Ads

Ramai Salah Faham! Anak Kecil Tak Perlu Mainan Banyak, Mereka Perlukan 3 Benda Ini

Untuk anak bawah dua tahun, kasih sayang bukan diukur pada banyak mana kita beli barang, atau mahal mana jenama yang kita pilih.

Mereka langsung tak faham harga, tak kenal brand, malah bila kita ucap “I love you” pun, mereka belum mengerti maksudnya. Jadi kalau bukan dengan kata-kata dan hadiah, macam mana sebenarnya cara paling berkesan untuk anak kecil rasa disayangi ?

Ikuti perkongsian ini puan Maryam Jamadi  supaya menjadi panduan buat mereka yang baru sahaja menjadi ibu ayah buat kali pertama.

1. Masa berkualiti.

Masa di mana tumpuan 100% pada anak, tanpa sambil berbalas whatsapp atau komen di facebook. Layankan mereka bermain, anak yang dalam fasa meniarap mak ayah pun join meniarap macam komando. Anak yang dalam fasa merangkak, mak ayah pun main kejar-kejar sambil merangkak. Tak jatuh pun maruah kan?

Kalau mak ayah yang bekerja, mainlah bersama anak sekurang-kurangnya 1 jam. Tutup tv, biarkan hanya suara kita dan suara anak sahaja ada. Dapatkan “trust” suara kita dalam perkembangan emosi anak bawah 18 bulan. Pastikan suara kita nombor 1, macam mana nak test? Kita bisik atau dari jauh anak dah kenal suara mak ayah ataupun dalam keadaan bising pun anak boleh kenal suara kita.

Kalau kenal, tahniah! Encik puan dah memang tempat pertama “Carta Suara” dalam hati anak.

Ads

2. Pelukan dan sentuhan

Ramai Salah Faham! Anak Kecil Tak Perlu Mainan Banyak, Mereka Perlukan 3 Benda Ini

Perkembangan emosi anak akan berkembang dengan pesat dan stabil jika kita selalu memeluk anak terutamanya semasa umur bawah 2 tahun. Pelukan umpama “makanan” minda anak, terlalu banyak kebaikan pelukan dalam perkembangan otak yang sihat.

Peluk, belai kepala anak seterusnya cium dahi anak. Alangkan kucing yang garang pun jadi jinak dan manja bila kita usap kepala mereka, apatah lagi anak.

Ads

3. Urutan

Ramai Salah Faham! Anak Kecil Tak Perlu Mainan Banyak, Mereka Perlukan 3 Benda Ini

Badan anak dari selepas lahir ini umpama orang bina badan terutamanya semasa bawah 1 tahun, dari tak ada otot lembik sahaja selepas lahir. Mereka setiap hari “bina badan” untuk ke posisi meniarap, merangkak, dan berjalan. Jadi, urutan memang diperlukan untuk melegakan otot-otot halus mereka yang tegang terutamanya di kawasan betis di samping memberi rangsangan deria sentuhan pada anak.

Ads

Kalau anak merangkak cepat atau jalan cepat, caranya bukan beri walker ya. Tetapi salah satu cara yang berkesan adalah dengan urutan.

Berapa kali sehari? Pendapat saya, sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan waktu yang paling sesuai adalah selepas mandi. Penting sangat urutan bagi anak bawah 1 tahun. Jangan abaikan part ini!

Ada 1 kajian lain tentang kasih sayang dan perkembangan otak anak berumur 2 tahun. Terbukti perkembangan otak anak yang cukup kasih sayang mempunyai struktur yang berbeza dengan otak anak yang kekurangan kasih sayang semasa umur bawah 2 tahun.

Fakta: 80% perkembangan otak adalah bergantung kepada rangsangan persekitaran semasa bawah 2 tahun.

Takut kan? Besar sangat amanah mak ayah yang ada anak bawah 2 tahun untuk memastikan perkembangan yang baik dari segala aspek.

Sumber: Maryam Jamadi (Occupational Therapist)

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Anak Fedtri Yahya Raih Keputusan Cemerlang 9A UPKK, Hadiah Ramadan Paling...

Personaliti televisyen terkenal, Ahmad Fedtri Yahya, meluahkan rasa syukur dan bangga apabila anak keduanya, Ahmad Wildan Arjuna, berjaya meraih keputusan cemerlang 9A dalam Ujian...