Sebut sahaja tentang Aiskrim Malaysia tentu ada yang terus terkenang memori ketika zaman kanak-kanak. Memang boleh dikatakan hari-hari akan makan aiskrim selepas pulang dari sekolah. Maklumlah harganya murah, 20 sen sahaja.
Namun jika ingin lebih puas hati, selalunya buat sendiri sahaja memandangkan tidak susah pun untuk membuatnya dengan pelbagai perisa seperti aiskrim milo, aiskrim asam, aiskrim bandung dan pelbagai lagi.
Pun begitu seiring peredaran masa, Aiskrim Malaysia dilihat begitu lebih bervariasi dan premium rasanya. Ini seperti mana perkongsian resipi aiskrim berperisa dengan filling cream cheese yang dikongsikan oleh Nurul Zainuddin.
Menurutnya disebabkan keenakan rasa aiskrim tersebut, aianya mendapat permintaan ramai dan sekali gus telah mendatangkan rezeki buatnya sekeluarga.
Aiskrim Berperisa Filling Cream Cheese
Bahan-bahan yang diperlukan :
2 tin susu cair
2 tin susu pekat
Ads
10 tin air masak
Sedikit garam dan gula
Emulco (apa jenis perisa yang korang suka, contohnya emulco pandan untuk aiskrim pandan cheese)
1.Masak 10 tin air bersama 2 tin susu pekat dan 2 tin susu cair. Kacau sehingga sebati.
2.Letak sedikit garam dan gula untuk dapatkan rasa lemak manis.
Ads
3.Masak sehingga mendidih, kemudian asingkan bancuhan susu untuk diletakkan emulco/perisa. Bancuhan ni banyak ya, boleh pelbagai perisa yang korang suka.
5.Satukan 500 gram cream cheese bersama 2 sudu susu pekat dan putar atau kacau sehingga kembang. Dah siap, masukkan cream cheese ni dalam piping bag, picit masuk ke dalam plastik aiskrim.
6.Jangan lupa ratakan cream cheese cantik-cantik dalam plastik tu.
7.Bila susu dah sejuk, boleh la mula memintal.
Anggaran aiskrim yang dah siap nanti 50 hingga 60 batang mengikut saiz plastik yang korang guna.
Resipi Apam Lenggang mungkin kedengaran asing bagi sesetengah orang. Namun apam yang satu ini cukup popular di utara tanah air. Ringkas bahannya malah senang disediakan.
Resipi ringkas perkongsian Fidayah Faizul ini memang sedap. Jom cuba!
Apam lenggang petang ni. Nak sedap hampa cicah dengan sambai ikan bilih, cenggini.
Air 1 cawan(boleh tambah kalau kurang, ni aggaran agak-agak saya)
P/s:Kalau nak buat banyak boleh gandakan bahan tau. Yang kami buat ni dapat dalam 10 biji macam tu.
Campur semua bahan gaul sebati dan biarkan antara 1-2 jam. Bancuhan tak terlalu pekat, tak terlalu cair. Agak-agak tau hampa.
Lepas tu boleh la lenggang dalam pan. Kalau ada non stick lagi senang tak payah letak minyak dah. Lenggang macam nak buat lempeng tu. Dah agak garing bahagian bawah boleh gulung dan angkat.
Kami tutup masa masak tu, cepat sikit.
P/s: Mak kami pesan, kalau nak buat esok pagi, malam sebelum nak tidoq boleh dah bancuh tapi santan jangan letak lagi. Santan letak esok pagi masa nak mula buat.
Tapi kena bancuh dalam bekas besaq sikitla. Nanti dia kembang abih melimpah.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anda ingin memberikan buah untuk bayi tetapi perlukah dimasak dahulu buah tersebut? Atau boleh diberikan secara mentah?
Sama ada anda perlu masak makanan pejal seperti sayuran atau buah untuk bayi, ia adalah bergantung sepenuhnya kepada tahap perkembangan mereka.
Adakalanya ia ditentukan oleh jenis spesifik sayuran atau buah yang ingin diberikan kepada si manja.
Bersediakah si manja untuk makanan pejal?
Umumnya, bayi yang berusia sekitar 6 bulan sudah bersedia untuk menerima makanan pejal pertamanya.
Pada tempoh ini, sistem pencernaan si manja sudah menghasilkan enzim yang diperlukan untuk menyempurnakan proses pencernaan.
Anda juga boleh mengetahui tanda-tanda anak bersedia untuk makan jika dia:
-Sudah boleh mengangkat, menahan dan mengawal kepala
-Boleh duduk secara stabil walaupun masih memerlukan sokongan
-Tidak lagi menolak makanan dengan lidahnya – tongue thrust reflex – refleks ini secara automatik mengeluarkan makanan daripada mulutnya untuk mengelakkan tercekik
-Mula menunjukkan minat untuk mencuba makanan
-Sayuran & buah untuk bayi perlu ke dimasak dahulu?
-Kebanyakan pakar pemakanan kanak-kanak akan menyarankan masak makanan pejal seperti sayuran atau buah untuk bayi sehingga mereka berusia 8 bulan.
Walau bagaimanapun, buah seperti pisang dan avokado diberikan pengecualian dalam situasi ini.
Tetapi kenapa perlu masak makanan pejal yang akan diberikan kepada bayi?
Ini kerana proses memasak sayuran dan buah-buahan akan memecahkannya dan memudahkan proses pencernaan bagi perut bayi yang belum matang.
Bayi yang berusia 8 bulan ke atas mampu mengendalikan serat dan gula daripada sayuran atau buah yang mentah berbanding bayi yang baru mencuba makanan pejal.
Kulit sayuran dan buah untuk bayi perlulah sentiasa dikupas terutamanya jika mereka berusia di bawah 8 bulan.
5 sebab perlu masak makanan pejal
Mesti anda tertanya-tanya mengapa makanan pejal perlu dimasak terlebih dahulu, bukan? Ini adalah sebabnya:
Mengurangkan risiko tercekik
Kebanyakan sayuran dan buah mentah boleh menyebabkan bayi tersedak dan tercekik. Sudah tentu ia bahaya.
Sebagai contoh lobak merah, dalam keadaan mentah ia sangat keras melainkan bayi anda sudah mempunyai gigi geraham untuk memudahkannya menggigit dan mengunyah.
Sebaliknya, lobak yang sudah dimasak, pastinya lebih lembut dan boleh dijadikan finger food kepada si manja.
Pencernaan
Seperti dinyatakan pada awal tadi, sayuran dan buah yang mentah mungkin sukar untuk dicernakan oleh bayi berbanding yang sudah dimasak.
Keadaan ini disebabkan makanan segar dan mentah mengandungi zat dipanggil selulosa. Sistem pencernaan akan mengesan bahan ini sebagai produk buangan – kesannya ia mungkin akan memberikan masalah cirit-birit kepada bayi.
Reaksi alahan
Ada yang menyarankan jika memasak sayuran dan buah untuk bayi dapat mengubah protein yang terdapat di dalamnya.
Proses itu akan membantu mengurangkan kecenderungan untuk berlaku reaksi alahan pada bayi.
Pencemaran
Kebanyakan ibu bapa berasa lebih selamat untuk memberikan bayi makan makanan yang sudah dimasak kerana proses tersebut memusnahkan kebanyakan bakteria pada makanan.
Pastinya ia sesuatu yang benar dan perlu dititikberatkan bagi mengelakkan timbulnya isu keracunan makanan pada si manja.
Rasa
Sesetengah sayuran dan buah akan memberikan rasa yang sedikit berbeza setelah dimasak.
Buah yang mempunyai rasa agak masam seperti plum atau pic pastinya boleh mendatangkan kejutan kepada bayi anda.
Jenis buah untuk bayi yang boleh diberikan
Hampir kesemua buah yang terdapat di pasaran boleh diberikan kepada si manja jika ibu bapa mengambil berat cara penyediaan yang betul.
Berikut disenaraikan beberapa jenis buah yang paling kerap diberikan kepada si kecil.
Namun anda juga boleh mencuba untuk memberikan buah lain yang tidak termasuk dalam senarai di bawah.
Tidak dinafikan kebanyakan kanak-kanak tidak gemarkan sayur, malahan ada juga individu dewasa begitu.
Walau bagaimanapun, pada tempoh ini adalah waktu bagi si manja mencuba pelbagai jenis rasa dan tekstur buat pertama kalinya. Jadi biarkan mereka merasainya tanpa membuat sebarang penghakiman.
Jika si kecil membuat sebarang reaksi pada wajahnya, ia bukan bermakna mereka tidak menggemarinya.
Bayi biasanya memerlukan percubaan dan pendedahan makanan yang sama untuk beberapa kali sebelum dapat menerimanya.
Apa sahaja jenis sayuran boleh dicuba untuk diberikan.
Perkara mudah
Ada ibu bapa yang rasa renyah untuk masak makanan pejal bagi bayi? Anda silap, pada dasarnya ia tidaklah serumit yang anda sangkakan.
Dengan peralatan penyediaan yang betul; mesin pengisar atau pemproses makanan yang baik, tugas menyediakan makanan boleh menjadi mudah dan menjimatkan. Cubalah!
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lagi duaminggu nak raya, sesuai dah untuk kita mula buat kuih raya. Jadi hari ini Pa&Ma nak kongsikan resepi kuih raya paling mudah dan jimat hasil perkongsian saudari Rosienunaa , boleh buat biskut Semperit Susu guna 3 Bahan je, jimat dan confirm sedap!
“dari 2018 Kak Ena jual biskut guna resepi ni”
Sumber: Rosienunaa
“Cair di mulut”
Bahan-bahan
250 gram mentega
1/2 tin susu pekat
400 gram tepung jagung
Cara-cara
1. Gaul mentega dan susu pekat sampai sebati
2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit. Jangan masuk sekaligus ye
3. Uli doh sampai tak melekit di tangan
4. Warna semperit ni boleh adjust sendiri ikut citarasa pakai food coloring ye
5. Tekan guna acuan semperit corak kelopak 9
6. Hiaskan dengan topping. Boleh guna ceri atau chocochip
7. Bakar suhu 170C selama 25 – 30 minit
Dah siap! Selamat mencuba. Semperit susu cair di mulut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.