Hidangan pencuci mulut antara yang menjadi kegemaran ramai. Tambah lagi jika dihiasi dengan taburan buah-buahan yang berwarna-warni akan menarik perhatian anak-anak untuk menikmatinya.

Bagi ibu-ibu yang inginkan kelainan, boleh cuba buat resepi puding buah kastard. Ini antara salah satu pilihan yang baik untuk ajar anak makan buah. Rasanya tak terlalu manis dan sesuai untuk pelbagai lapisan umur.

RESEPI MENARIK [“Mewah Rasa Coklat, Makan Pula Sejuk-Sejuk.” Puding Roti Coklat Milo Kesukaan Anak]

[Kek Sarang Semut Tanpa Perap. Ini Tipnya Nak Dapat Tekstur Cantik, Mudah Sangat!]

Resepi Puding Buah Kuah Kastard, Rasa Manis-Manis Buah. Mudah & Bahan Tak Banyak!

Resepi Puding Buah kuah Kastard by Mr.Ali 

Jangan risau, siapa-siapa je boleh buat, mudah sangat dan bahan pun tak banyak!

Bahan – Bahan

(Puding)
– 2 setengah cawan air
– 4 sudu makan tepung kastard
– 4 sudu makan gula
– 1 tin susu cair

Resepi Puding Buah Kuah Kastard, Rasa Manis-Manis Buah. Mudah & Bahan Tak Banyak!

IKLAN

(Texture puding ni bukan macam agar-agar tau..dia lembik sebab saya suka blend dengan sos kastard nanti..kalau nak keras sikit tambahkan 5 gram agar agar serbuk. Gaul dengan bahan diatas baru on api, dalam resepi dan gambar saya tak pakai sebarang serbuk agar-agar)

Resepi Puding Buah Kuah Kastard, Rasa Manis-Manis Buah. Mudah & Bahan Tak Banyak!

Resepi Puding Buah Kuah Kastard, Rasa Manis-Manis Buah. Mudah & Bahan Tak Banyak!

(Kuah Kastard)
– 2 cawan air
– 1 tin susu cair
– 2 sudu makan tepung kastard
– 4 sudu makan gula
– secubit garam.

Cara-Cara

Puding:

-Masukkan semua bahan. Kacau sebati dulu..dah sebati baru on api perlahan
– jangan berhenti kacau. Teruskan kacau sampai pekat dan mendidih. Dah mendidih off api.
– masukkan dalam bekas anda, biarkan ia suam dalam 20 minit baru masukkan dalam peti

IKLAN

Resepi Puding Buah Kuah Kastard, Rasa Manis-Manis Buah. Mudah & Bahan Tak Banyak!

Resepi Puding Buah Kuah Kastard, Rasa Manis-Manis Buah. Mudah & Bahan Tak Banyak!

Kuah Kastard:

-Masukkan semua bahan, kacau sebati. Dah sebati baru on api
– kacau atas api sampai keluar wap atau mendidih di tepi pan.
– off api dan sejukkan dekat luar baru masukkan dalam peti.

Resepi Puding Buah Kuah Kastard, Rasa Manis-Manis Buah. Mudah & Bahan Tak Banyak! Bila puding dah keras hiaskan la buah apa yang anda nak guna atas tu, dan bila nak makan baru tuang kuah kastard tadi. Makan sejuk-sejuk insyaAllah sedap.

Resepi Puding Buah Kuah Kastard, Rasa Manis-Manis Buah. Mudah & Bahan Tak Banyak!

IKLAN

Kuah kastard dan puding hendaklah sentiasa disimpan dalam peti sejuk.

Resepi Puding Buah Kuah Kastard, Rasa Manis-Manis Buah. Mudah & Bahan Tak Banyak!

Selamat mencuba semua!

Kredit: Muhammad Ali via MAHN

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI