Anak cepat bosan kala mama sediakan menu yang sama sahaja. Bila mama kreatif, anak pun makin berselera kan? Kalau mama tak ada idea, jom ikuti pilihan resepi yang dikongsi sesuai untuk anak berusia 8 bulan ke atas.

Selamat mencuba!

IDEA MAKANAN BAYI 8 BULAN KE ATAS 👶🏻

Semua resepi dalam ni;
❌NO SALT/SUGAR/MSG.
❌Baking Powder untuk setahun ke atas je.
❌MADU untuk setahun ke atas je.
❌MENU SERBUK KOKO untuk setahun ke atas je.
✅Nak rasa manis tambah puri kurma & madu.
✅Nak rasa masin tambah serbuk bilis.

Resepi Kek Pisang Cheese Tanpa Telur Antara Idea Makanan Bayi 8 Bulan Ke Atas

KEK PISANG CHEESE TANPA TELUR

Pisang 1biji
Tepung Gandum 3sb
Baking Powder secubit
Puri Kurma 1sk
Tatura Cheese 1sb

Bakar suhu 160 (20mins)

IKLAN

 

Resepi Kek Pisang Cheese Tanpa Telur Antara Idea Makanan Bayi 8 Bulan Ke Atas
DRAGONFRUIT PANCAKES

Buah Naga 1/4biji (Lenyek)
Tepung Gandum
Air
Madu (Optional)

Masak atas non stick pan guna api paling perlahan.

 

Resepi Kek Pisang Cheese Tanpa Telur Antara Idea Makanan Bayi 8 Bulan Ke Atas
NASI MINYAK

IKLAN

Nasi yang dah masak (gaul unsalted butter) then campur daun pandan sikit & 3 sekawan goreng atas dapur.

Isi ayam goreng & ketepikan. Tumis pes bawang merah, pes bawang putih & pes cili Yitu guna minyak goreng ayam tadi. Perasakan guna serbuk bilis. Nak manis2 sikit sis tambah puri kurma.

Brokoli steam sampai lembut.


Resepi Kek Pisang Cheese Tanpa Telur Antara Idea Makanan Bayi 8 Bulan Ke Atas

CREPE BUAH
1 TAHUN KE ATAS

Tepung Gandum 1cup
Telur sebiji
Air

IKLAN

Nipiskan je atas non stick pan. Jangan letak minyak or butter. Api plg perlahan. Dah masak nanti isi lah buah apa2 then lipat 4.

Kredit:Fadz Fauzie

Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Resepi Kek Pisang Cheese Tanpa Telur Antara Idea Makanan Bayi 8 Bulan Ke Atas

Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI