Mira Filzah tunai umrah bersama keluarga, “Pertama kali buat umrah sebagai isteri dan ibu.” Setiap Muslim, peluang untuk menunaikan Umrah adalah satu nikmat yang perlu disyukuri dan digunakan sebaik mungkin untuk memperbaiki diri dan meningkatkan amalan.
Mira Filzah Tunai Umrah Bersama Keluarga, “Pertama Kali Buat Umrah Sebagai Isteri & Ibu”
Bagi pengacara dan juga pelakon Mira Filzah, pertama kali menunaikan umrah sebagai seorang isteri dan juga ibu merupakan satu pengalaman yang baru buat dirinya. Ibu jelita ini mengakui bahawa ia satu pengalaman yang cukup berharga dalam hidupnya.
Berikut hantaran Mira Filzah di laman Instagramnya.
Ads
Pertama kali buat Umrah sebagai seorang isteri dan ibu. Challenging but very beautiful Umrah journey for me. We had only one night here. Emir volunteered untuk jaga Amir dan Mira dapat keluar ke masjid sendiri untuk tahajjud. Wallahi I had the best time ever in my life.
Thank you my love @wanemirastar.Short, but very meaningful in the most blessed place on earth.
Siapa tak kenal dengan keluarga Jozlynn (Johan dan Ozlynn), pasangan selebriti yang terlihat sangat akrab dan selalu ada setiap masa bersama keluarga.
Lebih membuatkan ramai kagum apabila pasangan ini mampu mendidik anak dengan disiplin untuk solat bersama, makan bersama, beriadah bersama tanpa culas. Tanpa sedar, ramai yang mencontohi kebaikan keluarga ini. Ikuti perkongsian yang disediakan.
“Saya baca kisah anak Johan bakal jadi doktor semalam. Saya kagum. Dan saya juga baca Ozlynn post gambar anak dia yang dah besar bapak pun berdukung lagi dengan Johan. Kadang ada gambar depa bertepek duduk dan baring ramai-ramai.
“Tu lebih saya kagum lagi. Nak berdukung-dukung ni kalau tak biasa, mana mahunya. Malu. Kadang tak payah suruh dukung, nak cium pipi mak depan kawan pun segan. Sebabnya itu bukanlah benda yang jadi kebiasaan.
“Kalau siapa follow dia mesti tahu depa famili yang macamana. Dan saya suka follow. Sebab dia jujur. Tak fake.
“Bukan bersayang-sayang sentiasa. Tidak juga sopan santun setiap masa. Takda juga cakap orang putih manjang. Dia biasa. Biasa macam kita-kita. Ada masa dia marah. Ada masa dia ambik rotan. Ada masa tinggi suara. Ada masa dia sayang. Ada masa dia bergurau.
“Dia menunjukkan sisi kebanyakkan famili yang normal. Dan ada banyak emosi dalam setiap famili tu bagi saya adalah normal.
“Bezanya ialah dia HADIR. Hadir diri dalam hidup anak. Waktu solat, imamkan solat dengan anak. Waktu belajar, duduk di meja belajar dengan anak. Waktu main, berguling sama dengan anak. Waktu bersukan, main basikal sama dengan anak. Dia sebagai susuk seorang ayah, ada. Karakter utama dalam rumah itu adalah dia.
“Dan konsisten. Setiap Subuh dia pastikan anak-anak mengaji. Mesti mengaji. Sampai lama-lama jadi tabiat anak itu sendiri. Tapi bukan suruh saja. Dia sama-sama buat sekali.
“Biar dia buat lawak pun. Biar dia garang pun. Biar dia jegil mata pun. Biar dia tinggi suara pun. Biar dia mengusik pun. Tapi bila dia HADIR, apa saja tegur dan marah beri kesan yang baik. Sebab ada ikatan hati yang kuat antara ayah dan anak.
“Ibu ayah yang hadir dalam bentuk fizikal, emosi dan jiwa dengan anak-anak, saya percaya walau saat kita marah pun dia tak lari ke mana. Dia tahu atas tujuan apa.
Marah yang ada sebabnya. Tegur yang ada tujuannya. Sempoi yang ada batasnya.
Saya kira begitu keinginan kebanyakkan kita. Sebagai ibu ayah. Walau apa pun jadi dan jauh mana pun pergi, anak tetap akrab hatinya dengan kita.
“Dia menjadikan saya rasa santai sebagai ibu. Rasa saya okay menjadi saya. Boleh je suka buat kelakar tapi tegas pada masa yang sama. Boleh je tegur kalau ada benda tak kena.
Bukan serba serbi mesti sempurna. Bukan kena sopan santun sepanjang masa. Tapi sentiasa hadir setiap ketika.
Anak kepada bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Nina Sabrina baru-baru ini berkongsi berita gembira mengenai kandungannya. Nina mendedahkan bahawa anak sulungnya, Jeanelle Nika Mandagie, merupakan insan paling teruja apabila mengetahui dirinya bakal menimang seorang adik lelaki.
Perkara itu dikongsikan Nina menerusi aplikasi Threads dengan memuat naik gambar serta momen penuh keterujaan Jeanelle ketika majlis gender reveal yang diadakan baru-baru ini.
Menurut Nina, sejak awal mengetahui dirinya berbadan dua, Jeanelle tidak putus-putus berdoa agar dikurniakan seorang adik lelaki. Harapannya itu akhirnya menjadi kenyataan apabila pasangan suami isteri itu mengumumkan bayi dalam kandungan mereka adalah lelaki.
“Jeanelle orang yang paling teruja apabila dapat tahu kami akan menimang cahaya mata lelaki. Dia tidak henti berdoa mahukan seorang adik lelaki sejak hari pertama saya disahkan hamil,” kata Nina.
Keterujaan itu nyata menjadi momen manis buat seisi keluarga. Bagi Nina, doa tulus anak kecilnya itu bagaikan satu kekuatan sepanjang tempoh kehamilan. Sementara itu, Jeanelle yang sebelum ini membesar sebagai anak tunggal pasti tidak sabar untuk menjalani pengalaman baru sebagai seorang kakak.
Perkongsian Nina bukan sahaja mencuri perhatian ramai, malah dihujani ucapan tahniah serta doa daripada warganet. Ramai yang tersentuh melihat keterujaan Jeanelle yang melompat gembira ketika majlis itu.
“Alhamdulillah.. Happynye tgok.. Semua full of love & happiness .. Congrats mommy.”
“Iye betul. Tengok kakak melompat, onty pun nk lompat sekali. Congrats mommy.”
“Semoga Allah SWT lindungi pasangan dan keluarga ni. Luv ”
“Omg i can see that pure happiness .”
Ucapan dan doa daripada netizen itu jelas menunjukkan betapa ramainya yang mendoakan kebahagiaan keluarga ini, sekaligus membuat momen tersebut lebih bermakna.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lufya daftar anak perempuan kelas taekwondo, geram sebab kerap kena buli. Berasa marah apabila anak perempuannya menjadi mangsa buli di sekolah, pelakon dan penyanyi Lufya mengambil keputusan untuk mendaftarkan anaknya ke kelas taekwondo.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 40, mendedahkan bahawa anaknya, Laana Haura, 8, sering mengadu dipukul oleh rakan sekolah.
“Saya mahu meluahkan apa yang terbuku di hati. Sebelum ini, saya sudah ke sekolah dan berjumpa dengan ibu bapa seorang pelajar lelaki yang telah menendang serta menumbuk Haura.
“Namun, setiap kali pulang dari sekolah, dia tetap mengadu perkara yang sama. Pelajar yang sama masih mengganggunya.
“Saya juga telah bertemu dengan ibu pelajar berkenaan, dan dia telah meminta maaf walaupun cara penerimaannya kurang meyakinkan. Tapi saya terima juga. Malangnya, kejadian tersebut terus berulang.
“Oleh itu, saya membuat keputusan untuk mendaftarkan Haura ke kelas taekwondo. Kalau selepas ini anak saya yang lembut dan manja ini bertindak balas, tanggunglah akibatnya,” tulisnya.
Bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam itu juga berharap tiada ibu bapa yang akan membuat aduan sekiranya Haura terpaksa mempertahankan diri daripada dibuli selepas ini.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.