Puding buah sememangnya menjadi kegemaran ramai dan sesuai untuk seisi keluarga. Cara penyediaan yang mudah, rasa yang berlemak dan lembut dihidang ketika sejuk pastinya membuatkan anak-anak makan bertambah!
Jom ikuti cara penyediaan puding buah kuah kastard yang mudah ini. Selamat mencuba!
Harini nak share resepi simple tapi sedap.
Resepi Puding Buah kuah Kastard by Mr.Ali
Jom start! Jangan risau, siapa-siapa je boleh buat, mudah sangat dan bahan pun tak banyak!
(Texture puding ni bukan macam agar-agar tau..dia lembik sebab saya suka blend dengan sos kastard nanti..kalau nak keras sikit tambahkan 5gram agar-agar serbuk. Gaul dengan bahan diatas baru on api, dalam resepi dan gambar saya tak pakai sebarang serbuk agar-agar)
Puding:
– Masukkan semua bahan. Kacau sebati dulu..dah sebati baru on api perlahan
– Jangan berhenti kacau. Teruskan kacau sampai pekat dan mendidih. Dah mendidih off api.
– Masukkan dalam bekas anda, biarkan ia suam dalam 20 minit baru masukkan dalam peti
Kuah Kastard: – Masukkan semua bahan, kacau sebati. Dah sebati baru on api
– Kacau atas api sampai keluar wap atau mendidih di tepi pan.
– Off api dan sejukkan dekat luar baru masukkan dalam peti.
Bila puding dah keras hiaskan la buah apa yang anda nak guna atas tu, dan bila nak makan baru tuang kuah kastard tadi.
Ads
Makan sejuk-sejuk insyaAllah sedap.
Kuah kastard dan puding hendaklah sentiasa disimpan dalam peti sejuk.
Hujung minggu dan cuti panjang ini jangan dibazirkan masa. Inilah masalah untuk mempersiapkan stok makanan anak atau perasa untuk anak. Selain serbuk ikan bilis, mama jangan pula lupa stok serbuk pati ayam buat anak. Barulah anak makan berselera sekali.
Nak sediakan serbuk pati ayam homemade ni tidaklah mengambil masa yang lama. Sambil-sambil masak untuk suami dan anak-anak pun boleh sediakan serbuk sedap ini. Tiga langkah sahaja serbuk sudah pun siap disediakan. Tak sampai 30 minit. Jom cuba resipi langkah demi langkah yang disediakan oleh Puan Wanie Yusoff ini difacebooknya. Mudah!
Ibu buat serbuk ayam homemade untuk awe dondey, nak beli mahal dan sikit cinonet je haa. Buat sendiri ni dapat la banyak dan puas hati sikitkan. Modal RM5.50 je pun untuk beli isi ayam.
Dah siap blend halus letak dalam bekas. Nanti korang simpan dalam peti la ye sebab saya pun tak pasti berapa lama boleh tahan, sebab tak ada bahan pengawet kan.
3 bahan utama
Isi ayam
Bawang putih
Halia
Air secukupnya
Isi ayam rebus bersama bawang putih dan halia.
Dah siap rebus toskan. Lepas tu carik-carikkan isi tu. Nak cepat blend je kejap haa, lepas tu sangai (goreng tanpa minyak) sampai kering dan nmpk garing kekuningan. Api slow je tau jangan kuat sangat dan sentiasa kacau.
Dah siap sangai blend halus then simpan la dalam bekas kedap udara. Nanti tingal tabur or gaul je dalam bubur nasik baby. Nanti jangan lupa simpan dalam peti ais tau.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya kuih puteri ayu warna hijau dan disediakan dengan kelapa parut. Namun untuk berikan kelainan dan bagi anak-anak suka dan teruja untuk berbuka mama boleh cuba buat pula puteri ayu coklat dengan cheese.
Caranya juga sangat mudah, hanya blender saja bahan dan boleh dituang dalam acuan sebelum dikukus. Confirm satu keluarga suka.
Resipi yang dikongsikan di Facebook MAHN RASMI sangat mudah dan sekejap boleh siap sambil melayan anak.
Putar dulu cream cheese dengan gula, telur, susu cair pastu masuk tepung pukul sampai sebati dan licin tiada ketulan. Pastu boleh letak dalam acuan, kukus 2 minit. Sebelum tu, sapu acuan dengan minyak sikit ye.
Resepi coklat
1 cawan minyak (minyak jagung/minyak masak)
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk koko
10 sudu besar gula(yg ni dah nice bagi Izu kalu korang nk manis lagi, boleh tambah jd 12 sudu)
3 biji telur ayam Gred A
Masuk saja semua bahan dalam blender dan blend sebati lebih kurang 5 minit ya
1 1/4 cawan tepung gandum(nak guna tepung kek boleh tp takyah letak soda n baking dah)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Secubit garam halus
Lepas tu masukkan adunan yang blend tadi dalam bekas besar, masukkan tepung sikit demi sikit, kaup balik sampai sebati. Tapis adunan untuk elak ada yang berketul. Biarkan kejap.
Lepastu boleh tuang atas cheese yang dah kukus tadi. Kukus balik dalam 7 minit/sehingga masak. Guna api sederhana ya. Selamat mencuba!
Di bulan puasa ini, tak puas rasanya tanpa sambal pedas yang menaikkan selera. Nak tahu cara masak sambal tumis legend yang sedap dan meletop macam dijual di kedai?
Resipi superb lagi legend yang dikongsikan oleh Rafiza Idayu ini mama wajib cuba. Katanya ia merupakan resipi perkongsian dari peniaga nasi lemak di kampung. Rugi tak cuba!
Resipi ini diperolehi daripada seseorang yang berniaga nasi lemak di kampung. Hasil jualannya dapat membiayai anak anaknya hingga universiti.
Bahan-bahan:
1 genggam lada kering -direbus dan ditos dan dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
1 inci halia -dikisar
2 biji bawang besar -dihiris
Tumis bawang besar hingga naik bau.
Nota : Dulu saya tak tahu rupanya kena masak sampai naik bau sahaja. Yang saya masak sampai dah kuning macam nak garing. Rupanya untuk melayukan sahaja. Nanti selepas dah siap, bawang merah itu akan hancur semasa proses menumis. Kalau macam garing dia macam ‘tak jadi’ sebab dia akan keras dan macam meliat. Jadi bawang tersebut tidak akan hancur dan jadi macam bertali.
Dah naik bau, tuangkan bahan kisar tadi.
Wah… ini yang legend! Masukkan belacan bakar. Yang ini optional. Nak masuk boleh, tak masuk pun boleh.
Kita teruskan proses menumis. Minyak tadi hampir kering diserap bahan kisar. Sebab itu kuantiti minyak perlu dilebihkan. Tumisan bahan kisar akan menjadi lebih kental dan pekat. Kalau rasa macam kurang minyak, boleh tambahkan sedikit.
Saya masak guna api sederhana. Proses menumis sambal tumis memang agak mengambil masa supaya ‘terbit minyak’ agar bahan kisar kita ditumis dengan betul betul masak.
Proses TERBIT MINYAK aka Pecah Minyak. Ini salah satu teknik yang penting. Memang kena masak sampai terbit minyak untuk menjadikan sambal tumis kita tahan lama dan sedap. Apabila terbit minyak bermakna bahan kisar telah dimasak dengan betul.
Masukkan gula. Yang ini pun ada banyak versi. Ada orang suka versi manis sedikit. Ada orang memang masak sambal tumis tak ada gula. Kita ikut majoriti di pasaran memang sambal tumis yang manis sedikit lebih digemari ramai.
Saya guna 6 sudu gula perang (brown sugar). Selalunya saya letak gula nisan (gula kerek orang Terengganu panggil). Stok habis, guna apa yang ada. Gula putih atau gula melaka pun boleh.
Tumis sebentar. Gula akan ‘caramelised’. Proses ini akan menyedapkan lagi sambal tumis kita. Sambal tumis akan bertukar dari warna merah oren kepada warna merah maroon apabila gula caramelized.
Masukkan air mengikut kepekatan yang diingini. Saya masukkan lebih kurang 3/4 cawan air. *Air yang digunakan adalah air biasa. Saya goncangkan dalam blender sebab itu warnanya keruh.
Masukkan ikan bilis. Ini pun banyak versi. Ada orang goreng dahulu. Ada orang kisar sekali dalam bahan kisar. Ada orang goreng separa masak. Ada orang tak goreng.
Ok… ini saya cuba tak goreng sebab ada orang kongsi tips kata kalau ikan bilis berkualiti tinggi tak payah goreng supaya rasa ikan bilis tersebut enhance ke dalam sambal tumis.
Masukkan 3 sudu air asam jawa. Ada yang guna asam keping. Pun boleh. Dalam 2 ke 3 keping. Memang saya masak selalu guna asam keping, tetapi saya perasan sekiranya guna asam jawa rasanya lebih umph!
Perasakan dengan garam dan biarkan bahan bahan tadi masak dengan mesra. Niatkan bahawa sedapkan masakan aku untuk keluargaku. Perkuatkan kasih sayang kami. Doa dalam bahasa masing masing lebih mudah. Insya allah, tuhan mendengar doa kita.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!