Sebut sahaja aiskrim, melompat anak suka. Begitunya hebatnya penangan makanan yang satu ini. Pun begitu acapkali membeli aiskrim diluar yang tinggi kandungan gulanya buat hati rasa risau. Ada baiknya kita cuba buat sendiri aiskrim untuk anak-anak dirumah.
Tak payah pening dan susah hati bila, jom cuba resipi aiskrim versi sihat yang dikongsikan oleh Pn Widyana Ali. Bukan saja tiada kandungan gula malah hanya gunakan empat bahan saja. Simple dan sedap.
Resepi aiskrim sihat. Senang je. Alhamdulillah anak-anak suka sangat.
Company aiskrim tak suka orang ramai tahu resepi ni sebab boleh menjejaskan jualan aiskrim diorang. Texture aiskrim guna resepi ni lebih kurang sama dengan aiskrim di supermarket yang penuh dengan bahan kimia tu.
Bahan-bahan:
5-6 biji pisang*
Satu cawan buah strawberries
Satu cawan yogurt plain
Sedikit madu
*saya guna pisang kapas, tapi pisang lain pun boleh juga rasanya.
Ads
1. Pisang dan strawberries dibekukan dahulu.
2. Kisar pisang, strawberries, yogurt dan sedikit madu menggunakan food processor. Kalau tak ada food processor, guna blender pun boleh tapi kena buat sikit-sikit.
Ads
3.Lepas tu masukkan ke dalam bekas. Boleh tambahkan potongan buah strawberries dalam adunan.
3. Bekukan aiskrim semula kisaran lebih kurang masa 2-4 jam.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Widiyana Ali
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keputusan kerajaan untuk membuka semula Taska demi memastikan ibu bapa dapat kembali bekerja sepenuhnya bukanlah satu keputusan yang mudah dilakukan. Namun demi memastikan ibu bapa dapat bekerja dengan tenang tanpa memikirkan keselamatan anak-anak dan bimbangkan risiko terdedah kepada wabak yang melanda negara kita, SOP lengkap dikeluarkan untuk panduan pemilik taska dan tadika.
Namun kerisauan pastinya masih tetap ada bagi semua ibu bapa. Begitu juga dengan pengusaha taska yang mengambil satu tanggungjawab yang besar dalam memastikan hal ini berjalan lancar. Menurut kata Puan Liyana Nazli, pemilik Atfal Jannah Kuantan & Kemaman – Pusat Intervensi Awal Kanak-Kanak, membuka semula Taska bukanlah satu tindakan yang mudah.
Bukan hanya dengan SOP yang ketat bahkan ia tanggungjawab bersama dalam memastikan anak-anak selamat di samping ibu bapa juga dapat kembali bekerja dengan tenang tanpa memikirkan anak-anak. Sebagai pengusaha Taska, ini yang dikongsikan oleh beliau demi memastikan anak-anak di Taska bebas risiko.
Done with AJ Kuantan today!
Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian oleh pengusaha pusat jagaan ialah meminimakan peralatan dan perabot yang digunakan sepanjang operasi. Untuk mengurangkan risiko pencemaran serta memudahkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi harian.
Dalam SOP semua permukaan perabot dan lantai perlu disanitasi sekurang-kurangnya dua kali sehari (pertukaran sesi pagi ke petang dan sebelum pulang). Jadi semua peralatan yang sukar untuk disanitasi teacher simpan dahulu buat sementara waktu, antaranya seperti: – ball pool – karpet – floor mats
Peralatan lain yang digunakan berkala disimpan dalam almari tertutup dan berkunci. Teacher minta terapis rekod peralatan pembelajaran yang digunakan oleh individu pelajar setiap hari, sanitasi selepas digunakan dan disimpan di tempatnya semula. Aktiviti seperti permainan yang melibatkan kumpulan tidak dijalankan buat sementara waktu.
Perabot pun diminimakan. Hanya yang betul-betul digunakan saja ada di ruang aktiviti dan dilabelkan dengan nama pelajar yang menggunakannya.
Ha, bukan mudah nak buka semula pusat jagaan selepas tempoh PKP… InsyaAllah moga selamat semuanya. Faiza azamta fatawakkal ‘alallah!
Kebimbangan Tetap Ada
Pa&Ma sempat bertanyakan kebimbangan serta pematuhan SOP yang seharusnya dipatuhi Taska demi memastikan anak-anak terjamin keselamatan mereka. Sesungguhnya banyak usaha yang perlu dilakukan oleh pihak Taska demi memastikan semua ini berjalan dengan baik. Malah ia juga menjadi tanggungjawab bersama, baik pihak Taska begitu juga dengan ibu bapa dalam memastikan anak-anak selamat.
Bagaimana kebimbangan dan kesediaan pihak taska untuk membuka semula taska?
Sebagai pihak taska memang ada rasa bimbang sebab pematuhan SOP ini melibatkan semua pihak. Bukan sahaja daripada pihak TASKA. Kami sangat berharap ibu bapa juga dapat mematuhi SOP seperti yang ditetapkan supaya keselamatan semua orang terjaga. Tetapi melihatkan SOP yang ketat dan terperinci, sepatutnya memang selamat saja untuk TASKA yang mengikuti SOP untuk menerima pelajar. Mungkin ada sesetengah TASKA yang akan menghadapi masalah untuk mematuhi kerana kekangan ruang dan tenaga kerja.
Sejauh mana Taska memastikan SOP berjalan lancar?
Dalam pematuhan SOP sebagai pemilik TASKA, perlu pastikan kakitangan faham prosedur dan mengapa langkah-langkah tersebut perlu dijalankan. Kakitangan perlu dilatih supaya segala prosedur berjalan lancar. Selain daripada itu memang perlu terangkan kepada ibu bapa mengapa setiap langkah dalam SOP itu perlu dipatuhi untuk keselamatan semua yang terlibat.
Tak boleh ambil mudah. Kedua-dua pihak kakitangan TASKA dan ibu bapa kedua-duanya perlu tandatangan borang akuan pengisytiharan kesihatan untuk declare bebas risiko Covid. Sebarang ketidaktepatan maklumat boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Bagaimana meyakinkan semula ibu bapa untuk hantar anak?
Memang susah nak yakinkan ibu bapa. Jika mereka ada pilihan untuk menjaga anak sendiri di rumah, tak ada masalah. Kita tak paksa ibu bapa untuk hantar anak, malah lebih bagus sekiranya ada sebahagian daripada ibu bapa yang ada alternatif jagaan yang lain untuk memberi peluang kepada yang benar-benar memerlukan khidmat jagaan daripada TASKA. Apabila jumlah kanak-kanak berkurang, pematuhan SOP tu lebih baik.
Tambah di peringkat awal ni masing-masing baru nak biasakan diri dengan norma baru, perlukan latihan dan peringatan. Secara berperingkat, kita boleh buka operasi dengan kapasiti kanak-kanak seperti biasa apabila semuanya telah terlatih dengan norma baru. Sebagai pemilik TASKA kita kena tunjukkan komitmen kita untuk pematuhan SOP untuk meyakinkan ibu bapa.
Pesanan saya, dalam menghalang penularan wabak Covid memang tanggungjawab semua orang. Masing-masing ada peranan masing-masing, jadi perlu beri kerjasama yang sepenuhnya. InsyaAllah moga kita semua sentiasa dalam pemeliharaan Allah dan dijauhi dari wabak Covid 19.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang masalah bila anak tak mahu makan nasi. Pening juga dibuatnya bila langsung tidak mahu menjamah nasi, lauk dan sebagainya. Jadi bagaimana khasiat nak diperolehi. Tak gitu?
Dalam keadaan yang semacam ni, ada baiknya mama tampil kreatif lebih daripada biasa. Tak mengapa asalkan anak mahu menjamah. Selit-selitkanlah sayuran dan protein buat anak-anak kita.
Boleh juga hasilkan resipi sedap dan kreatif yang dikongsikan oleh Norazlin Abd Rahman ini di facebooknya. Nampak mengiurkan dan paling penting banyak khasiatnya pada anak kita. Jom cuba.
Makanan lengkap sesuai untuk anak-anak yang susah nak makan nasi dan sayur. Semua dah ada dalam sebiji tart ni. Ringkas, cepat, mudah dan sedap.
Senang je cara nak membuatnya. Anak-anak kita pun boleh sama-sama sediakan. Bonding pun makin kuat.
Masukkan roti ke dalam acuan, kemudian tekan-tekan bagi padat.
Tabur mix vege pasta yang telah direbus terlebih dahulu.
Susun sosej yang telah dipotong.
Last sekali masukkan susu ke dalam roti tadi. Susun slice chesse dan taburkan mozzarella.
Panaskan oven terlebih dahulu, bila dah panas baru masukkan ke dalam oven untuk di bakar.
Bakar sehingga garing di atas. Jangan lama sangat, nanti inti di dalam akan terlebih masak dan keras.
Tadaaa…dah siap, makan waktu panas-panas memang sedap.
KreditL Norazlin Abd Rahman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak hanya makanan berat, adakalanya anak-anak kita memerlukan menu lain dari kebiasaannya. Barulah seleranya lebih bangkit. Cucur atau roti antara gabungan yang mudah disediakan buat anak sebagai menu sarapan. Resipi ringkas yang dikongsikan oleh Mas Ayu Ibrahim ini boleh dicuba.
Ringkas dengan roti bawang putih serta telur hancur yang disadur dengan mentega ini rasanya lain daripada yang lain. Paling menarik, scramble turut dicampurkan dengan dua bahan yang membuatkan telur jadi lebih gebu. Cukup sedap! Confirm anak berselera untuk makan.
Menu breakfast cik Adwa pagi ni. Roti habis sekeping setengah, scramble egg habis dia makan. Alhamdulillah kena dengan selera anak. Saya sertakan resipi ya, mana tau ada mommies yang nak cuba untuk anak tersayang.
Bagi garlic bread, campurkan kesemua bahan kecuali roti. Kacau sebati semua bahan kemudian sapukan pada permukaan roti. Bakar atas non-stick pan.
Untuk scramble egg pula, panaskan pan, masukkan unsalted butter. Tunggu butter cair, kemudian masukkan telur. Kacau-kacau sedikit. Tambahkan susu segar dan cheese. Kacau sebati dan masak sehingga telur betul-betul masak.
Sedia dinikmati bersama garlic bread.
Noted: – Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas. – Pastikan anak tiada alergik terhadap telur, gluten & produk tenusu.
Selamat mencuba Mommies.
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.