Tahniah kepada Harry Khalifah yang menimang cahaya mata lelaki selepas isterinya, Noormala, selamat melahirkan bayi mereka secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di Rawang sehari yang lepas.
Menerusi laporan mStar Online, komposer berusia 43 tahun ini tetap sebak mengenangkan pengorbanan isterinya biarpun sudah masuk anak yang kesembilan.
Kata Harry, semasa isterinya selamat bersalin perasaannya bercampur antara terharu dan gembira. Dia tetap menemani isteri tersayang di dewan bersalin biarpun ini anak kesemilan mereka. Katanya, itu adalah janji yang telah diuat kepada isteri untuk sentiasa bersama.
Sementara itu, Harry turut merasakan kehadiran anak-anak adalah rezeki dan tak pernah menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata kesepuluh pada masa akan datang.
Dia dan isteri berpendapat adanya anak-anak akan memudahkan urusan mereka di hari tua dan tidak kisah jika dipandang serong kerana mempunyai anak yang ramai.
“Saya tidak menolak rezeki sekiranya ada lagi selepas ini. Kalau andai kata diberi rezeki lagi saya terima. Saya juga tidak pernah malu memiliki anak ramai. Biarlah orang nak kata apa pun.
“Bagi saya anak ramai ini akan memudahkan urusan saya pada masa akan datang, mereka akan mengangkat jenazah saya apabila saya telah tiada nanti.”
Untuk pengetahuan, pasangan bahagia ini telah berkahwin sekitar Ogos 2004 dan telah dianugerahkan dia orang anak perempuan dan enam anak lelaki termasuk penyanyi remaja yang sedang meningkat naik, Chombi.
Kes tumpah darah dalam kalangan wanita selepas melahirkan anak adalah perkara biasa yang kita dengar. Keadaan ini sangat berbahaya kerana ia melibatkan nyawa si ibu jika tidak diberikan rawatan sewajarnya dengan pantas. Tumpah darah yang berlaku 24 jam selepas bersalin dipanggil secondary postpartum hemorrhage.
Ia menyumbang kepada kematian ibu terutamanya ibu muda yang menyembunyikan kandungan dan melahirkan bayi secara rahsia di persekitaran yang tidak bersih dan selamat untuk melahirkan bayi. Di dalam penulisannya melalui blog, Dr Sharifah Halimah Jaafar, Pakar Obstetrik & Ginekologi menjelaskan lebih lanjut tentang hal ini.
Apakah sebab sebab tumpah darah semula selepas lebih 24 jam bersalin?
1. Cebisan uri atau selaput tetuban yang tersangkut/tertinggal didalam rahim. Ini adalah penyebab yang paling utama dan kerap. Selepas kelahiran bayi, walaupun uri boleh keluar tetapi kadang kadang ada cebisan atau ketulan uri yang tercabut dari gugusan uri dan terus melekat ke dinding rahim.
Secara rutinnya selepas bersalin, doktor atau jururawat akan memeriksa uri yang terkeluar dan memastikan gugusan uri sempurna. Walaupun begitu, ada kalanya masih juga ada ketulan uri yang tercabut yang tidak dapat dikenalpastikan.
Ketulan uri yang tertinggal bukan sahaja menyebabkan rahim tidak boleh mengecut dengan berkesan mengakibatkan tumpah darah tetapi juga ia boleh menyebabkan jangkitan kuman masuk kedalam rahim dan menyebabkan radang dan kejutan sepsis.
2. Jangkitan kuman (endometritis): Jangkitan kuman di dalam rahim boleh berlaku selepas bersalin kerana sistem pertahanan ibu mengandung dan semasa dalam pantang (pueperium) rendah. Ini memudahkan ibu mendapat jangkitan. Kadang kadang tinggalan selaput atau cebisan uri menjadi makanan untuk bakteria dan menyebabkan bakteria membiak dengan pesat sehingga terjadi radang yang serius didalam rahim.
Radang atau ‘inflammatory’ pada dinding endometrium boleh membuka semula salur darah yang telah tertutup, merangsang sistem pembekuan darah sehingga menyebabkan perdarahan yang serius dan kegagalan darah untuk membeku.
Bakteria juga boleh menusuk masuk kedalam darah melalui rahim dan menyebabkan kejutan sepsis serta kejutan akibat tumpah darah yang serius. Jika tidak dirawat segera, ia boleh membawa kepada kematian ibu selepas bersalin.
Apakah kaedah rawatan tumpah darah semula selepas bersalin 24 jam?
1. Mengoptimasikan sistem utama ibu dengan bantuan transfusi darah atau pengembang plasma
2. Injeksi Antibiotik untuk mengawal dan membunuh bakteria didalam darah dan juga dalam rahim
3. Prosedur DD&C atau ERPOC (Evacuation of Product of Conceptus): Prosedur ini juga dipanggil prosedur cuci rahim boleh dibuat selepas ibu diberi bius penuh.
Apakah kesan jangkamasa panjang jika tidak dirawat?
1. Kejutan Sepsis (Septicaemic Shock) yang boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang, kegagalan organ penting badan dan kematian ibu
2. Kegagalan sistem pembekuan darah sistemik (DIVC) – boleh menyebabkan perdarahan yang tidak boleh berhenti dan perdarahan secara spontan dibahagian organ badan yang lain.
3. Asherman’s Syndrome. Tinggalan cebisan uri boleh menyebabkan jangkitan dan radang di dalam rahim. Dinding rahim akan berparut dan melekat.
Sesungguhnya kita tidak meminta sebarang kejadian yang buruk berlaku sepanjang kehamilan, semasa proses kelahiran dan selepas bersalin. Semoga perkongsian dari Dr Sharifah ini sedikit-sebanyak dapat memberi ilmu kepada para ibu yang bakal melahirkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bekas peserta program Akademi Fantasia, Idayu selamat menimang cahaya mata sulungnya pada Jumaat lalu.
Penantian selama tujuh tahun itu berakhir dengan momen yang cukup indah saat Allah kurniakan rezeki memiliki bayi lelaki pada Idayu dan suaminya.
Idayu memaklumkan bayi lelaki yang sepatutnya dilahirkan secara normal itu terpaksa di bedah di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital itu kerana kekurangan oksigen.
“Ikutkan saya sepatutnya bersalin secara normal sebab bukaan pun dah 7cm, tapi keadaan baby semakin lemah sebab kepala dia tersangkut di tali pusat menyebabkan dia kurang oksigen.
“Itu yang terpaksa lalui pembedahan. Nak timbang berat bayi selepas keluar pun tak dapat sebab dia dalam keadaan tak stabil. Sekarang pun, baby dalam ICU lagi tapi alhamdulillah keadaan dia semakin baik,” kongsinya.
Kata Idayu lagi, satu pengalaman indah bila mana dapat merasai kedua-dua kesakitan ketika bersalin.
“Bagi saya walaupun dapat rasa sakit nak bersalin normal dan dibedah, tapi ia satu pengalaman yang sangat indah untuk saya kenang sampai bila-bila. Penantian hampir tujuh tahun..dapat juga buah hati,” katanya lagi.
Dalam pada itu, menerusi Instagramnya, Idayu turut menyampaikan perkhabaran gembira itu melalui sebuah video pendek. Malah Idayu dan suami juga sudah punya nama indah untuk putera sulung mereka.
“Aryan Rifai Bin Shahrul, Alhamdulillah 16/4/2021 Jumaat..bersamaan 4 Ramadhan 1442H,” tulisnya di Instagram.
Nama yang indah dan penuh dengan makna. Semoga si comel Aryan terus menjadi pelengkap bahagia ibu dan ayahnya.
Terdahulu, Idayu mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Shahrul Fadzil pada Mei 2014 dan kini lengkap sudah kehidupan mereka bila dikurniakan cahaya mata sulung yang dinantikan sejak dulu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Gempak & @idayuofficial
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...