Tahun ini Raja Ilya meraikan hari raya bersama keluarga di Malaysia. Kerinduan untuk kembali bertemu keluarga akhirnya terubat juga. Paling seronok pulang ke kampung tentulah anak kesayangan Raja Ilya, Talita. Gelagatnya mencuri perhatian ramai.
Raja Ilya sempat berkongsi foto bersama keluarga pada 1 Syawal lalu dengan mengenakan persalinan kebaya pendek, sedondon dengan Talita manakala suaminya pula berbaju melayu siap bersamping.
Ibu-ibu semua pasti faham, selepas bersalin badan kita memang akan alami banyak perubahan. Perut menggeleber, berat susah turun, ‘mommy pouch’ melekat tak mahu hilang! Tapi jangan putus asa ya, sebab usaha pasti membuahkan hasil, macam yang dilalui oleh isteri kepada pelakon popular Nazrief Nazri ini.
Aizatul Aqma, isteri kesayangan Nazrief, berjaya turunkan 35 kilogram dan kembalikan bentuk badan asalnya selepas melahirkan anak sulung mereka, Noah. Apa yang lebih membanggakan, semuanya dilakukan tanpa sebarang jalan pintas atau produk pelik-pelik.
Menerusi satu perkongsian di TikTok dengan nama angellajoliey, Aizatul tampil berkongsi foto perubahan dirinya selepas bersalin. Kalau tengok, memang ramai kagum sebab Aizatul sekarang dah ramping dan langsing, macam model!
Namun, semua itu bukan berlaku dalam sekelip mata. Menurut Aizatul, dia mengambil masa hampir tiga tahun untuk tegangkan kembali kulit yang kendur dan mengurangkan ‘mommy pouch’ yang sering jadi cabaran utama ibu-ibu lepas bersalin.
“Saya percaya perubahan sebenar memerlukan masa. Saya bangga dengan setiap langkah yang saya ambil,” jelas Aizatul penuh yakin.
Stop chasing shortcuts for results that are meant to last a lifetime. I believe real changes takes time and i’m proud of every step🥹 I lost 35kg in 2 and a half years, took 3 years to tighten up saggy skin and the mommy pouch? Still here 😂
Ramai ibu-ibu yang tanya apa rahsia Aizatul, nak juga kembali sihat dan cantik macam dulu. Jawapannya mudah — konsisten dan sabar.
Tak perlu bergantung pada produk kurus atau diet ekstrem yang boleh memudaratkan diri. Aizatul buktikan, dengan pemakanan sihat, rutin senaman yang konsisten dan paling penting, tidak putus asa, semua ibu boleh capai impian bentuk badan idaman.
Kalau tengok ruangan komen di TikTok, memang penuh dengan pujian dan ucapan tahniah. Ramai netizen terkejut dengan perubahan Aizatul, siap ada yang kata dia dah macam model catwalk!
Selain itu, ramai golongan ibu turut minta petua dan motivasi untuk terus kuat dalam perjalanan menguruskan badan selepas bersalin.
Pa&Ma yakin, kisah Aizatul ini boleh jadi sumber inspirasi buat semua ibu di luar sana. Tak perlu kejar jalan pintas, utamakan kesihatan, sayang diri sendiri dan nikmati setiap proses perubahan itu.
Percutian bersama famili tidak semestinya mampu mengukuhkan lagi bonding dengan anak-anak. Silap-silap boleh percutian itu boleh bertukar menjadi stres bukan sahaja kepada anak-anak tetapi juga ibu bapa.
Bulan Februari nanti cuti sekolah akan bermula. Sudah ramai ibu bapa yang mula merancang destinasi percutian buat anak-anak. Maklumlah tak mungkin kita mahu asyik memerap di rumah sahaja. Sekurang-kurangnya bila bercuti dapat juga dimanfaat masa yang ada dan sekali gus mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Sungguh, itulah harapan kita bila bawa anak-anak dan keluarga bercuti. Namun sedar atau tidak jika silap gaya dan tekniknya percutian tersebut boleh pula mendatangkan stress pada anak-anak. Ini sebagaimana apa yang cuba dijelaskan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Mungkin sebagai ibu ayah, kita juga ingin tahu apa sebabnya boleh berlaku keadaan sedemikian.
Jadi apa kata anda baca perkongsian penuh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan untuk dijadikan panduan bersama. Semoga ianya dapat dimanfaatkan untuk kita merancang percutian yang membahagiakan dan bukannya percutian yang stress bukan sahaja untuk anak-anak malah kita sebagai ibu ayah juga.
Ibu bapa tahu tak, bawa anak-anak pergi bercuti, bukan semestinya akan menguatkan “bonding” antara kita dan anak-anak?
Ramai ibu bapa sangka jika mereka bawa anak-anak pergi berjalan, mereka PASTI akan mengeratkan kemesraan dan jalinan kekeluargaan dengan anak-anak.
Tidak semestinya.
Kadangkala bila kita pergi bercuti, anak-anak akan jadi stres, malah dalam sesetengah situasi boleh menyebabkan mereka menjadi tidak senang dengan kita.
CONTOH BERCUTI YANG TIDAK MERAPATKAN HATI AHLI KELUARGA
Sebelum perjalanan, si ibu sibuk menguruskan barang-barang yang perlu dibawa. Anak-anak minta nak bawa itu ini, lalu si ibu menyuruh anak jangan menyibuk.
Semasa perjalanan, si ayah bersengkang mata semasa memandu. Isteri tidur kerana kepenatan. Anak-anak disuruh ikut tidur, atau diberi telefon untuk menonton Youtube.
Di destinasi, anak-anak melompat-lompat dan berlari-lari teruja. Si ayah marah-marah kepada anak kerana tak duduk diam. Anak ditarik-tarik oleh si ayah ke tempat dituju.
Sewaktu makan, anak-anak makan dengan seleranya, tapi bersepah-sepah dan comot. Si ibu marah kepada anak-anak kerana mengotorkan baju mereka.
Kemudian agenda utama keluarga bercuti ini adalah untuk ambil gambar cantik-cantik supaya boleh dikongsikan di media sosial. Anak-anak di suruh bergaya begitu begini.
Jika cutinya untuk 2-3 hari, perkara ini jugalah yang diulang untuk dua tiga kali. Akhirnya percutian pun berakhir, dan mereka pun kembalilah ke rumah.
Ibubapa pun rasa bangga, mereka anggap mereka dah berjaya bonding dengan anak-anak mereka. Sedangkan perkara yang sebaliknya berlaku.
Percutian begini sebenarnya mendatangkan stress kepada anak-anak. Mereka dilarang-larang, digesa-gesa, diarah-arah, dimarah-marah. Emosi mereka akan terganggu.
Malahan, ia mendatangkan stress kepada ibu bapa juga. Pastinya selepas pulang dari percutian tu, ibubapa akan rasa penat dan lesu. Bukan rasa segar dan bermotivasi.
Nak bina ‘bonding’, perkara yang paling penting sekali adalah komunikasi antara ibu bapa dengan anak. Antara cara untuk menerapkan komunikasi yang baik antara ahli keluarga, dengan cara semula jadi adalah:
■ Meminta anak mengajar kita sesuatu yang mereka tahu, kemudian barulah kita ajar sesuatu kepada mereka (memperbetulkan kesalahan)
■ Meminta mereka bercerita tentang perkara yang mereka suka, kemudian kita bercerita sesuatu yang kita suka (menasihati mereka)
■ Bermain bersama permainan yang mereka suka, kemudian kita ajak mereka lakukan perkara yang kita suka (mengemas, dsb)
■ Membenarkan mereka memilih sesuatu, kemudian kita pula memilih sesuatu. Kalau ada percanggahan, maka cari titik persamaan.
■ Berterima kasih jika mereka membantu, memohon maaf jika kita tersilap, meraikan bila pencapaian serta kejayaan mereka.
■ Melibatkan mereka dalam perbincangan dan perancangan aktiviti keluarga, seperti percutian, menghias rumah, dsb.
Baik suami atau isteri, kesemuanya perlu dilayan sebaik mungkin sebagai tanda kita hidup berpasangan dan saling sayang menyayangi. Apalah ertinya duduk serumah tetapi seperti tanpa rasa kemesraan?
Perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi ini benar-benar belaka. Suami harus dilayan sebaiknya, tanda rasa cinta dan sayang kita pada suami. Sebaliknya, begitu juga dengan isteri. Layanilah isteri sebaik-baiknya.
Saya pernah tanya suami. Apa dia harapkan dari saya. Mula, berat juga dia nak jawab. Biasalah. Onglaki. Dapat soalan dari isteri ni, dia anggap macam kena hunus parang kat leher.
‘Standard jawapan kena ikut kehendak. Kalau tak, kena tidur luar.’ Gamaknya dia pikir. Padahal, paling tak pun, kena cubit ketam je. Pff.
Nampak macam berat sangat, saya rendahkan sikit standard jawapan. “Sebagai seorang suami yang baik, you tolong jawabkan bagi pihak para suami di luar sana. Apa para suami yang baik harapkan dari para isteri mereka?” Baru nampak muka dia relaks sikit.
Dia jawab, kalau dapat suami setia, boleh handle anak, rajin tolong isteri, solat cukup 5 waktu, syukur banyak-banyak.
Suami macam ni, boleh jadi impian ramai wanita. Baik dari yang bujang, mahupun wanita teraniaya. Jadi, layanilah dia baik-baik. Ok. Perenggan atas ni, saya tambah.
Tapi ayat last tu, suami saya sebut. LAYANI SUAMI BAIK-BAIK.
Layan baik yang macam mana? Maniskan muka, Cakap dengan suara lembut, Berterima kasih bila ditolong, Kenali apa kesukaannya dan cuba usahakan buat. Pendek kata, sejukkan mata dan hati suami.
Yang lain, Isteri nk melawa, Isteri nak wangi-wangi, Isteri masak sedap-sedap, Isteri jaga suasana bilik tidur, Itu semua bonus yang terbaik. Yang utama, LAYAN tu.
Suami ni dah banyak guna kudrat. Tapi, kusut dan penat hilang, bila isteri melayan dengan rasa cinta. Sebahagian suami, dia lagi rela isteri tak bersusah payah buat kerja rumah. Asalkan mood terjaga. Dan dia boleh dibahagiakan.
Jangan biar pasangan kita dilayan sekadar macam housemate. Sorang main telefon, sorang pergi gym. Sorang duduk atas, sorang lepak bawah.
Do most of the things together. Look at each others eyes. Rajin-rajin ajak pasangan untuk berativiti bersama. Dia pasangan kita. Berlagaklah seperti orang yang sedang bercinta. Wujudkan ritual yang menambahkan kemesraan.
Rajin-rajin pandang mata dan senyum. Biasakan pelukan dan ciuman untuk benda-benda kecil. Pillow talk sebelum tidur. Sembang tentang cita-cita untuk keluarga.
Rancang aktiviti yang boleh dibuat bersama-sama. Jujur saya kata. Awal kahwin dulu memang boleh rasa makin hilang spark.
Tapi, bila kami wujudkan rutin yang menambahkan kemesraan, makin kurang kami bertekak. Makin terasa macam suami isteri balik. Berkongsi ini bukan petanda kami sempurna. Tapi, sekurang-kurangnya, kami dah ‘crack one of the code’ dalam kehidupan berpasangan.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.