“Rasa Macam Baru Semalam Belajar Sendawakan Anak,” Dah Nak Setahun Usia Rayyan, Elfira Kongsi Pengalaman Bergelar Ibu Nan Indah!

Share

Pejam celik dah hampir setahun pelakon Elfira Loy bergelar seorang ibu. Elfira menerusi akaun Instagram miliknya berkongsi rasa gembira kerana putera sulungnya, Muhamad Rayya Khalaf bakal menyambut ulangtahun yang pertama pada bulan hadapan.

Menurut Elfira dia merasakan waktu dan perjalanan yang dilalui sebagai seorang ibu berlalu dengan cepat dan pantas.

“Percaya tak @muhamadrayyankhalafofficial dah setahun bulan depan? Sekejap je masa berlalu dah setahun jadi mak.

“Rasa macam semalam baru belajar nak sendawakan anak, sekarang ni dia gigit gigit kita je,” kongsi Elfira

Sementara itu, Elfira turut mendedikasikan ucapan terima kasih buat anaknya itu.

Baca: “Lamanya Abang, Kakak Tunggu Baby Girl,” Fasha Kongsi Momen Indah Pertama Kali Anak-anak Jumpa Adik

“Terima kasih kerana membuatkan perjalanan saya sebagai ibu begitu mudah dan menarik.

“Tak sabar rasanya untuk menerokai lebih banyak perkara dengan awak, till Jannah also okay my Khalaf,” tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Elfira memuji kecomelan anaknya itu.

Tidak kurang juga beberapa rakan selebriti seperti Fazura, Hanis Zalikha dan Nora Danish.

Elfira mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Muhamad Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019. Muhammad Ryan Khalaf dilahirkan pada 1 Oktober 2019.

Sumber: Gempak & IG Elfira Loy

Baca: Comelnya Rizqaa, Kecil Lagi Dah Pakai Baju Rekaan Bapa Sendiri. Wargamaya Teruja Minta Rizman Keluarkan Koleksi Baju Baby!

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

IKLAN