
Dodol ialah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka dan di Muar, Johor. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi.
Namun dengan kecanggihan teknologi alat memasak kini, semuanya boleh dihasilkan sendiri dengan masa yang lebih singkat.

Jom ikuti resepi yang dikongsi!
Dodol Lemak

Resepi dodol
Bahagian 1:
-3 3/4 cawan gula merah
-2 cawan air
-2 helai daun pandan
-1 1/2 sudu teh garam
Didihkan semua pastu sejuk sikit

Bahagian 2:
-2 cawan tepung pulut
– 2 sudu besar tepung beras
– 1 kotak kecik santan kara (2 biji kelapa) + 1 cawan air
– 2 sudu besar minyak masak
CampUR semua ni dengan ayaq gula tadi. Kacau. Pastu jangan bagi berketul dan tapis masuk dalam kuali then kacau sampai masak..

Kami guna bread maker..so masukkan adunan ni dan pilih menu jam..dah masak ulang lagi sekali.

Kredit:Eyla Osman ·

Jangan panik! Jom, belajar cara handle situasi cemas. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/stay-safe/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekaran
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resipi Pantas Apam Pandan Coklat Gebu Gebas, Kukus 10 Minit Saja Siap!

Cuti sekolah ini pasti anak kelaparan dan mula meminta pelbagai jenis menu anak sepanjang berada di rumah. Apa kata mama sediakan apa kukus pandan coklat ini untuk anak.
Nak buat pun ringkas dan tak perlukan banyak bahan. Jom cuba perkongsian resipi Fatin Bakery ini. Sedap!

Hari ni siap buat kudapan untuk petang ni. Apam pandan coklat. Sedap, halus, gebu dan lemak bersantan gitu. Pekena dengan kelapa parut putih ni, perghh memang sedap sgt! Ada ke peminat apam ni?
Resepi apam pandan coklat gebu
Bahan-bahan:
Tepung blue key/tepung gandum+1sk baking powder (pilih salah satu) 2 cawan
Santan kara 1 kotak 250ml
Gula 1 cawan
Ovellete 1sd
Telur 4 biji
1sk pewarna hijau
1sk esen pandan/Pes pandan
1sb serbuk koko

Pukul telur, gula dan ovellete dalam mixer hingga gebu bertukar warna Putih kira dah betul gebu ye.
Kemudian masukkan tepung dan santan berselang seli. Mix sampai semua bahan sebati dan gebu.
Bahagikan adunan kepada 2 bekas berasingan. Buat perasa pandan campur lah pewarna hijau dan esen atau pes pandan, gaul sebati. 1 adunan lagi campur serbuk koko, gaul sebati.

Acuan boleh guna lompang atau seri ayu. Sapu minyak dulu pada acuan ye. Mudah nak keluar kan lepas siap kukus nanti.
Cara saya hanya guna sudu letak adunan pandan dan coklat berlapis. Ikut lah korang nak paip ke macam mana.

Kukus adunan ni guna api sederhana sahaja. Selama 10 minit saja OK. Jangan lebih masa!
Pastikan penutup kukus di balut kain dulu supaya air wap tak menitis atas apam. Nanti hodoh pulak apam.
Selamat mencuba.
Menarik: Kena Masuk OT, Ramai Sedih Tengok Aafiyah Menangis Sambil Dipujuk Ibu Sebelum Masuk OT!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pikat Selera Anak Dengan Tofu Tart Kreatif, Campak-Campak Je Tapi Sedap!

Susahnya nak tarik selera anak untuk makan. Dah puas mama cari menu yang hebat-hebat lagi kreatif untuk si kecil tapi anak masih tak mahu makan.
Kalau kita rajin dan kreatif, contohi wanita bernama Herda Johan ini yang berkongsi resipi unik, Tofu Tart di facebooknya. Sama seperti Egg Tart, cuma ia bersifat savoury dan intinya dihasilkan daripada gabungan cendawan dan hirisan sayuran-sayuran yang ternyata unik dan lain daripada yang lain.
Kata Herda, “Sebenarnya saya main campak-campak je bahan-bahan untuk resepi ni. Senang je nak buat. Anak-anak saya suka makan ToFu Tart ni sebab SEDAP dan MENYIHATKAN…ewah hihi. Ada dua cara anda boleh guna, samada bakar atau goreng. Untuk kaedah yang saya gunakan ni, saya bakar dalam oven. Untuk kaedah goreng akan saya terangkan dalam gambar di bawah.

TOFU TART
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur (Saiz A @ B)
Secubit garam
1 sudu makan mayonis
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu teh baking powder
Bahan Inti:
1 biji tomato – potong dadu
1 buku bawang besar – potong dadu
5 helai daun bawang – hiris halus
8 biji cendawan butang dalam tin – potong dadu
Sedikit cili merah/cili benggala (kalau nak pedas) – potong dadu.
Caranya:

1. Sapu butter pada loyang muffin atau loyang cupcake bersaiz lebih kurang 2″-2.5″ diameter.
2. Masukkan bahan inti sedikit demi sedikit ke dalam loyang muffin.

3. Gunakan pisau tajam dan potong tofu. Kemudian masukkan setiap potongan di dalam loyang muffin. (Potong tofu dimulakan dengan bahagian tengah. Jangan potong bahagian hujung. Potong dua bahagian tadi kepada 9 potongan sama rata).
4. Pukul kesemua bahan (seperti dalam gambar).
5. Tuang telur ke dalam loyang muffin. Bakar pada suhu 120’c – 140’c atau 30 minit. (Agak-agak pantau sendiri kalau dah nampak masak bahagian atas tu bawa keluar). Bakar hingga bahagian atas keperangan.
6. Dah siap….boleh cicah dengan cili sos.
Tip:
Kalau tak suka bakar, anda boleh juga menggoreng.
Caranya, panaskan kuali dengan minyak. Letak acuan telur mata. Tabur bahan-bahan inti. Kacau sedikit bahan inti supaya garing sedikit. Letak tofu. Biarkan sekejap. Tuang telur.

Tutup kuali dan biarkan telur masak. Bila nampak dah masak. Angkat acuan dan terbalikkan telur tadi. Balik-balikkan telur dan pantau supaya tidak hangus. Siap!
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Simple Tapi Padu, Resipi World Class Pasta Carbonara, Confirm Tak Cukup Sepinggan!

Sebut sahaja pasta tentu sahaja jadi kesukaan anak-anak kita. Selain bolognis, pasta carbonara antara yang begitu digemari. Namun menyediakan pasta carbonara yang betul-betul sedap dan creamy tentu sahaja punya teknik yang tepat.
Apa resipinya? Perkongsian resipi dari Wan LuQman ini mama wajib cuba. Memang awesome dan terlebih sedap!

Ikut resepi ni, korang dapat buat World Class carbonara kat rumah ye. Ok, resepi ni buat sos dia from scratch. Tak guna instant sauce (prego ke milano dan sebagainya) dan tidak menggunakan tepung jagung!
I kenot brain betul dengan resepi buat carbonara guna tepung jagung. Bukan macam tu cara nak pekatkan kuah. Makanan barat guna white roux untuk pekatkan kuah..(butter + tepung gandum).
Elemen penting dalam membuat carbonara ni adalah konsistensi dan masa yang pantas. Tersalah atau tersilap step, ke tong sampah lah jawabnya. Nak ambik gambar proses in the making pun kalut sikit. Ape hasil dia? Sedap gile! Hehe
Bahan-bahan:
60gm spaghetti (kander guna saiz vermicelli)
3 biji kuning telur
3 biji cendawan swiss brown
2-3sb parmesan cheese
Sedikit lada hitam
Beef lean / beef streaky
Resepi dah ada, cuba dulu buat original sauce. Lepas tu ikut korang lah nak guna sos segera ke, tepung jagung ke tepung ubi ke haha. Yang penting originality tu korang dah tahu ye.
NOTAKAKI: Tak salah pun nak guna sos carbonara segera, itu salah satu food solution dalam pasaran untuk memudahkan kerja. Ini hanya tunjuk resepi asli / sebenar sahaja.
Jangan kecam / peniaga peniaga kecil kecilan guna sos segera…bukan senang tau nak buat order 30-50pek sekaligus guna method macam ni. Lagipun carbonara original ni best consume upon served. Kalau tapau² nanti dia akan bengkak…sebab dimasak sekali bersama kuah😘
Kita rai segala cara, cuma tepung jagung tetap dislike! Dislike!

Kadang-kadang kita susah nak bajet kan untuk sorang makan banyak mana. Untuk sesedap rasa sorang makan lebih kurang 50-60gm. Atau ukur ikut macam ni. Garisan pertama jari untuk seorang makan, garisan kedua, untuk 2 orang makan.
Tapi dalam resepi ni kander guna 80gm sebab nak kongsi makan dengan isteri.

Hiris swiss brown mushroom. Nak guna shitake pun boleh, tetapi shitake ade bau yang kuat. Kurang enak nanti.
Kander guna beef lean brand gourmessa. Nak lebih sedap, guna beef streaky sebab dia ada lemak². Ni untuk menggantikan bacon. Sepakat beef lean ni RM10 rasanya.

Ambik 3 biji kuning telur. Teknik yang selalu kander guna, pecahkan telur dan terus tadah atas tangan. Nanti telur putih tu akan keluar di celah² dari. Lebih pantas.
Kalau dah biasa buat boleh la cara ni. Sebab kebanyakan orang ambik masa lama untuk asingkan telur kuning dari telur putih. Pastikan telur yang fresh ya. Kalau tak fresh, kuning dia mudah pecah.

Masukkan 2sb parmesan cheese dan 1sb lada hitam. Nak guna whole egg boleh cuma kena lebihkan cheese. Dan risiko kalau guna whole egg, kalau tersilap nanti kuah korang akan jadi macam kuay teow kungfu. Lebih baik jangan.

Pukul sampai pekat macam Mayonis. Kena guna whisker, tak jadi kalau guna garpu. Lambat. Nak guna hand mixer pun boleh cuma macam tak berbaloi nak keluarkan benda alah tu. Heheh. Tapi tak guna semua ni ye.

Beef lean tadi bahagikan separuh untuk dalam kuah dan separuh lagi untuk garnishing. Goreng sampai garing.

Tumis bawang putih + cendawan dan beef lean. Nak guna bawang holland pun boleh. Nak letak brokoli ke, nak letak hot dog ke pun boleh. In fact, kalau nak pedas waktu ni boleh letak cili padi hiris tau.

Kemudian masukkan spaghetti yang sedang direbus tu. Pastikan spaghetti tu hampir nak masak tau. Jangan dah betul-betul masak sebab nanti dia lembik serta mudah putus.
Ceduk air rebusan spaghetti tu ikut pada kuah banyak mana nak ye.

Bila air rebusan spaghetti tu dah bertukar jadi putih macam ni dan mulai pekat, tutup api. Air lebihan spaghetti ni lah yang akan memekatkan kuah dan bagi creamy. Sebab tu tak perlu susu dah ye.
Kalau nak buat untuk anak-anak mungkin boleh letak gula sikit untuk bagi ada sedikit kemanisan.

Off the heat, dan masukkan bancuhan telur tadi. Banyak mana? Terpulang ikut cita rasa korang. Kander ambik 4-5sb macam tu.
Bancuhan telur tu akan ada lebih untuk buat sepinggan lagi. Tak pun simpan dalam peti.

Kacau bagi rata. Ingat off heat ye. Sebab kalau atas api nanti telur tu masak berketul-ketul pulak. Jadi scrambled egg nanti. Ceroh mase depan kome yob.
Kalau nak kuah cair sikit dan tak nak pekat, masukkan sikit air rebusan spaghetti tu sampai korang rasa kena citarasa.
Dah siap. Takde guna garam tambahan atau gula ye. Sebab masin dapat dari air rebusan spaghetti dan parmesan cheese dalam telur. Parmesan cheese ni masin-masin berlemak.

Hancur kan dan tabur Beef lean yang kita goreng sampai garing mula-mula tadi. Kalau ada pecorino cheese atau block parmesan, boleh sagat atas spaghetti ni ye.

Taburkan chilli flakes untuk sedikit kepedasan serta fresh parsley. Tapi kander tak jumpa fresh parsley, ganti dengan dried parsley.
Menarik: Bibir Mungil Macam Umi, Nampak Sipi-Sipi, Warganet Teruja Neelofa Dah Mula Tayang Gambar Bilal!

Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!




