Resepi Cornflakes Ferrero Cookies ini sebenarnya sangat mudah nak sediakan, tak perlu oven pun untuk bakar. Mak-mak yang tak ada oven dekat rumah tu tetap boleh buat biskut raya untuk anak.
Jom ikuti resepi dan langkah demi langkah. Mudah sangat!
Walau bagaimanapun, bayi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami
IKLAN
Bahan-bahan:
1-2 cawan badam nipis, sangai sampai kekuningan
Badam ikut korang kalau suka banyak letak 2 cawan tak suka banyak 1 cawan saja
Bahan double boil:
250g milk coin beryls
150g dark coin beryls
IKLAN
Cair kan. Biarkan suam sekejap. Masukkan badam gaul rata.
Cara penyediaan:
Isi dalam cup basic cornflakes. Tuang coklat dan badam tadi di atas cornflakes. Kalau boleh biar sampai penuh ya. Sejukkan masuk peti ais biasa 10 minit..
IKLAN
Keluarkan dan boleh susun dalam balang. Mudah kan, so jangan sedih kalau tak ada oven masih boleh buat cookies sedap dan nampak mewah.
Kredit : Azlina Ina
Saksikan gelagat Azwan Kombos dan keluarga bersama Irma Hasmie beriadah di Super Park @ Next Gen hanya di Pa&Ma Playdate!
Kuih apam antara yang menarik perhatian anak-anak. Bentuknya yang kecil dan comel dengan berbagai warna mampu memancing selera anak-anak untuk menikmatinya. Mudah untuk mama dan papa mengajak anak-anak terutama yang cerewet memilih makanan.
Kuih kecil seperti ini sesuai untuk diisikan di dalam goodie bag atau dihidang pada majlis hari lahir anak-anak. Resipi yang dikongsi Rosehayati Zainuddin ini sangat mudah disediakan dan sesuai kalau nak buat aktiviti bersama anak-anak.
Cottage Pie antara menu klasik British yang sangat sedap, lembut dan berkrim dengan menggunakan dua bahan utama iaitu daging dan ubi kentang.
Bagi yang nak mencuba sendiri di rumah, ikuti perkongsian resepi ini. Selamat mencuba!
First time buat cottage pie ni. Sedap jugak. Gabungan sos bolognese daging dan kentang lenyek. Ni resepinya.
COTTAGE PIE
Bahan-bahan:
🥔Kentang lenyek🥔
4 biji kentang Russet
2 sudu besar mentega
3 sudu besar susu penuh krim
1/3 cawan keju cheddar blok (sagat)
Lada sulah & serbuk lada hitam secukupnya
🥫Sos Bolognese🥫
2 sudu besar minyak zaitun
1/2 biji bawang holland (cincang dadu)
400g daging kisar
4 biji cendawan butang ( hiris nipis)
1/2 tin tomato puri
1 biji tomato ( potong dadu)
Lada hitam kasar
Garam, gula secukupnya
1 sudu besar mixed herb/ italian seasoning
1/2 cawan air
Cara- cara:
1. Kupas dan bersihkan kentang Russet. Potong kecil dan rebus hingga empuk.
2. Sementara kentang empuk, sediakan sos bolognese.
3. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang holland hingga keperangan.
4. Masukkan daging kisar dan goreng hingga daging masak. Masukkan lada hitam dan sedikit garam ketika memasak daging.
5. Masukkan cendawan butang. Kacau rata.
6. Masukkan tomato, tomato puri dan air.
7. Perisakan dengan mixed herb, lada hitam kisar, gula dan garam secukupnya.
8. Masak hingga kuah sedikit pekat. Tutup api.
9. Setelah kentang empuk, angkat dan lenyekkan.
10. Masukkan mentega, susu penuh krim, keju cheddar, lada sulah & serbuk lada hitam ketika kentang masih panas. Kacau sebati.
11. Panaskan oven pada suhu 180c. Sediakan bekas yang sesuai, masukkan sos bolognese diikuti dengan kentang lenyek. Ratakan. Boleh letak tomato ceri jika suka.
12. Bakar selama 30minit atau sehingga keperangan. Sedia dihidang. Sedap dimakan panas panas.
Bagi kat jiran sikit. Dia cakap sedap siap nak beli lagi. Saya cakap tak jual, nah resepi buat sendiri😅
Siapa kata pencuci mulut hanya untuk orang dewasa sahaja? Pencuci mulut juga ada untuk si kecil juga tau. Bayi dan kanak- kanak juga memerlukan suatu hidangan yang manis dan boleh membuatkan tubuh mereka berasa segar.
Lebih-lebih lagi pada musim panas yang terjadi di negara kita sekarang ni, pencuci mulut apa yang sesuai untuk si kecil ya? Jom kita lihat resipi mudah dan sihat bubur sumsum buah naga untuk si kecil.
Bubur sumsum ni kalau disejukkan lagi sedap untuk dimakan. Terutama, pada cuaca panas yang melanda negara kita ni. Pasti badan si kecil akan berasa segar dan ceria sepanjang hari.
Resipi ini dikongsikan oleh Aimi Uyu di Kumpulan Resipi Makanan Bayi di Facebook.
RESEPI MUDAH BUBUR SUMSUM BABY 7 BULAN KEATAS
Terima kasih dekat group ni yg banyak kongsi resepi, saya cuba buat untuk anak saya, Alhamdulillah suka sangat, banyak ilmu dalam ni mintak halal ya
Bahan- bahan: – 3 sudu besar tepung beras – 2 cawana susu full cream – 1 cawan air – 1 biji buah naga yang sudah dikupas (boleh gunakan buah- buahan lain mengikut buah kesukaan si kecil)
Cara- cara penyediaan: 1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk, kacau sedikit kemudian buka api. 2. Didihkan semua bahan dalam periuk tersebut sehingga teksturnya kepekatan mengikut kesukaan para ibu. 3. Setelah siap, matikan api dan biarkan sebentar untuk menghilangkan panas. 4. Setelah sejuk, masukkan bubur sumsum ke dalam bekas, isi sehingga separuh bekas. 5. Kisar buah naga sehingga menjadi puree dan tuangkan ke atas bubur sumsum sebagai topping.
Bubuh dalam bekas ni, separuh bekas juga, aaya buat dapat 7 bekas comel ni.
Lepas tu baru blend puree buah naga. Atau buah yang mommy suka.
Blend tanpa air, cantik sangat dan sedap!
Mudah sangat resipi yang dikongsikan kali ini. Para ibu boleh lah mencuba resipi ini untuk si kecil tersayang. Selain buah naga, para ibu juga boleh menggunakan buah- buahan lain seperti buah mangga, buah betik, buah nanas, dan sebagainya.
1. Tinggi prebiotik
Buah naga mengandungi sejenis karbohidrat yang dikenali sebagai oligosaccharide yang berfungsi sebagai prebiotik yang membantu proses pencernaan.
2. Kaya serat
Makan buah naga juga elok kerana ia kaya serat yang membantu untuk melatih pergerakan usus serta mengelak masalah kembung.
3. Ada vitamin A & vitamin C
Bagusnya buah naga kerana ia kaya dengan vitamin A dan vitamin C yang dapat membantu melindungi anak daripada jangkitan penyakit serta bagus untuk kesihatan kulit.
Selamat mencuba dan semoga memberi manfaat kepada mommies dan si manja!
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI