Pernah tak bayangkan, tempat yang anda bekerja sekarang ni, iaitu satu-satunya tempat punca rezeki anda dan keluarga mengalami masalah kewangan sehingga menyebabkan anda perlu diberhentikan kerja dengan serta merta? Tak mampu nak terjangkau dek akal kan?!

Tapi itulah yang dihadapi oleh pemuda yang bernama Zaini Amar, Ketua Pegawai Eksekutif ZAMARA di mana dia terpaksa meninggalkan tempatnya mencari rezeki selama 9 tahun dan berhadapan dengan masalah tersebut sendirian dengan memilih untuk tidak memberitahu keluarga terutamanya ibu bapanya.

“Saya banyak hantar resume, saya dah jemu pergi ke interview, dipanggil tapi tak dapat. Tapi dalam masa yang sama, saya ada satu skill dalam bidang seni iaitu bidang buat grafik di mana job pertama saya adalah bisnes card, untung 5 ringgit masa tu.

“Daripada keuntungan 5 ringgit tadi tu saya print sendiri flyers saya, syarikat saya sendiri dan saya mengedarkan flyes itu di lampu isyarat. Saya merahsiakan saya diberhentikan kerja dari ibu ayah saya, saya sedaya upaya merahsiakan dari keluarga saya,” katanya ketika menceritakan detik kejatuhan dalam hidupnya.

IKLAN

Remuk Hati Flyers Bisnes Ada Dalam Longkang! Berkat Bersabar, Kini Berjaya Miliki Perniagaan Sendiri

Sudah diberhentikan, nak mula bisnes tetapi diuji lagi apabila flyers yang diedarkan pada orang ramai akhirnya masuk ke dalam longkang! Namun, kegagalan yang dihadapi tidak diratapi tetapi menjadi penguat untuk terus positif dan kini mampu membuka butik miliknya sendiri!

“Sewaktu saya edarkan flyes saya, tentang syarikat printing saya yang kecil tu, saya lihat flyes-flyes saya dibuang di dalam longkang dan masa itu saya tengok dia dihanyutkan dalam air longkang tadi.

IKLAN

“Remuk hati saya masa tu tapi saya counter back balik dengan positif side apabila saya cuba memikirkan mungkin risalah saya kurang menarik, mungkin ada benda yang kurang daripada saya sehingga saya berjumpa dengan sepupu saya iaitu, abang Amin Idris. Beliau banyak membantu saya, menaikkan semangat saya dalam bidang perniagaan.

Remuk Hati Flyers Bisnes Ada Dalam Longkang! Berkat Bersabar, Kini Berjaya Miliki Perniagaan Sendiri

“Arwah adik saya, Azlan dia juga mendorong saya dalam bidang perniagaan sebenarnya. Kami dah set dah tetapi nasib tak menyebelahi, dia terlibat dalam kemalangan di Sungai Buluh dan meninggal dunia serta merta. Saya teruskanlah niat dia, InsyaAllah,” tambahnya.

IKLAN

Sebagai penutup, Zaini juga sempat meninggalkan kata-kata semangat bagi peniaga baru di luar sana untuk kekal kuat meskipun banyak cabaran yang melanda kerana cabaran itu adalah proses menjadi peniaga yang matang.

” Kalau kita nak ceritakan tentang cabaran, kita ni mana-mana pun kalau kita nak pergi tidur pun ada cabaran kan? Ramai orang di luar sana nak berniaga, ada jalan singkat nak berjaya tetapi kena ingat proses nak jadi ahli peniagaan itu bukan mudah. Walau apa saja cabaran yang ada, sebenarnya itu adalah proses untuk kita menjadi seorang peniaga yang matang.” jelasnya.

Untuk video penuh, boleh tonton di bawah ini :

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI