Aiskrim dan anak-anak sememangnya tak dapat dipisahkan. Sebut sahaja aiskrim, anak-anak melompat keriangan. Apa lagi kalau aiskrim homemade yang disediakan sendiri oleh ibu. Memang anak suka.

Kali ini apa kata kita hasilkan aiskrim durian pula. Memang sedapnya tak boleh bawa bincang. Ringkas tapi cukup padu. Jom cuba resipi perkongsian Uwan Nolly Epin.

Aiskrim Durian Homemade, Lagi Padu ‘Blend’ Lama-Lama, Nikmatnya Makan Waktu Panas!


Musim durian nih, buat lah aiskrim durian sendiri. Letak durian banyak-banyak sikit.
Biar pure rasa durian dia. Memang sedapp yakmatt lah. Sejuk je lalu kat tekak! Makan dengan roti pun sedap. Yummylicious!

Resepi Aiskrim Durian Homemade

Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (tak suka manis kurangkan lah ya)
1 sb ovelett
Durian secukupnya (anggaran kalau isi durian yang besar 6 ulas, durian kecil 10 ulas)
Pewarna kuning telur secukupnya (uwan tak guna sebab durian yang Uwan guna dah kuning, Uwan guna durian Udang merah)

IKLAN

Aiskrim Durian Homemade, Lagi Padu ‘Blend’ Lama-Lama, Nikmatnya Makan Waktu Panas!

Blend durian, susu cair, susu pekat dan ovelett.

Dah sebati, masukkan pula ke dalam mixer.

Aiskrim Durian Homemade, Lagi Padu ‘Blend’ Lama-Lama, Nikmatnya Makan Waktu Panas!

IKLAN

Mix 20 hingga 30 minit @ hingga gebu.

Then letak dalam bekas. Simpan dalam frezer.

Aiskrim Durian Homemade, Lagi Padu ‘Blend’ Lama-Lama, Nikmatnya Makan Waktu Panas!

IKLAN

Dah keras, bolehlah makan. Memang sedap sangat weh. Pure rasa duriannya!

Aiskrim Durian Homemade, Lagi Padu ‘Blend’ Lama-Lama, Nikmatnya Makan Waktu Panas!

Menarik: Cantik Tersusun Kemas, Sayur Tahan Lebih Lama, Ibu Ni Kongsi Cara Simpan Barang Mentah Dalam Peti Ais

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI