal satu petua. Sangat simple. Cuma tinggal rajin ke tak rajin je nak buat. Kalau kau malas memang tak kemana laa.
Ads
Caranya:
Setiap pagi kau baca ayat ke 82 surah Yaasiiin. “INNAMA AMRUHU IZA ARA DA SHAI AN AYYAQUULALAHU KUN FAYA KUUUN”
Ni aku galakkan kau baca yang jawi ye. Supaya sebutan tak lari.
Bila sampai part “KUN” (berhenti sekejap dan niatkan dalam hati kau apa sahaja hajat kau untuk anak kau. Nak cerdik ke nak pandai ke nak apa sahaja). Kemudian baru sambung “FAYA KUUN”.
Lepas tu kau tiup la atas ubun-ubun anak kau. Buat setiap pagi. Insya Allah.
Insya Allah bermanfaat.
Alasan sibuk bekerja hingga masa dengan anak terhad itu biasa bagi ibu bapa zaman sekarang. Namun anak tetap ada perasaan dan nak juga kita melayan mereka. Biarlah tak bawa berjalan jauh pun tapi cukup untuk anak rasa kemesraan dengan kita sebagai ibu bapanya.
Mungkin masa kecil kita rasa agak stres bila anak menangis, bergaduh, nak beriba atau berdukung sepanjang masa tapi ingatlah masa itu akan berlalu dan pasti dirindui.
Perkongsian dari Perunding Motivasi, Ropizam San sungguh berkesan untuk tatapan ibu bapa masih muda yang mempunyai anak kecil.
Khas buat kita semua Ibu Bapa MM(Masih Muda) yang punyai anak masih kecil-kecil. Bacalah sahabat-sahabatku…….
Baru-baru ini saya dihubungi seorang sahabat lama, yang 10 tahun lebih senior dari saya. Beliau meminta kiranya saya sudi menjadi pendengar untuknya bagi satu ‘ralat kekecewaan’ yang sedang dialaminya.
Umurnya kini sudah masuk 43 tahun. Bernikah di usia yang agak awal, dan kini anak sulungnya sudah berada di Tingkatan 3.
Kata beliau,
“Zam, aku sedih la. Dulu masa anak-anak aku kecil, aku jarang bermain bergurau dengan mereka, aku tiada masa sangat bawa mereka berjalan, aku jarang ‘berkawan’ dengan mereka….. “, luah beliau.
Sambungnya lagi….
“Kini, bila aku dah ada macam-macam, yang aku kejar dah dapat, duit dah banyak, dan sekarang aku cuba untuk dekati anak-anak aku. Rasa ingin berkawan lebih dengan mereka, ingin bawa mereka banyak bersiar-siar, ingin bergurau bergelak ketawa. Namun, rupa-rupanya tidak boleh… kalau pun boleh, masa teramat terhad….!!!”.
“Sekarang, anak aku pula yang ‘sibuk’. Pulang sekolah, ada pelbagai aktiviti kokurikulum, malam kelas tambahan dan tuisyen, petang bersama kawan-kawannya bermain bola di padang. Aduhhh, aku tak mampu melarang. Cuma aku perasan dan sedar, aku ingatkan aku akan semakin banyak masa dengan mereka. Rupa-rupanya bila mereka sudah besar, kita kehilangan saat indah zaman mereka kecil dulu. Dah tak sama bila mereka sudah besar…. Zaman ingin bergurau senda sudah hilang tiada….”.
“Zam, harap sangat kalau kau dapat kongsi dengan kawan-kawan. Hargailah masa zaman anak masih kecil. Masa berlalu begitu pantas. Jangan jadi macam yang aku rasa sekarang. Sedih sendirian dalam hati melihat anak semakin sibuk dengan kawan-kawan di padang dan di ‘court’ permainan. Sukarnya untuk berbual mesra disaat kita ‘baru ada masa’…”.
Bila terkenangkan nasihatnya untuk kita semua. Saya rasa kita perlu tingkatkan lagi kualiti masa kita bersama anak-anak. Perlu ada perancangan rapi untuk hargai saat-saat indah bersama mereka kan. Saya pun sama, rasa mahu buat lebih dan lebih lagi. Bimbang kalau-kalau nanti kita turut ‘sesal sama’.
Zaman anak-anak kita di zon cilik bagaikan hanya melintas lalu sahaja. Bergurau dengan anak kecil sekarang tidak sama bila mereka sudah besar nanti. Kita mungkin bertuah, sebab ada orang-orang terdahulu yang sayangi kita dan sudi ingat-ingatkan ketika kita masih bergelar ‘ibu bapa muda’. Jika letih sekalipun, katakanlah kepada jiwa dan minda kita… bahawa saat indah bersama mereka(anak-anak kecil) akan berlalu, dan InsyaAllah kita akan ‘lebih kuat’ menyantuni mereka disaat mereka ingin merengek bermanja dan ketawa bersama kita.
Allahuakhbar. Berharga sungguh pesanannya (sahabat saya tadi) untuk kita semua.
Cuma saya hairan, ada sesetengah dan ‘banyak tengah’ juga ibu bapa muda yang suka berulang berulang berulang kali meninggalkan anak-anak kecil pada orang tuanya atau pengasuh ‘dengan sengaja’ atas alasan ingin ‘Me Time’ entah berapa ratus kali ‘me time’ pun saya tak faham. Bila sudah bernikah, sudah ada anak, isteri/suami memanglah dah tak sama masa menjadi bujang atau si dara. Terimalah realiti hakikatnya kita bila sudah berkeluarga itulah bezanya kita dengan kumpulan yang masih mencari jodoh.
‘Me Time’ kita yang sudah sah di hadapan Tok Imam ialah ‘Me Time With My Family’ lah. Anak menangis dimana-mana, atau buat hal sekali-sekala itu tandanya Allah nak matangkan kita dan pasangan kitalah lah. Barulah kita belajar cari ilmu dan idea untuk ‘solve the test’.
Paling saya geram dan tak boleh terima ada yang setiap hujung minggu hantar anak ke rumah pengasuh dan mereka berdua (suami isteri) pergi bershopping sakan.
Bila saya tanya kenapa tak bawa anak…??? Kata mereka, “alaaa susah la Zam kalau bawa, nanti menangis la, itu ini laaa, banyak hal laaa, malas la aku. Tak bawa lagi senang… “. Ya Allah….., pelik sungguh. Kawin nak, dapat anak nak. Tapi telinga tidak mahu dengar anak menangis, minda taknak guna untuk ‘handle’ anak. Allahu rabbi.
Ya Allah, pimpinlah kami semua ke jalan yang benar dan yang Engkau redhai. Amiin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Santan bersaiz besar yang dibeli biasanya kita simpan semula di dalam peti sejuk. Ada waktunya jika tidak disimpan dengan baik atau pada tempoh yang lama, santan mudah berbau dan tidak elok untuk digunakan lagi.
Tip dan petua yang dikongsikan oleh Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar ini anda kena cuba. Rupanya dengan meletakkan sedikit bahan ini dalam santan buat ia tahan lama.
Macam mana nak bagi santan tahan lama? Ini petua selalu guna.
Masukkan garam dalam santan dan kacau sebati. Tak perlu banyak. Sikit saja.
Simpan dalam peti sejuk seperti sediakala.
Elak telur dari busuk dan tahan lama
Manakala untuk telur pula, perlukan kaedah yang baik untuk menyimpannya. Macam mana caranya?
Kalau untuk telur. Nak elak cepat busuk. Cuci permukaan telur. Lap sampai kering.
Nanti simpan telur dalam bekas besar berisi beras pulut.
Simpan di tempat sejuk. Jauh dari cahaya.
Beras pulut tinggi selenium. Bantu lindungi sel tisu kulit telur agar tak mudah teroksida.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Pening kepala dibuatnya bila mana arahan yang kita beri pada anak selalu dibuat endah tak endah. Berbakul mama marah, apa pun anak tak faham. Ya ini tepat kerana anak ada hadnya memahami sesuatu arahan. Jangan bazirkan air liur, kenal pasti teknik ini.
Menurut OT, Pn Ayesha Sairi, ada teknik tertentu nak marah anak, terutama elakkan penggunaan perkataan panjang. Anak tak faham pun!
Anak tidak mahu ikut arahan
Ada ibubapa mengadu, anak mereka tidak mahu ikut arahan mereka. Anak yang salah atau ibubapa tidak tahu teknik memberi arahan?
Sebelum kita marah-marah kepada anak, sebelum kita membebel kepada anak, eloklah kita semak cara kita memberikan arahan kepada anak.
Saya kira strategi ini terpakai sama ada anak tipikal mahupun anak berkeperluan khas.
Strategi untuk Anak Ikut Arahan
✅ Dapatkan perhatian anak terlebih dahulu. Panggil namanya, pandang matanya dan sentuh tubuhnya. Ingat PPS (panggil, pandang, sentuh).
✅Berikan arahan pendek. Untuk anak kecil, kebanyakan mereka hanya mendengar 3-4 patah perkataan sahaja.
Sekiranya kita berikan arahan yang panjang, mereka hanya akan ingat sama ada perkataan di awal, perkataan di tengah atau di hujungnya sahaja.
Contoh ayat yang sesuai “Tolong ambil buku mama” “Simpan mainan semua” “Tutup tv, pergi mandi” “Ambil towel, pergi mandi”
Kadang-kadang kita beri arahan dalam bebelan. Ibu-ibu selalunya buat begini.
“Abang, dah dah lah tengok tv. Lama dah ni. Pergi ambil buku, baca buku tu. Buat apa nak tengok tv lama sangat ni. Mama dah siap masak semua awak masih tengok tv. Dah, dah. Tutup tv tu”
Andaikata kita biasa berikan ayat di atas, ada 2 kemungkinan yang biasa anak akan buat:
1) buat tak tahu
2) tutup tv
Adakah anak ikut SEMUA arahan yang kita berikan? Tidak. Dia tidak buat arahan ambil buku dan baca. Ini kerana anak tidak mendengar arahan tersebut.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!