Berbuka di petang hari, tak sah kalau tidak ada kuih sebagai pembuka selera. Apa kata kali ini kita sediakan agar-agar pandan berlumut cantik. Namun cara hendak membuatnya perlulah tepat.
Nak pastikan lumut cantik, resipi perkongsian Muhammad Ali ini mama kena cuba. Ada tip bila perlu untuk tutup apinya. Barulah cantik.
Yang penting sedap, mudah, rasa berlemak. Sebelum tu jangan lupa belanja ♥️♥️♥️. Jom buat!
Bahan – Bahan : ( Loyang 8 inci)
12 gram agar agar tali
4 cawan air
4-5 helai daun pandan
200ml santan
1 biji telur
125 gram gula / setengah cawan gula ( Resepi ni saya mmg kurangkan gula, kalau nak manis boleh lebihkan okay)
1. Blend 4-5 daun pandan bersama 1 cawan air. Dah siap blend tapis. Siap air pandan.
2. Kacau sebati 200 ml santan, 1 biji telur gred A. Kalau pakai santan kotak, pakai brand KARA. Berlemak elok. Kalau nak blend santan + telur pun boleh. Texture lebih halus. Dah siap ketepikan.
Ads
3. On api, masukan 4 cawan air + 12 gram agar agar tali. Biarkan mendidih. Api sederhana.
4. Bila dah mendidih, masukan 125 gram gula, air pandan, santan dan telur serta 1 sudu kecil pewarna hijau. Kacau sebati. Kena kacau dulu supaya tak bergumpal.
5. Dah sebati. Biarkan mendidih 1-2 minit. Jangan kacau dalam masa ni sebab nak bagi santan dia terpisah dengan air.
Ads
6. Bila dah 1-2 minit. Off api. Kacau beberapa saat dan terus masukan dalam loyang 8 inci.
7. Biarkan set suhu bilik 30-40 minit. Selepas itu baru masukan dalam peti selama 2 jam. Then dah boleh makan.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mommy yang ada anak usia 6 bulan dan mula makan, pasti dah macam-macam senarai makanan nak bagi pada anak kan? Cumanya cara penyediaan untuk setiap menu tu perlu juga ada kreativiti untuk pastikan anak bosan makanan yang sama.
Bagi yang baru pertama kali dan ibu bekerja, mesti nak tip yang mudah supaya masa untuk memasak tu dapat dijimatkan dan anak makan pun sedap.
Ok bagi mommy yang nak cuba beri kelainan pada masakan anak, boleh cuba buat pes tomato homemade. Pes ni sesuai untuk yang nak buat makanan yang kita sendiri rasa tak mampu tetapi boleh dihidangkan pada bayi.
Perkongsian dari Naqiyyu Bazz melalui Kongsi Idea Masakan Baby ini boleh mommy praktikkan dan buat stok siap-siap.
Mommy yang ada baby dah start makan, jom buat ni
TOMATO PASTE version umi. Macam-macam version sy nampak org buat, saya share version sy ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menginjak usia bayi 6 bulan dan mula belajar makan pasti mama teruja untuk sediakan makanan yang sedap. Ada anak yang jenis tak memilih dan suap apa saja pun ok. Namun ada juga anak agak susah untuk makan sehingga mama pula terpaksa lebih kreatif.
Memandangkan makanan bayi tak boleh dicampurkan garam dan gula lagi seawal 2 tahun pertama, mama digalakkan untuk membuat sendiri serbuk perasa berasaskan ayam, ikan bilis atau menggunakan beberapa jenis sayuran untuk menambahkan rasa pada makanan anak.
Kali ini dikongsikan cara untuk buat serbuk ayam homemade. Perkongsian Nazz Spectra boleh mama cuba. Mudah sangat!
Hommemade serbuk ayam
1. Ambil isi ayam bahagian dada
2. Rebus sampai air kering
3. Blender kering ayam sampai halus..
4. Masuk balik dalam kuali dan start sangai sampai perang, guna api sederhana
5. Dah siap, bubuh dalam bekas
6. Sesuai untuk penambah perisa bubur baby, nak bubuh banyak pun tak ada masalah sebab kita buat sendiri, memang kita tahu tiada garam dan MSG, hanya ayam semata. Kalau rasa nak tambah halia atau bawang pun boleh tapi saya buat ayam sahaja.
Chicken broth banyak manfaatnya, membantu menguatkan imuniti badan. Ibu ini kongsi resipi sup tulang ayam yang selalu disediakannya tatkala anak batuk berkahak & demam.
Puan Widyana Ali sering kali menyediakan sup tulang ayam atau bone broth ketika anak-anak batuk dan demam. Dia juga turut berkongsi resepi yang mudah ini.
9 jenis bahan yang digunakan adalah asas dan mudah didapati. Cara penyediaannya pun mudah, hanya renih 3 hingga 4 jam sehingga tulang hancur.
Untuk anak ekzema, dia hanya merenihkan sup selama 1 jam. Periuk kaca dan besi tahan karat sahaja yang boleh digunakan.
Sudah mengamalkannya bertahun-tahun. Ia boleh menguatkan sistem imun, kaya mineral, anti radang & menguatkan tulang dan gigi. Ia juga boleh membantu menggalakkan penyingkiran kahak.
Boleh dipelbagaikan cara memakannya iaitu dimakan bersama nasi, kuah atau dihirup begitu sahaja.
Sebelum makan letakkan sedikit garam sebagai perasa.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.