Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Nak jadi ibu bapa terbaik? Barulah kita dapat didik anak-anak jadi insan cemerlang! 👏🏼💪🏼
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi! 🩷🩷
Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! 👨🏻🧑🏽 Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw 🎁🎈🎊🎉 bernilai sehingga RM3000!
Rumahku Syurgaku. Besar atau kecil kediaman jika penghuni rumah itu pandai menjaga dan semuanya tersusun elok, pastinya ia sudah cukup memberi kebahagiaan dan tenang mata memandang.
Tak semestinya perabot yang mahal untuk menampakkan kediaman itu cantik tapi jika kena gaya dan pandai susun atur rumah kecil pun dah mampu buatkan seisi keluarga gembira.
Melalui perkongsian dari Puan Mariyah Ghazali yang viral setelah dia berkongsi gambar deko dalam rumahnya, semua memuji ibu kepada seorang cahaya mata ini.
Bukan apa rumah sangkar yang sepatutnya menjadi tempat persinggahan dihias begitu cantik dan bersih sangat sehingga membuatkan semua orang kagum dengannya. Walaupun fizikal rumah tersebut tidaklah sempurna seperti sebuah rumah yang elok tapi disebabkan pandai menghias dan begitu menjaga kebersihan kini kediaman itu mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Ramai tanya saya ini rumah saya ke. Tak apa saya jelas kan di sini. Rumah sangkar ni ayah mertua punya. Kami tak ada rumah lagi. Kami tumpang dia sebab kami ada bela ikan juga, sangkar ni pun bukan saya punya hak ayah punya. InshaAllah ada rezeki kami nak buat juga untuk sendiri.
Jadi alang-alang saya duduk situ 24 jam saya buat kemas la yang mana patut untuk senang nak duduk. Itu ja.
Disiplin kemas rumah
Cara saya kalau nak keluar pergi mana-mana kena kemas rumah dulu baru kita jalan. Lagi satu mesti kemas selalu jangan tunggu orang nak datang baru kemas.
Islam ajar kita selalu bersih wajib kena ikut. Tak kira tempat mana kita tinggal dan keadaan macam mana pun.
Letaklah dalam hati selalu bersih buat amal pun tak rasa was-was.
Isteri suka menghias rumah
Menerusi laporan Astro Gempak, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan mempunyai seorang cahaya mata yang lahir pada tahun 2018.
Bercerita mengenai rumah tersebut, suami Mariyah, Ahmad Mokhtar Taib, memberitahu ia sudah dibina sejak 12 tahun lalu selepas bapanya mengusahakan penternakan ikan siakap.
“Sebenarnya perniagaan menternak ikan siakap ini telah diusahakan bapa saya sejak 12 tahun lalu dan saya baru sahaja mengambil alih pada tahun 2018.
“Sebelum ini kami tinggal di Alor Setar dan hanya berniaga di pasar malam sahaja. Saya mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah atas air ini sejak dua tahun lalu selepas bapa saya meminta saya untuk meneruskan penternakan ini.
“Pada mulanya saya mahu cari sahaja rumah sewa yang berdekatan tetapi isteri menolak dan akui lebih suka tinggal di rumah ini kerana lebih dekat dengan saya ketika bekerja.
“Sebagai suami, sudah semestinya saya mahu yang terbaik dan membahagiakan isteri dan keluarga. Jadi saya turutkan sahaja. Sejak dari itu, isteri mula menghias rumah ini dengan kemas dan bersih.
“Alhamdulilah, rumah saya ada mesin basuh baju, peti sejuk dan keperluan asas lain. Malah rumah ini juga ada bilik air, cuma bilik kami hanya pasang tirai kerana rumah ini kecilnya hanya seperti sebuah bilik,” katanya lagi.
Pelakon, Ozlynn memuatnaik sebuah video di laman instagramnya. Melalui kepsyen yang ditulis, dia menceritakan bagaimana suaminya, Johan Raja Lawak sangat membantu dalam menguruskan rumah tangga.
Semalam dia ajak dating berdua.. dia belanja kita pergi spa.. suweettt x?? Ada masa bila dia sian kat kita dia akan masak.. dia serba boleh, kelulusan tahan maki..sebab dia ni bukan kaki gaduh.. korang cakap apa pon dia buat pekak telinga.
Sebab tu dia tak layan cemuhan org.. sebab dia tau apa dia buat.. dan sebab tu jugak dia berjaya.. sebab keSABARan dia power bhaiiii!! Dia pandai buat keje rumah walaupon kdg kena petir dari aku dulu baru gerak.
Eh dia dengan anak-anak sama naik, tapi paling penting dia pandai semua benda.. jaga isteri, jaga anak, jaga abah, popo dgn mak.. pandai basuh baju guna tgn, pandai bersukan, pandai makan.. pandai masak.. tak caya cer tengok video belakag tuh dia masak.
Tapi tu semua bukan lah keutamaan aku nak bercerita pasal dia.. cerita utama nya semlm dia belanja aku g SPA, g beli EarPods tp TIME BAYAR GUNA KAD AKU.. ermmm dan aku turutkan.. mcm kena pukau la aku semalam!!! Skrg nih pls bg idea mcm mane nak dpt balik duit aku tuh… plsss guyssss help me.
Rata-rata netizen berpendapat Johan suami yang bertanggungjawab, ada yang sayang isteri tapi tak tahu tanggungjawab, ada yang tak sayang isteri dan melepaskan tanggungjawab. Netizen turut memuji sikap Johan yang ringan tulang membantu isteri dan setia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam kehidupan berumah tangga dan hubungan suami isteri pasti ada pertengkaran, pertelingkahan atau pergaduhan kecil yang disebabkan oleh perkara-perkara tertentu yang menimbulkan kemarahan pasangan, lebih-lebih lagi isteri merajuk yang biasanya akan berkecil hati dengan suami.
Apabila berlaku hal ini, rajuk isteri pasti akan menjadi-jadi jika kesilapan itu berpunca daripada suami. Hubungan akan menjadi lebih tegang dan dingin sekiranya si suami tidak memujuk dan membiarkan si isteri merajuk dan isteri pula masih dengan pendiriannya dan tidak mahu mengalah.
Sebagai seorang ketua keluarga, suami tidak seharusnya membiarkan isteri begitu sahaja tanpa memujuknya. Jika dibiarkan begitu sahaja pasti hubungan suami isteri akan menjadi lebih teruk lagi. Adalah lebih baik suami memujuk isteri dengan penuh ikhlas, tapi mengapa suami harus memujuk isteri walaupun suami tidak bersalah? Sila baca perkongsian dari Ustaz Ebit Lew ini yang akan menjelaskan mengapa dan kenapa.
Isteri Merajuk
Tadi balik dari Pulau Pinang ke KL, jalan jem. Ada seorang wanita jumpa di RNR Tapah 3.30 pagi bertanya dalam nada sedih. Saya selalu mengamuk di rumah. Marah tak tentu pasal pada anak-anak. Saya tengok muka suami rasa macam mahu marah saja. Dia menangis, 24 jam asyik marah saja, menjerit, marah dan pukul anak-anak. Lepas tu saya rasa bersalah.
Bila saya dengar begini saya faham dia salah tapi dia jadi begitu kerana tekanan dan dia perlukan sokongan suaminya. Saya sedih bila lihat wanita macam tu. Ya Allah, kasihan anak-anak.
Mana suami puan?
Di belakang tu. Suaminya datang salam saya. Suaminya cium tangan saya. Dia orang baik. Saya tidak biasa orang cium tangan saya.
Hari ini isteri abang diuji oleh Allah. Abang juga sedang diuji. Segala yang berlaku kerana Allah sayang. Dia simpan kebaikan disebalik ujian dalam rumahtangga.
Saya bawanya ke belakang dan bercakap berdua. Allah sayang abang. Dia ketemukan kita. Saya dapat rasa betapa sayang isteri abang pada abang. Bantulah isteri abang. Dia benar-benar perlukan abang waktu ini.
Sunnah bawa bahagia. Rasulullah SAW yang amat kita cintai teramat menghargai wanita dan melayan mereka dengan baik.
Abang peluk isteri setiap hari dan cium sebelum pergi kerja. Peluk lama sikit kepala bersandar dan kata ya Allah saya sayang isteri saya. Sayangilah dia. Berilah syurga yang tinggi buatnya.
Mandi bersama isteri. Berdua-duaan dalam hidup. Rajin bantu isteri. Sebenarnya isteri perlukan sokongan dan kasih sayang suami. Sama-sama kita kahwin. Anak kita sama-sama jaga. Didik dan kasihi anak sama-sama.
Bantu cuci najis anak. Bantu jaga anak supaya isteri dapat rehat. Beri isteri rehat. Jika dapat tengok wajah isteri tidur nyenyak atau berdengkur kita gembira. Sebab itulah isteri kita yang banyak korban untuk kita. Masa itu kita bantu buat kerja rumah.
Sekali-sekala mereka bangun setelah penat urus rumahtangga sepanjang hari, lihat rumah dah kemas. Sampah dah dibuang. Mainan anak-anak dah dikemas. Letak bunga sebelah kepala isteri. Tulis kad terima kasih sudi terima abang yang tak tiada apa-apa. Terima kasih jadi isteri abang yang setia.
Buat Ta’lim dalam rumah bersama isteri anak-anak. Tarik rahmat Allah dalam rumahtangga. AL-Quran dan Hadis memberi nur dalam keluarga. Baca denga cinta dan sayang.
Paling utama jadi pendengar isteri dengan baik. Mereka benar-benar memerlukan seseorang untuk mendengarnya bila berbual dan meluahkan. Mereka tiada sesiapa melainkan kita. Dengar dengan cinta dan perasaan, dengan jiwa, pandang wajah isteri. Tenung mukanya. Pegang tangannya. Sediakan bahu jika mereka menangis. Biarkan mereka menangis sambil usap kepalanya. Gosok belakangnya.
Jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk. Peluk dia lama-lama. Buat kejutan dalam rumah tangga setiap hari. Isteri yang dibiarkan tanpa dipujuk biasanya mereka akan menjauh hati dan diri. Tidur mungkin masih sekatil tapi mimpi lain-lain.
Kasihan ramai isteri jadi overstress, sakit jiwa, sakit, kurus dan ditimpa penyakit kerana tekanan dalam uruskan anak-anak.
Belajarlah sayangi dan hargai mereka. Siapa tahu kerana kita buat baik pada isteri, Allah maafkan kita dan masukkkan kita dalam syurga. Dia redha dengan kita. Biarlah apa orang nak kata queen control ke. Takut isteri ke. Kita buat kerana Allah dan kerana mencintai Nabi SAW. Sebab tu kita diciptakan menjadi lelaki untuk memahami, menyayangi dan melindungi isteri.
Abang tu kata terima kasih ustaz. Syukur Allah temukan kita dalam jem ni. Tak larat nak gerak dah jalan jem sangat. Rupanya ada rahmat Allah. Saya akan perbaiki diri dan bantu isteri. Saya tak tahu puncanya. Baru saya faham. Terima kasih.
Kerana kebaikan abang dan isteri Allah temukan kita. Kerana Allah tahu abang suami isteri orang baik. Tak patut orang baik dibiarkan hidup tanpa bahagia. Allah jaga orang jaga agama.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.