Tahniah diucapkan buat pelakon, Raja Ilya yang kini mengumumkan dirinya kini hamil anak kedua.
Menerusi perkongsian di Instagram, Raja Ilya memuat naik foto menunjukkan ‘baby bump’ dan imbasan ultrabunyi bayi keduanya.
“Dua kali ganda cinta, dua kali ganda kegembiraan. Lebih ramai, lebih meriah!
Ads
“Kami sangat gembira untuk umumkan. Dua kali cinta dan lampin kotor. Pusingan kedua,” tulisnya di Instagram.
Entri terbaru itu sudah semestinya dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti dan pengikutnya.
Ads
Untuk rekod, Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan jejaka Australia, Garrett pada Disember 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Talita Love yang kini berusia 3 tahun.
Bagi peminat sukan Badminton pasti cukup mengenai kegigihan pemain profesional beregu wanita dari Indonesia yang sering mengharumkan nama negara itu.
Kini selepas pencen secara rasmi, dua bulan selepas berehat, Greysia Polii mengesahkan dia kini hamil 6 bulan.
Berkongsi perkhabaran gembira itu kepada peminatnya di seluruh dunia, bekas atlit badminton yang disegani di Indonesia ini meluahkan rasa syukurnya kerana rezeki yang tidak terhingga itu.
“Dua bulan setelah pencen sebagai atlet profesional bulu tangkis, sekitar Agustus 2022, saya dan @felixdjimin menerima hadiah yang sangat indah dari Tuhan, sekarang kandungan sudah berusia 6 bulan,” kongsinya penuh bahagia.
Jika dahulu wajahnya sering muncul dengan gaya cukup tangkas bersama pasangan beregunya, Apriyani Rahayu, kini kehidupannya berubah sejak disahkan hamil.
“Dulu dunia mama hanya seputar bulu tangkis dan fokus menjadi seorang juara saja.
“Setelah mama menyatakan pensiun (pencen) dari bulu tangkis profesional, diumur mama yang sudah 35th (bukan usia yang produktif buat seorang wanita untuk mengandung – sekali lagi Tuhan menunjukan kesetiaannya terhadap manusia).
“Ternyata papa @felixdjimin dan mama tidak perlu menunggu lama untuk kehadiran kamu. Hanya 2 bulan, kamu hadir menjadi benih di perut mama. Mungkin kamu sudah gak sabar kali ya mau dilahirin.
“Sekarang setelah kamu bertumbuh dalam perut mama, buat mama, kamu adalah seorang juara. Mama jadi lebih mengerti lagi arti seorang juara sejati yang sesungguhnya. Kamu mengalahkan ribuan benih lain yang juga ingin berjuang mendapatkan kehidupan,” tulisnya lagi.
Malah kongsi Greysia Polli lagi, dia amat bersyukur dan mohon untuk terus mendoakan kehamilannya hingga detik melahirkan kelak.
“Kami sangat bersyukur untuk semua yang sudah mendoakan kami. Mohon terus doakan kami hingga hari persalinan nanti ya,” kongsinya lagi.
Buat setiap ibu, detik menanti kelahiran adalah saat yang penuh dengan debaran. Begitu juga dengan pelakon dan pengacara jelita, Uyaina Arshad, yang kini sedang menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata ketiganya. Namun, berbanding rasa teruja, Uyaina mengakui hatinya sarat dengan ketakutan kerana perutnya bakal dibedah untuk kali ketiga melalui proses pembedahan caesarean.
Dalam perkongsian di Threads, Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, mengimbas kembali pengalaman melahirkan anak sulung secara caesarean kecemasan, manakala anak kedua pula melalui pembedahan yang dirancang. Kali ini, sekali lagi dia perlu menempuh laluan yang sama.
“Bila duduk sorang-sorang, teringat ketakutan nak bersalin. Saya dah dua kali caesar. Pertama sebab kecemasan, kedua sebab dah rancang, sama seperti yang ketiga. Tiga kali perut akan dibedah.
“Bila ditolak atas katil, itu adalah momen tawakal paling tinggi untuk saya. Rasa macam nak pergi berperang,” kongsinya.
Menurut Uyaina, setiap kaedah melahirkan sama ada normal mahupun pembedahan tetap mempunyai risiko tersendiri. Justeru, sebagai seorang ibu, dia hanya mampu berdoa agar proses yang bakal dilalui nanti berjalan dengan lancar.
“Bersalin ini, tak kisah cara normal atau bedah, ianya 50/50. Dan ketakutan itu adalah benar. Hanya mampu berdoa dan berserah semoga segalanya berjalan lancar. Itu saja yang boleh dilakukan,” katanya lagi.
Hakikatnya, apa yang diluahkan Uyaina adalah realiti yang dialami ramai ibu di luar sana. Perasaan takut, cemas dan bimbang menjelang pembedahan adalah sangat normal, apatah lagi jika ia melibatkan pembedahan berulang.
Doktor biasanya akan memantau tahap kesihatan ibu, kedudukan rahim serta parut lama sebelum meluluskan pembedahan kali ketiga atau lebih. Namun, ibu tetap memerlukan kekuatan fizikal dan emosi yang besar untuk melalui proses ini.
Dalam situasi seperti ini, sokongan suami dan keluarga amat penting. Kata-kata semangat, doa serta kehadiran insan tersayang mampu memberi ketenangan kepada seorang ibu. Uyaina sendiri sebelum ini pernah berkongsi bagaimana doa dan sokongan daripada suaminya, Raja Syahiran, menjadi penguat semangat untuknya.
Setiap kelahiran adalah perjuangan besar seorang ibu. Sama ada melalui jalan normal atau caesarean, pengorbanan yang dilalui tidak pernah kecil nilainya. Semoga proses kelahiran Uyaina Arshad kali ini dipermudahkan Allah, dan menjadi inspirasi buat ibu-ibu lain bahawa ketakutan itu bukan kelemahan, sebaliknya tanda seorang ibu itu begitu tabah.
💖 Pa&Ma percaya, bila ibu kuat, anak-anak juga akan membesar dengan penuh kasih dan kekuatan.
Masalah ‘terlalu’ subur sememangnya berlaku menyebabkan ramai wanita hamil tanpa di rancang. Sehebat mana pun cara perancangan keluarga, tidak ada cara yang dapat menjanjikan keberkesanan 100%.
Pil perancang keluarga masih merupakan cara yang paling popular dan kurang risiko untuk menyebabkan bayi abnormal atau lahir pramatang. Namun begitu ia memerlukan disiplin yang ketat.
Pil hendaklah dimakan sebiji setiap hari selama 21 hari, diikuti dengan 7 hari “rehat”. Setelah rehat 7 hari, sambung semula dengan sekotak pil perancang yang baru. Perlu disiplin dan tidak boleh lambat makan pil tersebut walau sekali pun. Jika anda memakan jamu dan herba sewaktu mengamalkan kaedah pil perancang, ia boleh mengurangkan keberkesanan pil tadi dan mudah “termengandung”.
Bagi suntikan Depo-provera, peluang hamil hanya sebanyak 1%. Wanita boleh hamil ketika menggunakan suntikan Depo provera jika beliau lupa atau lambat datang ke klinik untuk mengambil suntikan mengikut jadual ( iaitu satu suntikan setiap 12 minggu). Bagi kes IUCD pula, sama ada anda menggunakan IUCD ( copper) atau IUD ( Mirena), risiko mengandung adalah satu hingga tiga dalam 100 pengguna. Dalam kebanyakan kes hamil ketika menggunakan alat ini ialah ia telah bergerak dari tempat asal dan ada kalanya jatuh keluar dari rahim. Bagi menentukan cara-cara yang sesuai , saya mencadangkan panda bertemu dengan doktor atau staf di klinik yang berdekatan atau klinik Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara. Berbincanglah dengan mereka cara-cara lain yang ada seperti kaedah ini.
Untuk kaedah BTL dan vasektomi, keberkesanan juga bukanlah 100%.
Sebelum anda memilih BTL, anda memerlukan perbincangan dengan doktor pakar yang melakukannya kerana risiko pembedahan, risiko kehamilan dan kehamilan luar rahim sering dikaitkan dengan kaedah ini. Bagi wanita Islam pula, masalah hukum atau fatwa juga perlu diambil kira sebelum melakukan BTL.
Jika ada 100 wanita hamil, 30 orang daripada mereka dikatakan hamil tanpa dirancang. Dianggarkan 20 orang (65%) daripada mereka “termengandung” sewaktu menggunakan alat atau ubat pencegah kehamilan. 65% daripada wanita tersebut menggunakan kaedah pencegahan kehamilan cara azal/coitus interuptus / kiraan kalendar (23%), pil perancang (21%), kondom (21%) dan alat dalam rahim atau IUCD (9%).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!