Selain dohnya yang gebu dan sedap, inti tart nenas juga memainkan peranan. Resipi tat nenas yang dikongsikan chef media sosial, Azlina Ina ini bukan biasa-biasa. Intinya penuh dan padu.
Nak buat macam mana? Azlina Ina tak lokek berkongsi resipi bahkan siap tip untuk semua. Padu!
Resepi ni mak bagi memang untuk di tiru dan dibuat jual. Untuk pengetahuan tart nenas double gemok ni dah terjual beratus ribu bekas dan kami buat by hand made bukan kilang. InshaAllah kalau dah terjual banyak makna nya sedap la tu kan alhamdulillah.
Kat sini mak bagi resepi yang sukatan dia tak perlu double ulang banyak kali sesuai kalau korang nak buat niaga ramadhan ni.
Resepi tart nenas double gemok. Resepi versi niaga.
Bahan-bahan:
500g pure butter tatura salted
5 sudu besar susu pekat
1/2 cwn gula pasir halus (kalau tak suka doh manis kurang kan gula)
3 biji kuning telur sahaj (saiz A atau B)
Sedikit pewarna kuning lemon
Sedikit esen vanila
4 sudu besar minyak sapi
1/2 cwn susu tepung *
1 sudu besar tepung beras *( kalau suka jenis rangup bukan gebu)
2 sudu besar tepung custard *
1 cwn tepung jagung
6 cwn tepung gandum cap rose ( ayak )
Untuk sapuan kuning telur lepas menggulung tart tadi
– 5 biji kuning telur
– 1/2 cwn susu segar
– sedikit pewarna kuning lemon
Jenis jem yang sedap, pilih tulisan premium AAA. Antara jenama yang sedap Yusof taiyob dan Youyie
2. Ayak bahan bertanda * dan masukkan dalam adunan tadi. Kacau rata.
3. Tambah tepung jagung, kacau lagi.
4. Last tambah tepung gandum yang dah diayak sikit-sikit sambil uli guna tangan sampai doh lembut tak lekat di tangan & boleh dibentuk. Berhenti tambah tepung ok.
5. Terap doh letak inti, gulung cantik-cantik, susun dalam dulang, lapik dulang dengan baking paper supaya tak lekat bila dah siap bakar nanti.
6. Sapu kuning telur pada permukaan tart.
Ads
7. Panaskan oven set suhu 170-180°c masa 20-30 minit atau sampai masak. Ikot suhu oven masing-masing ye.
8. Dah masak biar sejuk dulu baru susun dalam balang.
Tip Perlu Tahu!
* Tips gentel inti jem nenas supaya tak lekat di tangan.
* Simpan sekejap jem dalam peti, sebelum gentel inti sapu minyak kat tapak.
Ads
* Tips gentel jem bia nampak gemok bukan gentel bujur tapi bulat.
* Tips sapuan kuning telur cantik berkilat, masuk kan sedikit minyak masak dalam sapuan kuning telur. * Tips tart tak berkulat, bakar suhu rendah dan masa panjang kan.
* Tips tart tak berkulat, pilih inti nenas colour coklat lebih pekat sebab kalau colour kuning pucat pengeluar guna nenas muda dan tart mudah berkulat sebab inti banyak air dan gula sebab nenas muda tak manis tawar.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada tak penggemar wantan dekat sini? Kalau ada ini salah satu resipi wantan goreng yang anda semua boleh nikmati sebab resipi kali ini sangatlah mudah.
Intinya kita gunakan crabstick sebagai bahan utama. Rasa yang rangup dari kulit wantan, rasa creamy dari cream cheese, flavorful dari sos kewpie dan manis dari crabstick cukup lengkap! Jom cuba resipi dari saudari nrlchyain ini.
Bahan-bahan:
Kulit wantan
Crabstick (dipotong kecil)
Sos Kewpie (Spicy)
Daun bawang
Cream cheese
Mozarella cheese (pilihan)
Minyak
Cara Penyediaan:
Campurkan crabstick, sos kewpie, daun bawang dan cream cheese. Gaul rata.
Sapukan loyang kecil dengan minyak, letakkan kulit wantan dan skop inti ke dalamnya.
Hiaskan atasnya dengan keju mozarella dan masukkan ke dalam air fryer atau oven 170 darjah celcius selama 8 minit.
@nrlchyain Bosan hidangkan kuih raya bila tetamu datang beraya dekat rumah? Apa kata raya tahun ni korang impresskan tetamu korang dengan Raya Wonton Cups Crab Stick Cheesy menggunakan KEWPIE Hot Spicy Dressing, memang ngam betul rasa pedas and creamy 😍 Sedap gilaa jangan sampai tetamu korang tak nak balik sudah😝 Korang nak tahu my colour raya theme this year? You all boleh try teka kot hehe, it is the colour of KEWPIE Hot Spicy Dressing ~ Yess, it is yellow orange! Semua teka betul tak tu? BTW, korang comment packaging KEWPIE mana yang korang rasa paling ons dan macam mana ia mewarnai Raya korang tahun ni✨5 lucky pemenang will be selected! Mana boleh dapatkan product KEWPIE di supermarket terdekat anda atau hanya klik di Shopee & Lazada! #AColourfulRayaBersamaKewpie#RiangRayaKewpieBergaya#KewpieMalaysia♬ Raya Cun – Elizabeth Tan
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Dah siap dah! senang kan? selamat mencuba semua
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berbanding bahagian dada ayam, anak-anak lebih suka pada bahagian yang bertulang seperti kepak ayam, paha dan sebagainya. Sudahnya bahagian isi ayam dibiarkan begitu sahaja. Bagi mengelakkan pembaziran berlaku, resipi yang satu ini patut anda cuba untuk diberikan kepada anak-anak yang masih kecil, berusia dua tahun ke bawah.
Resipi yang dikongsikan oleh Puan Umairah Jamaah ini bolehlah dijadikan finger food untuk anak makan sebagai snek di waktu petang. Bukan anak sahaja, sambil layan depan televisyen, sesisi keluarga pun boleh makan. Jom cuba!
Isi ayam yang terabai. Jom jadikan kudapan seisi family. Dekat rumah ini. Selalunya isi ayam kurang peminat. Boleh dikatakan tiada peminat pun iya jugak. Kesian ‘mereka’ hahaha.
Ok, hari ini kita jadikan mereka terkenal dan diminati ramai. Jaga-jaga cik yam. Cewah. Tanpa melengah-lengahkan masa. Sebagai mak-mak yang tak suka membazir bahan mentah yang sedia ada. Jom kita jadikan sumber protein ini sebagai ‘finger food’ anak-anak.
Bahan-bahan yang diperlukan bahan mudah saja.
4-5 ketul isi ayam -dipotong dadu
1/2 batang lobak merah -disagat
Daun sup
1 sudu lada sulah
1-2 sudu tepung ubi
2 biji telur (bergantung juga pada saiz)
Sebiji bawang merah -dipotong dadu
Seulas bawang putih
Garam secukup rasa -untuk hidangan anak-anak atas 2 tahun sahaja.
Dah tunggu apa lagi. Bahan semua dah siap sedia. Ayuh kita ke dapur.
Bahan-bahan yang Kak Mai gunakan.
Masukkan bawang merah, bawang putih, telur dan isi ayam.
Bahan yang dikisar tadi. Masukkan ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan pula lobak merah, daun sup, lada sulah dan 1-2 sudu tepung ubi. #Garam untuk anak-anak atas 2 tahun sahaja.
Gaulkan rata adunan. Gitu caranya.
Masukkan ke dalam bekas untuk dikukus. Oleh permukaan bekas dengan minyak terlebih dahulu.
Semerbak wei bau masa dikukus. Kukus selama 20-30 minit. Dah betul-betul masak. Angkat dan sejukkan.
Keluarkan dari loyang tadi. Potonglah ikut suka kau orang. Nak terus makan begini pun boleh tau. Kak Mai simpan baki ke dalam tupperware. Kemudian ‘frozen’kan. Dalam erti kata lain kita bekukan.
Nak goreng sekejap pun bisa buk. Tadaaaaa. Siap untuk dimakan seisi family.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makanan yang ringkas pun sebenarnya mengenyangkan. Nak dibuat pun mudah, rasa pun sedap. Murtabak mi segera juga sesuai dibuat untuk seisi keluarga. Anak-anak juga pasti akan sukakan rasanya.
Eniza M.Salim telah berkongsi resipi mudah untuk membuat murtabak mi segera dan boleh dimasak di dalam air fryer sahaja.
Murtabak Maggi.. bakar guna AF. Mudah dan cepat
RESEPI MURTABAK MAGGI (Airfryer)
👇 Bahan-bahan: 1 paket maggi perisa kari 4 biji telur 1 biji bawang besar (potong dadu) 1 batang sosej (rebus skejap) 1 keping daging burger(rebus) Sedikit hirisan kobis Sedikit hirisan cili Sedikit potongan daun bawang Garam jika perlu/maggi secukup rasa 2 keping keju
Cara penyediaan: 1. Pecahkan 4 biji telur kedalam besen. Masukkan perencah maggi kari dan sedikit air, kacau sebati. Masukkan hirisan sosej, daging burger (yang telah direbus terlebih dahulu dan dicincang kecil), kobis, bawang, daun bawang dan cili. Perasakan dengan secubit garam. 2. Rebus mee maggi sampai lembut (toskan airnya). 3. Masukkan mee maggi ke dalam bahan-bahan tadi, kacau sampai sebati. 4. Sediakan cup acuan dan masukkan bancuhan maggi tadi ke dalam cup acuan. Ambil 2 keping keju dan dipotong kecil dan letak di atasnya. Kemudian masukkan ke dalam airfryer. 5.Bakar suhu 180 darjah selsius, selama 10 minit atau sehingga masak sekata. **(Bergantung pada airfryer masing-masing).
**Bila dah masak,keluarkan dari acuan,sedia utk dihidang.makan bersama sos cili atau bersama bawang jeruk. Resepi ni boleh buat 8-9 bekas. Kalau nak buat banyak, gandakan.
Selamat mencuba 👌
Selain menggunakan sosej, boleh digantikan dengan isi ayam yang telah dicincang. Untuk bayi pula, boleh gantikan mi segera dengan makaroni dan perasakan dengan serbuk cendawan. Resipi ini biarpun ringkas, ia tetap mengenyangkan. Bukan saja sedap dimakan dengan jeruk bawang, boleh juga dinikmati dengan sos cili.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.