Resepi sup ayam lada hitam ini sangat mudah untuk dibuat. Menu ini sangat bagus untuk segarkan badan dan banyak khasiat. Bukan sahaja sesuai untuk ibu mengandung malah untuk orang yang demam atau ingin diet!
Sumber: Lin Zalika
Kelainan sup ayam lada hitam ini dari sup ayam versi biasa adalah akan dapat rasa kepedasan dari lada hitam dan aroma yang menyegarkan dari halia dapat mebangkitkan kembali selera makan.
Jom cuba cara masak sup ayam lada hitam dari perkongsian dari Lin Zalikha ini. Semoga bermanfaat!
3. Masukkan serai, halia, bahan tumbuk, ayam, garam & gula.
Ads
4. Tutup & biarkan ia masak.
5. Masukkan bawang putih & daun bawang.
Dah siap! mudah kan. Mudah, ringkas dan sedap yang paling penting berkhasiat. Sup ayam lada hitam ni boleh dimakan begitu sahaja panas-panas, kalau nak makan dengan nasi pun tiada masalah.
Setiap kali makan di kedai makan Siam, tak sah rasanya tanpa memesan telur dadar sebagai pelengkap. Namun peliknya, bukan seperti biasa, telur dadar yang dihasilkan ini terlebih rangup dan cukup sedap.
Rupanya ada resipi khas untuk pastikan sedap dan rangup. Perkongsian seorang pengguna Tik Tok, @nurulyaacOb ini kena cuba. Memang lain dari yang lain!
Untuk anak yang masih kecil, kebanyakan ibu biasanya tidak yakin untuk memberi kudapan yang dibeli di pasaran. Walaupun sudah dinyatakan bahan-bahan yang digunakan dalam proses pembuatan kudapan di packaging, masih ada rasa ragu-ragu untuk memberinya kepada si manja.
Lebih baik jika ibu boleh buat sendiri apa saja jenis snek untuk anak menggunakan ramuan semula jadi yang pastinya lebih sihat.
Sekiranya anak anda sukakan labu, bolehlah cuba resipi ini. Tidak sukar untuk dibuat dan rasanya juga berlemak, pasti digemari anak. Resipi biskut labu versi bayi ini dikongsikan oleh Farisha Sofea di laman Facebooknya.
Berikut bahan-bahan serta cara membuat biskut labu;
*BISKUT LABU VERSI BABY*
Bahan-bahan: 250g mentega tanpa garam 3/4 cawan labu (dah direbus & dilenyek) 2 sb madu (1 tahun ke atas) 1 sb krim keju 2 1/4 cawan tepung gandum tanpa bahan peluntur 2 1/4 cawan tepung jagung
Cara-cara: 1. Pukul mentega sehingga kembang dan gebu. Masukkan labu, madu dan juga krim keju. Pukul sebati. 2. Masukkan pula bahan tepung. Masukkan sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh. 3. Tidak perlu habiskan semua tepung jika adunan sudah menjadi doh. Canaikan doh mengikut ketebalan yang diinginkan. 4. Kemudian terap menggunakan acuan / bentukkan mengikut citarasa masing-masing. 5. Susunkan di dalam loyang pembakar yang telah dioles dengan sedikit minyak. Ulang proses sehingga selesai . 6. Panaskan oven. Bakar pada suhu 180C selama 25 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing. 7. Setelah masak, sejukkan seketika sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Labu mempunyai kandungan serat yang baik untuk membantu sistem penghadaman bayi. Jika diambil dalam kuantiti terkawal, ia dapat membantu mengelakkan sembelit. Warna kuning pada labu adalah disebabkan komponen beta karoten dan vitamin A yang berfungsi menjaga kesihatan mata.
Labu mempunyai tryptophan yang membantu penghasilan serotonin. Ia dikaitkan dengan bahan kimia yang berkait dengan rasa gembira dan ketenangan. Dengan pengambilan labu, ia membantu bayi untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan lebih lena.
Di dalam labu juga terkandung vitamin C yang baik untuk membantu bayi diserang demam selesema serta menguatkan sistem imunisasi mereka. Labu mempunyai kalsium dan magnesium yang sangat penting untuk pertumbuhan tulang yang baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menu simple dengan gabungan ikan rebus atau kukus dengan sos pedas antara menu yang pastinya membuatkan kita makan bertambah. Lagi lagi bila gabungannya pedas menyengatkan yang membangkitkan selera.
Nak cara kelainan dan makan nasi bertambah-tambah jom cuba resipi padu Ikan Siakap Rebus Thai yang dikongsikan oleh Zat Hernani ni. Memang padu!
Hari ni Mommy Zat masuk dapur siapkan menu Ikan Siakap Rebus Thai. Sambil layan hujan-panas-hujan panas.
Ada 2 cara :- 🔺Kukus/Rebus semua bahan sekali dengan ikan. 🔺Kukus/Rebus asing untuk bahan sos/kuah & ikan.
Mommy rebus buat kuah asing je hari ni. Cumanya nanti isi ikan dan kesedapan kuah thai pedas & masam manis tu tak betul-betul mesraaaa. Opss. Kecur air liur. Sedap weh! Kalau nak sekalikan semua, part asam limau nipis tu kita masukkan akhir sekali. Baru tak rasa pahit.
Resepi dan gambar di sertakan sekali. Takde video sebab nak cepat makan. Hahaha. Hujan-hujan gerimis ni perut cepat lapar tau. Enjoice & happy cooking!
Ikan Siakap Rebus Ala Thai
Bahan-bahan:
Ikan siakap
Tomato ceri
Limau nipis
Daun ketumbar
Cili merah & cili hijau
Bawang putih
Sos ikan Thai
Sos cendawan
Air asam jawa
Kicap cair
Garam
Perasa
Serbuk limau nipis
Gula kabung
Rebus ikan dengan sos kicap cair. Letaklah akar daun ketumbar. Tak letak pun tak apa. Saya guna kaedah rebus. Tak kukus sebab pengukus tak ada yang kecik. Huhu. Kalau kukus lagi sedap lah kan.
Dah selesai rebus, tos ikan. Angkat hati-hati kasi cantikkk punya.
Amik air rebusan ikan tadi dan campurkan dengan semua bahan.
Masukkan cili merah, cili hijau dan bawang putih yang dikisar kasar. Biji cili tu boleh buang awal kalau tak nanti berbijik-bijik masuk perut. Bahaya. So, pandai-pandailah buang ye.
Masukkan sos ikan thai. Boleh adjust ikut citarasa.
Masukkan mushroom sauce. Sos cendawan ni wangi sangat! Ada di jual di pasar basah. Jarang jumpa kalau kat mall. Biasanya orang Thailand akan guna waktu pesta makan sayur. Masukkan sos ni ke dalam kuah sup ouh sedapnya.
Masukkan air asam jawa.
Masukkan semua bahan. Kalau nak lagi sedap, boleh lebihkan ikut citarasa masing-masing.
Masukkan semua sekali. Limau nipis tu perahlah nak banyak mana pun. Ouh kecur air liurku.
Daun ketumbar tu boleh je nak hiris pendek terpulang kepada korang. Pendek, panjang, nipis pun bolehh aja asalkan masuk mulut, kunyah dan kenyang!
Ni ha rupa dia sebelum kita tuang ke atas ikan. Biji cili tu buang la yee. Risau pulak tengok biji banyak. Tapi dah bercampur-gaul dengan chopped bawang putih. Haha. Okay next!
1, 2, 3 tuang!
Ni ha rupa jelitawan kita hari ni. Looks sooo Yummy! Daun ketumbar tu boleh hiris nipis kalau takmau nampak cacat.
Sodap haihhhh. Makan pulak dengan nasi panas. Adudududuu menambah-nambah pulak hari ni.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran cahaya mata adalah detik paling membahagiakan buat seorang wanita. Namun di sebalik kegembiraan itu, ibu tetap berdepan dengan risiko kesihatan serius sekiranya tidak diberikan pemantauan yang rapi.