Masalah keguguran rambut selepas bersalin adalah perkara normal. Walau bagaimanapun, agak membimbangkan apabila ia boleh berlanjutan selama beberapa bulan.
Masalah ini jika tidak diatasi dengan baik bakal menjurus kepada kewujudan bahagian atau tompok botak di kepala pula.
Punca utama rambut gugur selepas bersalin adalah hormon yang tidak stabil. Selepas melahirkan anak, jumlah estrogen dalam tubuh berkurangan secara mendadak.
Kredit IG Jihan Muse
Perlu anda tahu bahawa rambut yang gugur dalam tempoh selepas bersalin ini sebenarnya merupakan rambut yang sepatutnya sudah lama gugur.
Selain daripada itu, masalah tekanan dan kekurangan vitamin adalah antara penyumbang lain faktor keguguran rambut selepas melahirkan anak.
Hal yang sama telah dilalui oleh pengacara dan pelakon Jihan Muse. Demi menjaga kecantikan rambutnya untuk jangka masa yang panjang, dia telah mengambil langkah bijak dengan memotong pendek rambutnya.
Kredit IG Jihan Muse
Sememangnya adalah mustahil untuk anda menghentikan keguguran rambut selepas bersalin. Namun begitu, berikut adalah antara beberapa perkara lain yang boleh anda lakukan bagi mengawal masalah keguguran rambut daripada menjadi lebih buruk.
Langkah terbaik yang boleh anda lakukan ialah meningkatkan usaha penjagaan rambut yang lebih insentif dengan mengambil vitamin tambahan untuk menguatkan dalam tubuh. Hal ini secara tidak langsung boleh menguatkan akar rambut.
Ads
Elakkan menyikat rambut ketika ia masih basah. Ketika basah, rambut sangat rapuh. Lebih memburukkan keadaan apabila anda menyikatnya secara kasar. Ia lebih mudah terputus dan gugur.
Dalam pada itu, jangan gunakan alat pengering rambut dan alat pengeriting rambut buat sementara waktu kerana ia boleh menambahkan masalah kerosakan rambut.
Hindari diri daripada mewarnakan atau mengeritingkan rambut yang tentunya banyak menggunakan bahan kimia.
Gunakan mask rawatan rambut khas untuk masalah rambut gugur. Produk rambut yang kaya dengan kandungan vitamin A dan minyak vitamin E juga boleh membantu rambut menjadi lebih sihat.
Amalkan pemakanan sihat yang mengandungi banyak protein, kalsium, zink, buah-buahan, dan sayur-sayurankerana makanan adalah sumber utama vitamin dan nutrien.
Ads
Bagi yang mengalami masalah rambut gugur berlanjutan atau sangat serius, anda perlu berjumpa dengan pakar dengan segera untuk mengetahui puncanya agar dapat menangani masalah ini dengan baik.
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejadian cyst dalam kalangan wanita bukanlah sesuatu yang asing. Ia sering terjadi dan kadang-kadang penghidapnya juga tidak tahu bahawa dia mempunyai cyst pada ovarinya. Terdapat beberapa jenis kejadian cyst dan setiap daripada berbeza antara satu sama lain.
Ovarian cyst adalah kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari, diameternya melebihi 3 cm. Kantung ini boleh terjadi dalam pelbagai saiz, sehinggakan ada yang bersaiz sebiji tembikai!
Menjelaskan tentang cyst, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, ada berkongsi input tentang permasalahan ini melalui penulisannya di akaun facebook. Bagi anda yang mahu mengetahui lebih lanjut, inilah sebenarnya cyst:
Ovarian cyst – bahaya ke?
Ovarian cyst adalah kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari, diameternya melebihi 3 cm. Kantung ini boleh terjadi dalam pelbagai saiz, sehinggakan ada yang bersaiz sebiji tembikai!
Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air atau lendir dipanggil simple cyst , atau ada yang lebih kompleks mempunyai lendiran yang likat, darah atau bahagian-bahagian pejal dan keras.
Jenis – jenis cyst yang biasa terjadi saya senaraikan seperti di bawah :
Simple cyst: terjadi apabila folikel besar pada ovari yang terus menerus membesar selepas telur dilepaskan pada ovari. Cyst jenis ini adalah yang paling biasa dijumpai dan ditemui dan akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa bulan.
Endometrioma – endometriosis, di mana sel-sel yang terdapat pada rahim didapati terdapat di luar rahim, menyebabkan terjadinya cyst jenis ini dan dipanggil endometrioma.
Dermoid cyst : terjadi daripada sel yang menghasilkan telur pada ovari, kadang-kala bercampur dengan rambut dan lemak.
Jenis cyst yang lain adalah jarang-jarang berlaku dan ditemui.
Hampir kesemua ovarian cyst yang berlaku sebelum usia menopos adalah TIDAK berbahaya. Kanser ovari sebelum usia menopos juga adalah sangat jarang berlaku.
Ovarian Cyst kerap berlaku di kalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak sedar pun yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan masalah atau simptom. Ia hanya akan dikesan bila sesorang wanita itu membuat ultrasound, dalam pemeriksaan apabila menghadapi masalah kesuburan.
Walau bagaimanapun, 1 dalam 10 wanita mungkin akan memerlukan pembedahan di kemudian harinya.
Sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung membawa kepada kanser dan lebih berbahaya.
Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketulan pada bahagian bawah perut.
Kebanyakkan org beranggapan perut yang buncit itu disebabkan pengumpulan lemak dan membiarkan sahaja.
Lain-lain gejala termasuklah :
Sakit perut Sakit semasa hubungan kelamin Sukar atau kerap kencing Muntah dan loya Rasa perut penuh dan tidak selesa dan cepat kenyang Rasa berat pada ari-ari Susah untuk mengandung di mana ada kaitan dengan endometriosis
CYST MEMPENGARUHI KESUBURAN?
Terdapat pelbagai jenis cyst dan kebanyakanya tidak menjadi penyebab dan tidak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil. Kebanyakan cyst tidak menganggu proses ovulasi atau persenyawaan.
Tetapi sekiranya anda mengalami Endometriosis atau Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), ia mungkin berkait rapat dengan masalah kesuburan.
Kalau ada cyst ape nak buat?
Rawatan ovarian cyst bergantung kepada jenis cyst yang anda alami. Bagi cyst folikular atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Lazimnya , doktor sakit puan akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk.
Rawatan pembedahan untuk membuang cyst akan dicadangkan jika didapati cyst menjadi semakin besar. Walau bagaimanapun pilihan akan diberikan bergantung kepada gejala yang anda hadapi, bentuk cyst, dan keputusan ujian darah.
Simple cyst berukuran diameter < 5 cm :
Rawatan tidak diperlukan. Cyst jenis ini akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa bulan. Anda juga mungkin tidak memerlukan rawatan susulan.
Anda seharusnya diberikan rawatan susulan, sekurang-kurangnya ultrasound selepas setahun kemudiannya.
Simple cyst berukuran diameter > 7cm:
Anda perlu menjalani ujian dan pemeriksan lanjut, seperti MRI atau pembedahan. Saya mempunyai ovarian cyst dan telah dinasihatkan untuk menjalani pembedahan membuang sista tersebut, bagaimanakah pembedahan itu akan dilakukan?
Anda akan diberikan pilihan untuk menjalani pembedahan laparoskopi (pembedahan melibatkan potongan kecil dan penggunaan kamera), ianya kurang menyakitkan berbanding laparotomi. Dengan pembedahan laparoskopi, anda akan dapat pulang awal ke rumah selepas pembedahan dan sembuh dengan kadar yang segera.
Walau bagaimanapun pembedahan laparotomi (pembedahan melibatkan potongan besar) dicadangkan sekiranya sista didapati terlalu besar, ataupun cyst menunjukkan tanda-tanda berkaitan dengan kanser.
Doktor sakit puan akan berbincang tentang kebaikan dan keburukan kedua-dua jenis pembedahan ini, seterusnya menentukan jenis pembedahan yang bersesuaian dengan keadaan cyst itu.
Ovari akan dibuang sekali masa operation?
Lazimnya, kedua-dua ovari tidak dibuang ketika pembedahan. Ini adalah kerana ovari penting untuk menghasilkan hormon wanita yang diperlukan sebelum menopos dan dalam kebanyakkan kes, hanya cyst sahaja dibuang.
Walaupun begitu, ada sesetengah keadaan yang memerlukan ovari perlu dibuang juga, misalnya jika keadan sista terlalu besar sehingga menggantikan semua ruang ovari.
Selain itu, ovari juga perlu dibuang sekiranya sista sudah terpusing/ terpuntil sehingga menyebabkan peredaran darah pada ovari terputus, atau merasakan sista itu mungkin menular menjadi kanser.
Segala makanan suplemen, ubat-ubatan herba TAK BOLEH merawat cyst. Minta pandangan doktor ginekologi yang berilmu, bukan penjual suplemen yang cakap-cakap atas angin sahaja.
JANGAN TERTIPU.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Karies awal kanak-kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Ia melibatkan satu atau lebih batang gigi. Ia merupakan proses pendemineralan asid terhadap gigi akibat kehadiran plak (tahi gigi) dan air liur.
Apakah faktor penyebab penyakit ini?
Kekerapan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi gula tinggi
Kurang/tidak memberus gigi
Teknik memberus gigi yang tidak berkesan menanggalkan plak
Masalah ini sering dihadapi oleh kanak-kanak dan doktor gigi ini tampil berkongsi cerita salah seorang pesakitnya yang boleh membuka mata kita sebagai ibu bapa tentang pentingnya penjagaan gigi anak.
Baru-baru ini ada seorang pesakit kanak-kanak dibawa ke klinik gigi oleh maknya disebabkan sakit gigi.
Budak perempuan tersebut baru berumur 5 tahun.
“Dr tolong check sat gigi anak saya ni. Dah 3 hari mengadu kata sakit gigi. Sakit kepala dah saya dibuatnya”. Begitu keluhan si ibu.
Pendekkan cerita, lepas periksa keseluruhan gigi, saya dapati gigi budak tu hampir semuanya rosak.
“Itulah, banyak sangat makan cekelat (dibaca: gula-gula). Lepas tu malas berus gigi!”
Bentak ibunya selepas saya jelaskan keadaan gigi si anak.
Selepas saya tenangkan si ibu, saya pun bersihkan gigi si anak dan lakukan sapuan florida.
Sambil tu saya tanya kat adik tu. “Adik suka makan cekelat ka?”
Dia sekadar mengangguk.
Saya tanya lagi. “Siapa yang beli cekelat kat adik?” “Ibu!” Jawabnya ringkas sambil memandang saya.
Saya pun pandang ibunya. Dan terus ibunya buat-buat tengok henfon.
Nampak tak? Bukan susah nak cari punca masalah sebenar. Walaupun perempuan selalu betul, tapi biasanya kanak-kanak tu jarang menipu. 🙄
Jadi sebelum nak salahkan anak anda sepenuhnya bila mereka sakit gigi, pastikan buat skrip yang betul dulu ya.
Sebab suka atau tidak, kerosakan gigi anak secara langsung sebenarnya adalah tanggungjawab kita juga sebagai ibu bapa. 🙃
Penyusuan semasa di bulan Ramadan mencabar. Walau pun hanya beberapa hari berpuasa, ada ibu menghadapi masalah penghasilan susu makin sedikit. Inilah situasi yang paling menakutkan para ibu.
Walau pun tidak semua ibu menghadapi masalah kekurangan susu di bulan Ramadan, ada cara yang boleh anda lakukan untuk mengekalkan pengeluaran susu dari awal.
Kaunselor laktasi Ziela Juzaila berkongsi 7 tips yang telah diamalkan olehnya sendiri sepanjang menempuhi Ramadan ketika menyusukan.
BERPUASA DAN MENYUSUKAN
Syukur Alhamdulillah. Berpuasa dan menyusukan. Syukur. Dipanjangkan usia kita untuk menikmati lagi bulan Ramadan kali ini. Ibu menyusu ada beberapa tips nak saya kongsikan. Tips yang dah banyak diketahui pun dan dah banyak kali sudah saya kongsikan sebelum ini.
Kita yang menyusukan ini, keletihan kelesuan ketika berpuasa bukanlah kerana kurang makan tapi kebanyakkan kerana kita kurang air dalam badan. Sememangnya kita yang menyusukan perlu minum air yang cukup.
#1. Minum air
Minum air di waktu malam, caranya letakkan air 1.5L di sebelah tempat tidur. Minumlah semasa susukan anak. Waktu sahur minumlah air yang cukup. Selepas berbuka sehingga hendak tidur, minumlah antara 1.5L hingga 2L. Kurangkan air bergula, air kelapa bagus untuk badan kita.
#2. Melewatkan sahur
Lewatkan bersahur. Pilihlah makanan berkuah, yang kurang garam, yang kurang pedas. Makanan bergaram tinggi boleh percepatkan proses kehilangan air dalam badan.
#3. Kurangkan kafein
Kurangkan kafein. Elak lagi bagus. Sama saja macam garam. Boleh percepatkan proses kehilangan air dalam badan. Caffeine juga menganggu penyerapan khasiat ke dalam badan.
#4. Makan kurma
Ambillah kurma yang cukup. Kalau biasa 3 biji, puasa ni ambillah 7 biji. Saya memang ambil 15 biji buat jus minum semasa berbuka dan bersahur. Kita semua tahu, kurma banyak khasiatnya.
#5. Elak berada di luar
Elak berada diluar terlalu lama. Cuaca adakala hujan tapi bila panas akan percepatkan lagi badan kehilangan air.
#6. Jadual perah & direct feeding dikekalkan
Kekalkan jadual memerah bagi yang bekerja begitu juga bagi yang direct feeding, susukanlah anak seperti biasa. Jika ada tanda-tanda yang membolehkan memberi kesan kepada ibu atau bayi, terimalah hadiah dari Allah. Rukhsah.
#7. Kurangkan gula & makanan diproses
Makanlah makanan yang sihat. Homemade food itu lebih baik. Makan bukan sekadar untuk mengenyangkan malah untuk up imun badan kita. Kurangkan pengambilan gula putih dan elaklah makanan yang diproses. Pengawet pewarna perasa melemahkan imun badan.
Semoga dipermudahkan kita semua menjalani ibadah puasa. Semoga amalan kita semua diterima olehNya. Semoga diampunkan segala dosa-dosa kita. Aamin…
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.