Menyusukan anak tanpa rasa terbeban. Inilah yang mahu ditonjolkan oleh produk pam susu badan elektrik, Spectra buat semua ibu bagi memudahkan lagi ibu untuk menyusukan bayi mereka.
Pelancaran produk terbaru dari Spectra, Pam Susu Elektrik Spectra Wearable, pam susu mudah alih 100% kualiti premium terbaik dari Korea ini telah diadakan di TCE Baby Expo bertempat di Midvalley Megamall pada 5 Julai lalu.
Menurut Mr Ken Foo, Pengarah Urusan Spectra Malaysia, produk terbaharu yang direka dengan saiz lebih kecil dan lebih fleksibel ini khusus untuk kegunaan ibu yang mahu mengepam susu tanpa langsung rasa terbeban.
“Kami telah melalui revolusi pam susu sejak bertahun-tahun lamanya dan tujuan kami hanya mahu pastikan para ibu yang menyusu lebih mudah untuk membuat stok susu.
“Produk terbaharu ini juga direka khas untuk para ibu mengepam susu sambil melakukan kerja-kerja yang lain tanpa rasa stress,” katanya.
Ads
Turut hadir bagi memeriahkan suasana pelancaran produk ini adalah selebriti Eyra Hazali yang turut sama melalui pengalaman menyusukan dua anaknya malah teruja untuk mencuba produk terbaru dari Spectra ini.
“Untuk anak ketiga ni, saya tak sabar-sabar mahu menggunakan Spectra Wearable Breast Pump.
“Rekaannya cantik dan mudah untuk digunakan. Teringin nak cuba dan kongsikan pengalaman menggunakan pam susu dari Spectra ni,” katanya berkongsi.
Ads
Buat bakal ibu dan ibu-ibu yang masih terus menyusukan bayi, rekaan khas Spectra kali ini sudah semestinya memberi banyak kelebihan buat anda.
Paling menarik pastinya saiz kecilnya serta rekaannya yang unik serta kelebihan lain yang perlu anda tahu.
1. Reka Bentuk ‘Water-Drop’
Spectra Wearable mempunyai reka bentuk yang cukup inovatif. Reka bentuknya yang unik berbentuk titisan air memastikan pam susu kekal bersahaja di bawah pakaian sementara memberikan prestasi yang efisyen.
Ads
2. Kapasiti Bateri dan Pengecasan Type-C
Salah satu ciri utama Spectra Wearable adalah kapasiti baterinya. Dengan sekali pengecasan, bateri pam susu ini mampu bertahan sehingga 4 jam penggunaan berterusan.Ia turut dilengkapi dengan pengecasan Type-C yang sesuai digunakan bersama power bank dan pengecas kereta.
3. Tahap Sedutan yang Kuat
Spectra Wearable direka dengan tahap sedutan yang kuat sebagai keutamaan. Wearable dilengkapi dengan 5 tahap mod urutan untuk keperluan rangsangan mengikut keselesaan anda.
4. Sangat Ringan Hanya 305g
Spectra Wearable turut direka dengan saiz paling kecil, hanya 305g sahaja. Ia turut dilengkapi dengan fungsi “auto-off”,
ia memberikan keselamatan tambahan dengan mencegah penggunaan yang berlebihan.
Spectra Wearables yang mula dilancarkan di seluruh negara mulai 8 Julai ini menawarkan harga paling berbaloi, RM1399 sepasang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua wanita yang melahirkan anak pasti mempunyai keinginan untuk memberikan susu ibu kepada bayinya.
Sedia maklum tentang khasiat susu ibu kepada kesihatan dan tumbesaran anak, maka setiap ibu berusaha menyusukan anak.
Bagi ibu yang bekerja pula, mengepam susu dan menyimpannya sebagai stok untuk diberikan kepada bayi ketika tiada di rumah menjadi satu rutin yang normal.
Namun demikian tidak semua ibu dikurniakan rezeki untuk membuat banyak stok susu ibu untuk anak. Bagaimanapun asalkan susu yang dipam mencukupi untuk keperluan anak, ia sudah memadai tanpa perlu membuat stok susu yang terlalu banyak di dalam peti sejuk.
Bagaimanapun ada ibu dikurniakan limpahan rezeki susu ibu yang banyak sehingga mereka mampu membuat stok susu perahan berbotol-botol dan berpaket-paket sehingga penuh peti sejuk beku bahkan adakalanya tak sempat diminum oleh bayi tetapi stok yang baru pula terus bertambah.
Ekoran limpahan stok susu ibu yang banyak, ada sesetengah ibu ingin memberikan stok susunya kepada anak orang lain yang memerlukan.
Namun bagi ibu yang beragama Islam, ia bukan semudah yang disangka. Banyak perkara perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menjadikan anak orang lain sebagai anak susuan.
Syatilla Banyak Stok Susu Badan
Baru-baru ini, selebriti Syatilla Melvin yang baharu melahirkan anak ketiganya menyatakan hasrat untuk mendermakan stok susu ibunya kepada bayi-bayi yang memerlukan. Ini termasuklah bayi berstatus yatim piatu atau tidak sah taraf.
Beliau yang bersyukur kerana dikurniakan rezeki susu yang banyak sejak anak pertama lagi meminta mereka yang berhajat menghantar mesej peribadi (DM) kepadanya untuk dia mengetahui latar belakang dan maklumat lengkap bayi berkenaan.
Hasrat isteri kepada pelakon popular Shaheizy Sam ini memang baik dan boleh membantu bayi-bayi lain di luar sana yang tidak berpeluang mendapat susu ibu atas sebab-sebab tertentu.
Namun banyak perkara perlu diberi perhatian terutama melibatkan hukum kerana perlu menjaga nasab di masa depan. Ini kerana apabila menjadi anak susuan, bukan sahaja belah ibu tetapi keturunan belah bapa juga diharamkan berkahwin.
Penjelasan Hukum Anak Susuan
Untuk sama-sama memahami peranan ibu susuan, berikut adalah penjelasan dari Mufti Terengganu, Prof. Madya Dr. Mohamad Sabri Haron mengenai kedudukan ibu kepada ibu susuan. Adakah ia dianggap mahram kepada anak susuannya.
Penyusuan dari segi bahasa ialah perbuatan menghisap susu seseorang perempuan. Manakala, dari segi istilah syarak ialah perbuatan yang dilakukan untuk mendapatkan susu seseorang perempuan atau susu yang masuk ke dalam perut seorang kanak-kanak.
Hukum seorang perempuan menyusukan bayi yang bukan anaknya adalah harus mengikut syarak. Ini kerana perbuatan tersebut telah diamalkan sebelum dan selepas kedatangan Islam dan Islam memperakuinya bahkan tidak mengharamkannya.
Terdapat kebaikan ketika seseorang perempuan menyusukan seorang anak yang bukan anaknya, contoh seorang ibu meninggal dunia dan tidak dapat menyusu anaknya.
Oleh itu, keadaan ini memerlukan perempuan lain menyusukan anak tersebut bagi membolehkan anak itu meneruskan hidupnya.
Haruslah diingat bahawa terdapat kesan daripada penyusuan terhadap hubungan kekeluargaan kerana apabila seseorang perempuan menyusukan seorang anak yang bukan anaknya, anak itu akan menjadi anak susuannya dan suami perempuan tersebut turut menjadi bapa susuan kepada anak itu.
Justeru, anak yang disusukan haram berkahwin dengan ibu susuannya. Dia juga haram berkahwin dengan beberapa golongan daripada keturunan ibu susuannya.
Golongan tersebut termasuklah:
1. Adik-beradik perempuan ibu susuan kerana mereka adalah ibu saudara susuan. 2. Anak perempuan ibu susuan kerana mereka adalah adik-beradik susuan. 3. Cucu perempuan kepada ibu susuan (anak perempuan kepada anak lelaki ibu susuan, atau anak perempaun kepada anak perempuan ibu susuan) kerana mereka adalah anak perempuan adik-beradik lelaki susuan atau anak perempuan adik-beradik perempuan susuan. 4. Ibu kepada ibu susuan (nenek susuan).
Begitu juga dengan beberapa keturunan dari sebelah bapa susuan yang haram dikahwini adalah sama seperti golongan keturunan ibu susuan. Golonga tersebut adalah:
1. Adik-beradik perempuan bapa susuan kerana mereka adalah ibu saudara susuan. 2. Anak perempuan bapa susuan walaupun dengan isteri yang lain kerana mereka adalah adik-beradik perempuan susuan. 3. Cucu perempuan kepada bapa susuan (anak perempuan kepada anak lelaki bapa susuan, atau anak perempuan kepada anak perempuan bapa susuan) kerana mereka adalah anak perempuan adik-beradik lelaki susuan atau anak perempuan adik-beradik perempuan susuan. 4. Ibu kepada bapa susuan (nenek susuan).
Pengharaman tersebut adalah berpandukan al-Quran dan hadis sebagaimana Allah SWT telah berfirman dalam surah an-Nisa’, ayat 23:
Maksudnya: “Dan (diharamkan juga kamu mengahwini) ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan saudara-saudara susuan kamu.”
Rasulullah S.A.W juga telah bersabda yang bermaksud:
“Penyusuan mengharamkan apa yang diharamkan disebabkan kelahiran (keturunan).” (Hadis Riwayat Muslim & Bukhari)
Oleh itu, kedudukan ibu kepada ibu susuan adalah nenek susuan kepada anak susuan. Justeru ia merupakan mahram kepada anak susuan sebagaimana penjelasan di atas.
Kepada mama-mama yang tengah pregnant, masih sempat lagi nak join webinar Aku Tak Serik Bersalin yang akan berlangsung hari Ahad ni (26hb Jun 2022) secara online.
Sakit ketika anda dalam fasa menyusukan anak adalah satu perkara yang menyusahkan dan memenatkan. Namun yang demikian, percaya atau tidak, menyusu anak anda ketika anda tidak sihat adalah selamat untuk anak anda, bahkan boleh jadi bermanfaat kepada mereka.
Bolehkah saya menyusu anak saya ketika sakit?
Dalam kebanyakkan situasi, jawapannya adalah boleh. Biasa untuk ibu merasa risau tentang kemungkinan untuk anda menjangkiti anak anda. Ini bagaimana menyusu ketika sakit boleh mendatangkan manfaat kepada bayi anda:
Ketika anda sakit, antibodi mula dihasilkan untuk melawan jangkitan dalam masa 24 jam pertama walaupun simptom belum mula muncul. Antibodi ini boleh kekal di dalam badan selama beberapa hari.
Dalam jangkitan virus pula, tempoh inkubasi boleh mengambil masa sekitar 5 hingga 7 hari, membolehkan antibodi terhasil disalurkan dalam bentuk susu badan kepada anak anda.
Ini bermakna, anak anda mendapat dos perlindungan daripada jangkitan flu atau selsema yang anda dapat tanpa mendedahkannya kepada jangkitan tersebut.
Walaubagaimanapun, anda tetap perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila anak anda sudah mula bersin. Sekiranya anda mengalami jangkitan selsema yang biasa atau jangkitan virus berkaitan dengan sistem penghadaman – ataupun demam – tidak menjadi masalah untuk anda menyusu. Pastikan anda membasuh tangan anda sebelum sesi menyusu dan mengelakan daripada bahagian hidung atau mulut anda menyentuh muka atau tangan mereka. Sekirannya anda mengambil ubat, cuba untuk pam dan buang susu yang terhasil dalam tempoh waktu anda mengambil ubat..
Bila untuk menyusu?
Sekiranya anak anda di bawah usia 3 minggu, mereka terlalu lemah dan terdedah kepada jangkitan, justeru, menyusu badan ketika ini tidak digalakkan.
Sekiranya anda menghidap penyakit yang debilitatif (sakit jantung, buah pinggang atau anemia) atau kurang berat badan, cuba untuk elakkan menyusu kerana badan anda perlukan kalori dan lemak yang mencukupi sebelum anda boleh menghasilkan susu.
Sekiranya anda menghidap jangkitan yang teruk seperti TB yang tidak dirawat (mereka yang telah dirawat selama 2 minggu dibenarkan untuk menyusu), atau HIV/AIDS. Anda boleh menyusu jika dijangkiti Hepatitis A (jika anak anda mengambil globulin gamma) atau Hepatitis B (selepas anak anda mengambil globulin gamma dan diberi suntikan vaksin Hepatitis B)
Sesentegah bahan atau ubatan boleh menyebabkan anda tidak boleh menyusukan anak anda. Contohnya, ubat anti-barah, ubat untuk tiroid, ubat darah tinggi, penicillin, lithium, hipnotik atau perangsang, ubat tidur dan dadah atau alkohol. Sentiasa berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat kesihatan dan konsultasi.
Bila anda sakit, penting untuk anda minum air yang mencukupi untuk memastikan susu yang mencukupi dihasilkan dan juga untuk mengelakkan anda daripada tidak bermaya.
Ada sesetengah ibu yang terpaksa mencampurkan susu ibu dengan susu formula untuk diberikan kepada anak. Kalau pagi dah menyusu badan, mungkin petang nanti akan dibancuh pula susu formula untuk si kecil.
Masalahnya apabila anak sukar membuang air besar. Ketika mahu ‘membuang’ pula, dia akan menangis seperti dalam kesakitan. Mungkinkah ia disebabkan oleh susu formula tersebut?
Mulalah si ibu atau ayah merasakan susu formula yang diberikan kepada anak tidak serasi dengannya dan menyebabkan si kecil sukar membuang air besar. Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui adakah boleh susu ibu dan susu formula bercampur.
Percampuran susu ibu dengan susu formula boleh menyebabkan perubahan kepada sistem penghadaman bayi.
Susah untuk mengatakan susu formula adalah penyebabnya. Ia mungkin juga disebabkan penyediaan sukatan yang tidak mengikut ketetapan. Lalu, mempengaruhi pencernaan usus bayi.
Mungkin dengan cara penyusuan yang betul, anda dapat memberi susu ibu sepenuhnya tanpa perlu dicampurkan dengan susu formula. Anak anda masih kecil, untuk mendapatkan penyusuan ibu sepenuhnya adalah tidak mustahil.
Setiap hospital pasti ada kumpulan sokongan susu ibu. Anda boleh mendapatkan nasihat mereka, bagaimana caranya untuk menambahkan susu ibu. Mereka boleh dipanggil untuk mendapatkan nasihat pada bila-bila masa.
Salah satu cara yang dapat dinasihatkan di sini ialah memastikan setiap payudara dikosongkan selepas penyusuan sama ada dengan pam manual atau elektrik.
Anda juga perlu meminum air yang mencukupi mengikut keperluan iaitu antara dua hingga tiga liter air sehari. Pemakanan yang mengikut gizi makanan yang betul juga adalah penting.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...