Pelakon, Shima Anuar memberitahu bahawa dia tidak mahu membazir dalam membeli pakaian bayi. Ini kerana pengalaman anak pertamanya, dia telah membeli barangan bayi terlalu banyak sehingga ada yang tidak sempat dipakai pun.
Kehamilan keduanya membuatkan dia lebih berjimat untuk membeli pakaian bayi. Dia mengambil keputusan untuk menggunakan kembali barangan bayi anak sulungnya.
New room for Sophia and her adik nanti. Just siapkan bilik je dulu. Barang2 adik dia tak beli pun lagi. Dah habis raya, gender reveal semua2 tu nanti, nak dekat due baru pegi beli.
Ads
Because i think barang2 adik tak banyak pun nak kena beli. Mana barang or baju Sophia yg boleh pakai tu, nak recycle je balik. Sbb masa Sophia dulu banyak gila barang dia. Ada yg tak pakai pun. Membazir!
So this time no more. Beli yg penting2 je. Now dah lega sikit bila bilik diorg da siap. Phewww! Memang mak2 punya perangai eh, selagi bilik anak tak siap, selagi tu hidup tak aman.
Andddd omg omg still can’t believe soon to be mother of two! Semoga dipermudahkan segalanya. Aminnnnn!
Rata-rata netizen mendoakan semoga Shima selamat melahirkan bayi kedua dan semoga urusanya dipermudahkan. Namun yang menarik perhatian ramai adalah ruang bilik bakal bayinya yang sangat cantik dan selesa.
Cantiknya
Ads
Alhamdulillah cantik sangat
Moga Dipermudakan Delivery Nanti
Ads
Shima Anuar telah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Mohd Solih Toha, 41. Pasangan itu telah selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis ringkas di kediamannya di Rawang, Selangor.
Solih merupakan seorang ahli perniagaan dan pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini serta memiliki dua cahaya mata.
Sumber: Shima Anuar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi ibu yang baru pertama kali nak bersalin, pasti banyak perkara yang masih lagi samar terutamanya proses melahirkan anak. Perasaan takut, risau semuanya ada, tapi percayalah itu juga turut dialami oleh ibu-ibu lain yang sudah pernah beranak sebelum ini.
Selalu kita dengar bila pertama kali bersalin pasti koyakannya agak banyak, sebenarnya ada cara untuk ibu hamil nak elak koyakan teruk ketika bersalin. Apa yang dikongsikan oleh Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan tentang cara urutan perinium yang betul untuk ibu hamil buat sebelum bersalin pasti dapat membantu terutamanya buat ibu yang pertama kali bakal melahirkan.
Bagaimana nak elak koyakan teruk masa bersalin?
Buat urutan perineum ( perineal massage) bila kehamilan dah 35 minggu ke atas. Ibu pertama lagi bagus buat urutan perineum ni. Boleh buat sendiri je. Kalau seriau nak urut sendiri boleh suruh si suami buatkan.
Cara?
🤚Guna pelincir – minyak Vitamin E, minyak badam atau minyak zaitun. Kalau takde, minyak masak pun boleh. Jangan guna minyak tanah/minyak petrol dah la. Sikit je, sekadar buat pelincir.
🤚Gunakan ibu jari sahaja ( satu atau kedua-dua belah) buat macam dalam gambar, buat dalam 1 minit. Masa ni akan terasa bagai diregang. Jangan ditahan nafas tu, nafas je mcm biasa. Tak sakit pun.
🤚Urut perlahan-lahan bahagian bawah faraj dalam pergerakan berbentuk U dalam 2-3 minit. Ulang 2-3 kali
🤚Jadikan perineal massage rutin harian atau buat bebila free
9 dalam 10 ibu yg pertama kali bersalin akan ada koyakan sama ada terkoyak sendiri, ataupun episiotomy (gunting). Cuma kalau berlaku koyakan tu takdelah koyak teruk mana kalau selalu buat urutan perineum.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bakal melahirkan anak sulungnya tidak berapa lama lagi, penyanyi dan anak kesayangan Kris Dayanti, Aurel Hermansyah turut diraikan dalam majlis Baby Shower bagi meraikan bakal ibu itu.
Menerusi Instagramnya, Aurel berkongsi detik bahagianya bersama kedua ibu, ibu kandungnya, Kris Dayanti dan juga ibu tirinya, Ashanty.
Diraikan dalam majlis serba gemilang, Aurel tampil berbusana warna putih manakala kesemua ahli keluarga hadir dalam tema serba merah jambu turut dengan seluruh hiasan dengan tema warna sama. Cantik sekali.
“Granda & Grami. Yang cantik-cantik belaka. Sayang kamu berdua,” tulisnya sambil berkongsi beberapa keping gambar bersama.
Kemesraan dua keluarga yang pernah berantakan ini sememangnya dipuji malah melihat perkongsian keluarga bahagia ini membuatkan hati tambah girang.
Kekuatan dan semangat buat Aurel
Bimbang dengan Aurel yang bakal menempuh detik melahirkan sedikit masa lagi, kedua ibu penyayang ini turut berkongsi kata-kata semangat dan perangsang buat Aurel.
“Cinta tanpa syarat. You go mama”,” tulisnya sebagai tanda sokongan pada Aurel yang bakal menempuh hari bersejarah itu sedikit masa lagi.
Manakala Ashanty pula turut menitipkan ucapan penuh makna buat anak tersayangnya.
“Baby shower kesayanganku, Aurelie Hermansyah. Semoga lancar sampai bersalin ya kakak. Stay happy my love,” tulisnya.
Tidak hanya dihadiri kaum keluarga terdekat bahkan selebriti popular Indonesia, Lesti Kejora, Shireen Sungkar dan Titi Kamal turut sama memeriahkan majlis dengan tema rona yang sama. Semuanya cantik-cantik belaka.
Semoga kelahiran cahaya mata sulung Aurel ini dipermudahkan.
Terdahulu, selepas mengalami keguguran di awal perkahwinannya, Aurel dan Atta Halilintar mengumumkan kehamilan kedua mereka dan kini sedang menantikan kelahiran bayi sulung mereka. Semoga dipermudahkan!
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ini bermulanya ibadah puasa. Mungkin ramai ibu hamil yang teruja untuk berpuasa penuh tapi jangan paksa diri jika tidak mampu.
Ada ibu yang mengadu ibu kurang bergerak apabila berpuasa. Malah ada yang mengadu rasa nak pitam. Yang pasti kesan puasa yang diaami berbeza bagi setiap ibu. Kerana setiap kehamilan & bayi berbeza. Tubuh ibu bekerja berlipat kali ganda semasa hamil, jangan menyamakan keadaan individu biasa dengan ibu hamil, ia memang berlainan!
Perkongsian daripada Dr Afida Sohana Awang Soh, Pegawai Perubatan Hospital Umra ini boleh dijadikan panduan bagi ibu hami, ibu yang menyusukan bayi dan selepas bersalin sama ada untuk meneruskan atau tidak puasa serta sebab-sebabnya.
Menyambut kedatangan Ramadan
Alhamdulillah…
Bertemu lagi kita, dengan Ramadhan yang Barakah.
Penuh klinik kami hari minggu ini. Masing-masing mahu bertemu doktor sebelum mula berpuasa! Alhamdulillah, kami suka bila orang datang bertemu kami.. yang menghilang tak datang appointment tu yang buat kami risau! hehe
Soalan favourite yang saya terima di klinik sepanjang minggu ini, adalah berkenaan berpuasa; samada dibolehkan semasa hamil/menyusu, atau tidak.
Pertama kita lihat dari segi agama…
Sabda Nabi Muhammad SAW,
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ شَطْرَ الصَّلاَةِ وَعَنِ الْمُسَافِرِ وَالْحَامِلِ وَالْمُرْضِعِ الصَّوْمَ أَوِ الصِّيَامَ
“Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla meringankan setengah solat untuk musafir dan meringankan puasa bagi musafir, wanita hamil dan menyusui.”
Hadis riwayat An Nasai no. 2275, Ibnu Majah no. 1667, dan Ahmad 4/347. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan sahih.
Menurut Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dalam tulisan beliau di http://www.muftiwp.gov.my/…/irsya…/irsyad-fatwa-umum/1969-31:
beliau berpendapat yang perempuan yang hamil dan menyusukan anak jika berbuka kembali kepada dua keadaan sahaja iaitu:
1. Kalau semata-mata kerana bimbang diri sendiri bolehlah dia berbuka dan qadha sahaja.
2. Kalau kasihankan kepada janin dan juga anak yang disusukannya maka bolehah dia berbuka dan membayar fidyah.
Ha! Mudah dan terang penjelasan yang ada…
Islam itu mudah, cuma jangan dipermudah-mudahkan!
Ada sebab mengapa keringanan ini diberikan…
Jom kita tinjau dari segi perubatan:
Terdapat perubahan pada fisiologi ibu yang mungkin membuatkan puasa itu menjadi sedikit payah, dan dalam keadaan tertentu, merbahaya.
Jom kita ulangkaji Biologi sekejap! Dari segi fisiologi:
KUATNYA PERTAMBAHAN KERJA JANTUNG SEORANG IBU YANG HAMIL!
MasyaALLAH!
Takut pula bila baca perubahan fisiologi dan implikasinya ini kan?
Tapi sebenarnya, bukan tidak boleh berpuasa…
Cumanya, ibu perlu mendapatkan nasihat doktor dan pakar, minum air secukupnya, dan juga beringat untuk tidak berlebihan dalam menjalani puasa.
Jika berasa letih atau tidak larat, jangan paksa diri!
Dalam masa yang sama, ada kondisi yang membuatkan ibu hamil itu tidak digalakkan berpuasa sama sekali:
1. Ibu yang mempunyai risiko VTE (venous thromboembolism) yang sederhana atau tinggi
2. Ibu yang tidak sihat atau muntah-muntah (lebih-lebih lagi jika kerap muntah dalam semester pertama)
3. Ibu yang mempunyai penyakit kencing manis dan memerlukan rawatan metformin atau insulin
4. Ibu yang mempunyai kehamilan berisiko tinggi seperti (pre-eclampsia, penyakit autoimmune, penyakit jantung)
5. Ibu yang janinnya mempunyai masalah pembesaran bayi dalam kandungan (Intra Uterine Growth Restriction -IUGR) atau kurang air ketuban (oligohydramnios)
6. Ibu yang masih didalam 6 minggu pertama selepas bersalin (risiko VTE paling tinggi semasa ini)
Menurut Dr Afida, TIDAK ada bukti signifikan yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengurangkan susu ibu. Tapi kadangkala ibu tidak dapat menahan lapar semasa menyusu, dan khuatir kesihatan diri atau bayi boleh terjejas.