Gejala panas atau hot flush masa hamil kebiasaannya bermula seawal enam minggu pertama kehamilan dan menjadi semakin serius apabila usia kandungan menjangkau 32 minggu.
Rasa panas yang serius boleh menyebabkan anda sentiasa dahaga. Dalam keadaan tertentu ada juga yang boleh pitam dan pengsan.
Antara puncanya hal ini berlaku adalah kerana penghasilan hormon progesteron yang banyak telah membuka saluran kecil darah berhampiran permukaan kulit. Inilah yang menyebabkan anda mudah merasa panas dan berpeluh
Selain daripada itu penyebabnya juga mungkin berpunca daripada metabolisma badan yang meningkat semasa mengandung.
Malah, peningkatan amaun darah dan peredaran darah yang menyebabkan alirannya lebih laju berbanding normal mungkin boleh juga menjadi punca.
Walaupun begitu, anda perlu peka dengan suhu badan setiap masa. Dibimbangi ia bukan disebabkan oleh punca-punca ya g dinyatakan di atas tetapi petanda jangkitan kuman di dalam tubuh.
Dalam usaha membantu anda mengatasi
gejala panas dan kerap berpeluh, di sini Pa&Ma kongsikan tipnya.
Ads
1. Pakai pakaian serap peluh
Ibu hamil disarankan memakai pakaian yang mudah menyerap peluh, fabrik yang lebih ringan, longgar dan tidak terlalu tebal. Contohnya pakaian yang dihasilkan daripada cotton.
2. Elakkan aktiviti berpanas
Sekiranya anda ibu hamil yang aktif, elakkan melakukan aktiviti luar. Hadkan kepada aktiviti di tempat yang teduh
Berenang antara salah satu contoh aktiviti yang sangat sesuai untuk ibu hamil mengawal suhu badan.
3. Hindari tempat panas
Ini bukan sekadar bermaksud berada di bawah sinaran matahari. Malah anda peu elakkan tempat-tempat yang memerlukan anda berada di tempat yang sempit dan perlu berasak-asak dengan orang sekitarnya.
Ads
4. Sejukkan badan
Cara paling mudah adalah dengan berada di tempat berhawa dingin atau menggunakan kipas.
Mandi dengan kerap juga membantu anda mengurangkan rasa panas badan.
5. Banyakkan minum air
Ads
Anda akan mudah lemah dan mudah letih akibat daripada kekurangan air. Minum banyak air terutamanya air kosong dapat membantu anda mebgawal suhu badan.
Minum sekurang-kurangnya dua liter air kosong dan minum lebih jika ada melakukan banyak aktiviti yang mengeluarkan banyak peluh.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat penyanyi, Hunny Madu yang kini rupanya sedang hamil lima bulan.
Menerusi Instagramnya, Hunny Madu berkongsi khabar gembira itu malah memaklumkan yang dia mengalami alahan yang agak teruk ketika berada usia kandungan dua dan tiga bulan.
” Masanya untuk berkongsi rahsia. Saya sedang hamil 21 minggu!
” Bulan kedua dan ketiga merupakan tempoh paling panjang dalam hidup saya kerana hanya nampak bilik air dan katil sahaja.
” Mujurlah trimester pertama dah berlalu dan saya juga dah dapat vaksin pertama ketika kandungan berusia 14 minggu. Sekarang sudah lengkap dua dos,” kongsinya.
Kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim ini juga menunggu masa yang benar-benar sesuai untuk berkongsi khabar gembira itu kepada umum.
” Alhamdulillah baby dalam keadaan baik dan saya tak sabar nak tengok suami saya pakaikan lampin dan bancuh susu anak lagi beberapa bulan.
” Cuma buat masa sekarang saya sedang melalui fasa gembira dengan kandungan saya. Begitu juga dengan menikmati makanan.
” Saya juga dah memperlahankan aktiviti bersenam dan hanya berjalan sahaja untuk mengeluarkan peluh. Kalau dah nampak video senaman saya makin kurang, rasanya dah tahu kenapa,” kongsinya lagi.
Pasti kedua anak Hunny Madu tak sabar untuk menimang adik baru dalam keluarga mereka.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @hunnymadu
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Raja Ilya yang kini menetap di Perth, Australia berkongsi berita gembira tentang dirinya yang kini sedang hamil 5 bulan.
Mengumumkan perkara tersebut melalui akaun Instagram miliknya, Ilya akui rasa teruja untuk berkongsi berita gembira tersebut kerana sudah lama menyimpan rahsia kehamilannya itu.
Selain itu, pemilik nama Raja Ramilah Begum Raja Mohammad ini juga turut menyatakan bahawa kehamilannya berjalan lancar dan rindu untuk pulang ke Malaysia berjumpa keluarga dan rakan-rakan.
“Tak sabar actually nak share news ni dengan semua .. Oleh kerana masa dan situasi Tak mengizin kan kami Cadang untuk share pada hari ini ..
“Syukur Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar seperti ditentukan Oleh Yang Maha Esa … Kami happy sangat dekat sini , walaupun hati tu rindu nak balik MALAYSIA, balik Ipoh jumpa keluarga .. Rindu nak shooting jumpa kawan kawan ,Honestly rasa kebunan rindu tu lebih dari kebunan nak makan time mengandung ni,” tulisnya.
Bakal melahirkan bayi sulungnya di Australia, Ilya turut memohon pengikutnya untuk berkongsi tip dan pengalaman kehamilan untuknya.
“Memandangkan ilya akan bersalin dekat Australia ,ilya harap ramai Boleh share tips dekat ilya ok … One thing ilya experience dalam 5 bulan ni “it’s Hard”bukan mudah rupanya nak jadi seorang ibu .. phewww.. tapi in the same time,rasa excited and bersyukur.
“Thank you for all the well-wishes, love & support dari korang semua selama ini,” tulisnya lagi.
Dalam satu temuramah bersama Mstar, menurut Ilya bayi dalam kandungannya itu dijangka lahir sekitar Julai depan iaitu hampir dengan ulang tahun kelahirannya sendiri yang ke-37
“Kalau cukup bulan dan hari, InsyaAllah baby ini akan lahir sama tarikh dengan ulang tahun kelahiran saya,” ujar Raja Ilya.
Di ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan tahniah di atas kehamilan Raja Ilya.
Untuk rekod, Ilya dan suaminya Trent Garret telah melangsungkan perkahwinan mereka pada Disember 2018, selepas berkahwin Ilya dan suami menetap di Australia sejak 2019.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan hanya individu yang bekerja di pejabat, atlet, pemain muzik atau individu yang bekerja menggunakan keupayaan tangan mereka, ibu mengandung juga terdedah kepada masalah Carpal Tunnel. Jika ini berlaku kepada wanita hamil, jangan panik kerana ia adalah masalah biasa. Ia juga boleh berlaku kepada wanita mengandung.
Menurut perkongsian Hellodoktor.com, perubahan hormon pada tubuh badan ibu hamil akan mengakibatkan pelbagai perubahan lain termasuklah pada tempat yang dikenali sebagai carpal tunnel ini.
Semasa dalam fasa kehamilan, pelbagai perubahan yang akan berlaku kepada tubuh badan seorang wanita baik dari segi fizikal serta mental. Antara yang paling jelas kelihatan adalah bentuk badan wanita akan mulai mengembang dan membesar serta ‘breakout’ pada wajah.
Untuk pengetahuan anda, ada juga segelintir wanita yang akan mengalami sindrom carpal tunnel semasa hamil!
Persoalannya, adakah ia satu perkara yang normal? Selain itu, apa yang perlu dilakukan untuk menanganinya?
Apa itu sindrom carpal tunnel?
Buat anda yang belum tahu, carpal tunnel adalah satu kawasan atau laluan yang terletak pada pergelangan tangan. Ia dipenuhi dengan saraf dan tendon yang bersambung dengan tapak tangan dan jari.
Sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak normal pada saraf dan tendon di tempat ini, ia akan mengakibatkan rasa sakit dan pedih. Inilah kondisi yang dipanggil sebagai sindrom carpal tunnel.
Ia biasa berlaku kepada golongan atlet, pekerja pejabat, pemain alat muzik serta individu yang banyak menggunakan tangan mereka dalam aktiviti seharian. Ia juga boleh berlaku kepada wanita mengandung. Pun begitu, adakah ia normal?
Adakah ia normal berlaku semasa hamil?
Ketika sedang mengandung, akan berlaku banyak perubahan hormon pada tubuh badan ibu hamil termasuklah pada tempat yang dikenali sebagai carpal tunnel ini.
Perubahan hormon ini kemudiannya akan mengakibatkan tubuh badan anda mengekalkan banyak cecair pada tangan serta melembutkan ligamen tempat ini. Inilah yang akan menyebabkan tempat tersebut membengkak (oedema).
Akibatnya, saraf dan tendon pada tempat ini akan terhimpit dan tertekan seterusnya mengakibatkan rasa kebas, panas, sakit dan pedih – seperti dicucuk dengan jarum.
Menurut kajian yang dijalankan oleh pihak National Health Service di UK, ia adalah kondisi yang normal dan biasa terjadi kepada kira-kira 60% wanita hamil.
Apakah yang ibu hamil boleh buat untuk kurangkan simptomnya?
Kadangkala, ia akan berlaku kepada wanita hamil tanpa dapat dielakkan. Namun apa yang boleh dilakukan adalah kurangkan simptomnya dengan cara berikut:
#1. Pakai pendakap tangan
Setelah disahkan oleh doktor bahawa anda mengalami sindrom carpal tunnel, minta saranan daripada doktor sama ada anda perlu pakai pendakap tangan atau tidak.
Jika ya, boleh cari pendakap tangan ini di farmasi yang berdekatan dengan anda. Gunakan ia pada setiap masa terutamanya ketika kalian sedang bekerja atau berehat.
Jika kurang pasti, ia adalah hampir sama dengan yang digunakan oleh individu patah atau retak tulang tangan. Dapatkan bantuan pakar fisioterapi untuk mencari yang sesuai dengan anda.
#2. Tuam air sejuk & air hangat pada tangan
Wanita hamil boleh tuam ais secara lembut dan perlahan pada kawasan yang terjejas. Atau anda juga boleh rendam tangan pada air sejuk sebagai alternatif. Kemudian, tuam atau rendam pula tangan anda dengan menggunakan air yang hangat secara berselang seli (kira-kira 5 ke 6 minit dari setiap satu). Jika kesakitan itu masih atau makin teruk, hentikan ia dan berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.
#3. Letak tangan pada kedudukan yang tinggi
Ketika sedang berehat atau bekerja, elakkan dari meletakkan tangan anda pada kedudukan yang rendah atau mendatar. Sebaliknya, pastikan ia kekal pada kedudukan yang tinggi. Ini bertujuan mengelakkan serta mengurangkan bengkak pada tempat carpal tunnel tersebut.
#4. Jaga posisi tidur anda dengan cermat
Jika ia berlaku pada tangan kanan, elakkan tidur dengan baring mengiring sebelah kanan. Posisi yang paling ideal adalah dengan meletakkan tangan pada bantal kepala anda. Untuk melegakan serangan tiba-tiba pada waktu malam, goyangkan tangan anda sehingga ia sedikit lega.
#5. Bersenam
Jangan terkejut dengan petua ini ya? Dengan senaman ringan yang melibatkan tangan, ia mampu melancarkan perjalanan darah pada tangan sekali gus mengurangkan pembengkakan.
#6. Berehat
Apa yang paling penting untuk dilakukan adalah berehat dan kurangkan aktiviti melibatkan tangan. Jika tidak berbuat apa-apa, rehatkan sahaja tangan pada bantal sambil berbaring.
#7. Berjumpa doktor untuk rawatan
Akhir sekali, jangan lupa untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan diagnosis dengan kerap terutamanya jika sindrom carpal tunnel semasa hamil yang anda hadapi itu kian teruk.
Sumber: Hellodoktor.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!