Keengganan anak makan sayur atau buah selain kebergantungan terhadap makanan segera boleh menyebabkan kekurangan zat yang diperlukan untuk tumbesaran tubuh mereka. Jadi bagi memastikan anak dapat zat yang diperlukan, anda boleh ikut tip dibawah.

Nasi Goreng Kampung Resipi Campak-Campak, Confirm Anak Makan Bertambah!

TIP DAPAT ZAT MENCUKUPI

Antara tip yang boleh diamalkan oleh ibu bapa memastikan anak mendapat zat mencukupi adalah:

1. Pastikan dalam setiap hidangan makan berat (sarapan pagi , makan tengahari, makan malam)

terdapat

• Sumber karbohidrat (contoh nasi, mi, mihun, kuetiau, roti, capati, tosei dan lain-lain)

• Sumber protein (ayam, ikan, daging, makanan laut atau telur)

• Sumber serat (gabungan sayur-sayuran dan buah-buahan)

IKLAN

Kebanyakan ibu bapa menganggap jika anak tidak makan nasi maka mereka tidak cukup zat. Anggapan ini tidak tepat kerana sumber karbohidrat boleh dipelbagaikan seperti contoh di atas. Namun yang paling penting, ibu bapa perlu memastikan setiap kali makan ada gabungan tiga sumber zat makronutrien yang utama.

Contoh menu lain yang masih mempunyai gabungan tiga makronutrien seperti masakan makaroni dan keju (ada ayam dan brokoli), spageti Bolognese (campuran lobak merah, kacang pis dan daging), mi goreng dan pelbagai hidangan lain lagi. Ibu bapa boleh menjadi lebih kreatif ketika penyediaan makanan dan bagaimana mahu menggabungkan ketiga-tiga makronutrien.

2. Wajib mengambil tiga makan utama, jangan tinggalkan atau elak makanan waktu itu. Kajian yang dilaksanakan pada 2007 hingga 2008 menunjukkan seorang dalam tiga murid sekolah rendah tidak bersarapan sebelum ke sekolah.

Ini akan memberi kesan kepada proses pembelajaran pelajar dan meningkatkan kemungkinan untuk memakan makanan yang tidak sihat sewaktu rehat.

3. Selain itu, ibu bapa juga boleh mencipta dan mencuba resipi yang menarik untuk meningkatkan minat anak mengambil makanan yang sihat. Contohnnya naget dibuat sendiri, ais krim sihat (susu dan buah) dan sandwic berbentuk kartun.

IKLAN

Lebih menarik jika ibu bapa turut babitkan anak ketika proses membuat makanan sebagai aktiviti menyeronokkan yang secara tidak langsung menggalakkan mereka menikmati makanan yang dimasak sendiri itu.

Kalau anda buntu nak masak apa untuk anda, anda boleh cuba resipi nasi goreng kampung. Boleh letak pelbagai jenis sayur kesukaan anak-anak. Selamat mencuba!

RESIPI NASI GORENG KAMPUNG

Nasi Goreng Kampung Resipi Campak-Campak, Confirm Anak Makan Bertambah!

Bahan-bahannya:
● 3 cawan nasi
● 6 ekor udang, dibuang kulit
● 2 ekor sotong, dipotong bulat
● 3 ulas bawang merah
● 3 ulas bawan putih
● 6 biji cili padi
● 1/2 ikat sayur kangkung
● 1 mangkuk kecil karot, didadu
● 1 sudu besar sos ikan
● 1 sudu besar sos tiram
● 1 biji telur
● 2 ketul fish cake, putong dadu
● ikan bilis goreng
● serbuk lada sulah
● garam dan gula secukup rasa

IKLAN

Bahan untuk tumbuk kasar:
● 3 ulas bawang merah
● 3 ulas bawan putih
● 6 biji cili padi

Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.
2. Masukkan karot, udang, sotong sos, fish cake, tiram dan sos ikan. Masak seketika.
3. Masukkan batang kangkung yang dipotong. Kemudian masukkan nasi dan kacau sehingga sebati. Selepas itu buat lubang di tengah nasi goreng dan masukkan telur. Biar telur masak seketika dan hancurkan sebelum dikacau sebati bersama nasi goreng.
4. Masukkan daun kangkung, serbuk lada sulah garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga nasi sebati dan garing.
5. Taburkan dengan ikan bilis goreng diatas sebelum hidang.

Nasi Goreng Kampung Resipi Campak-Campak, Confirm Anak Makan Bertambah!

Sekali sekala bawa anak pergi camping, dedahkan mereka dengan dunia kehijauan pun menarik juga kan? Bukan je boleh jadikan mereka aktif, macam-macam skill juga mereka boleh pelajari!

Saksikan topik “Camping” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 9 Ogos, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104.

#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara
#AstroRia

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI