Sayang Nasi Banyak Tak Habis, Daripada Terbuang Begitu Je Elok Dibuatkan Bubur!
Biasanya jika kita lihat ada banyak lebihan nasi pada malam hari, tentu kita akan merancang untuk sediakan nasi goreng sebagai menu sarapan. Pun begitu, sebenarnya lebihan nasi tersebut boleh juga dibuat bubur nasi yang enak.
Ini seperti perkongsian daripada Nurul Afidah Omar di mana menurutnya kebetulan ada banyak lebihan nasi kenduri di rumahnya. Jadi untuk elakkan membazir, timbul idea untuknya menyediakan menu Bubur Ayam yang enak untuk disedekahkan di masjid.
“Semalam kenduri rumah mak sedara, nasi banyak lebih… sayangnya lahai… tiba-tiba datang idea untuk jadikan bubur. Boleh sedekah dekat orang masjid. Hari ini mesti ramai dekat masjid sebab solat Jumaat. Alhamdullillah dapat siapkan.”
Jadi andai kata di rumah anda ada lebihan nasi,bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan ini.
Bubur Ayam Mekdah
Bahan-bahan
IKLAN
Lebihan nasi kenduri – 1 termos besar
Air secukupnya – pastikan nasi tenggelam dan lebihan air agak-agak sejengkal, akan ditambah ikut keadaan
Lobak merah – 10 batang potong kecil-kecil, nak senang parut je
Kiub ayam – 10 kiub
Garam – secukup rasa, agak-agak
Daun sup
IKLAN
Cili besar merah
Bawang goreng
Lebihan ayam goreng kenduri – siat-siatkan
10 biji bawang putih –dihiris halus
7 biji bawang merah – dihiris halus
IKLAN
Halia besar ibu jari – hiris halus
Cara-cara
Rebus nasi dan air sampai kembang
Masukkan kiub ayam, garam, ayam yang sudah dicarik, bawang dan halia
Selepas 2 jam tutup api dan biarkan dalam periuk yang bertutup beberapa ketika
Bila agak suam, buka balik api dan sambung rebus.
Masukkan batang daun sup yang dihiris halus dan lobak merah
Selepas sejam dah boleh tutup api
Senduk dalam bekas, tabur daun sup, cili besar dan bawang goreng. Siap untuk dimakan
Sepanjang memasak tu sentiasa rasa, tak cukup masin tambah garam atau kiub ayam. Ejas ikut selera masing-masing ye
Frittata ialah hidangan Itali berasaskan telur yang serupa dengan omelet atau quiche tanpa kerak atau telur hancur, diperkaya dengan bahan tambahan seperti daging, keju atau sayur-sayuran.
Rasanya sama sedap seperti yang dilihat, dengan tekstur yang gebu, dan rasa yang kaya dan berkrim. Sebagai bonus, kerana ia tidak mempunyai kerak tepung, ia sesuai untuk pemakan tanpa gluten.
Bosan dengan menu yang sama setiap hari, apa kata kita cuba resipi Ayam Rica-Rica ni pula untuk keluarga. Bagi yang sukakan pedas, pasti tidak keruan saat menikmati Ayam Rica-Rica ini bersama sepinggan nasi panas.
Resipi perkongsian Nurul Ateekah ini cukup mudah dan paling penting rasanya lain dari yang lain. Jom cuba!
RESEPI AYAM RICA RICA Ayam rica-rica adalah hidangan ayam panas dan pedas Indonesia. Ia terdiri dari ayam yang dimasak dengan cili padi merah dan cili padi hijau pedas.
Asal hidangan ini adalah dari masakan Minahasan Sulawesi Utara. Bagi yang menggemari pedas, boleh cuba rasa masakan nih, kegemaran saya.
BAHAN BAHAN:
1 kg ayam (dipotong) @ 9 ketul paha ayam
15 keping daun limau purut (dibuang tangkai tengah)
1 helai daun pandan muda (dipotong)
1 batang serai diketuk
4 biji bawang merah (dihiris)
3 biji bawang putih (dihiris)
Daun salam 2 helai
100ml air
Garam (jika perlu)
1 kiub ayam
BAHAN PERLU DIKISAR
2 buah keras
2 cm kunyit
2 cm halia
1 biji tomato
½ sudu kecil serbuk lada putih
Bawang merah 5 biji
Bawang putih 3 ulas
15 batang cili padi
3 batang cili merah
Goreng ayam sehingga masak. Ketepikan. Panaskan minyak dan tumis serai sehingga naik bau.
Masukkan bawang putih, bawang merah, masak sehingga layu.
Masukkan bahan yang dikisar. Masak sehingga pecah minyak.
Masukkan daun pandan, daun salam dan daun limau purut.
Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng, kiub ayam dan air.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anda risau bayi sembelit walaupun hanya minum susu ibu sahaja? Tak pasti bayi bermasalah atau tidak kerana tidak tahu tanda bayi sembelit?
Jika ini yang kerap anda fikirkan, mari lihat apa yang kami sediakan di bawah ini.
Ia mungkin boleh membantu menjawab persoalan yang berlegar dalam fikiran anda.
Adakah sembelit mudah berlaku walaupun bayi hanya minum susu ibu?
Susu ibu yang diminum oleh bayi sebenarnya amat mudah untuk dicerna.
Bahkan, susu ibu juga dianggap sebagai julap semula jadi kerana sifatnya yang mudah dicerna atau dihadam. Oleh sebab itu, sangat jarang bayi yang hanya minum susu ibu untuk mendapat sembelit.
Tetapi ia tidak bermakna kes seperti ini tidak terjadi walaupun bayi hanya minum susu ibu.
Masalah sembelit juga kerap berlaku pada bayi yang dberikan makanan lain selain susu ibu seperti susu formula dan bijirin bayi.
Tanda bayi sembelit yang ibu-ibu perlu tahu!
Perkara pertama yang ibu-ibu perlu ingat adalah kekerapan bayi membuang air besar bukanlah satu kayu ukur yang tepat jika si manja mengalami sembelit atau tidak.
Begitu juga jika anda ingin melihat sekiranya bayi anda meneran ketika membuang air besar atau tidak. Meneran tidak semestinya bermaksud si manja mengalami masalah untuk mengeluarkan najis.
Bayi meneran kerana mereka menggunakan otot abdomen untuk membantu mereka mengeluarkan najis.
Petunjuk yang lebih tepat untuk menentukan sekiranya bayi anda alami sembelit ataupun tidak adalah seperti berikut:
Bayi mempunyai perut yang tegang, ketat dan buncit
Keluarnya najis bayi yang keras
Bayi meneran dan menangis ketika membuang air besar
Bayi tidak mahu disuapkan susu
Najis keras dan berdarah
Punca-punca sembelit pada bayi
Biasanya, bayi tidak akan mengalami kesukaran membuang air besar jika hanya minum susu ibu.
Bayi akan sukar membuang air besar sekiranya telah disuapkan dengan makanan pepejal lain apabila si manja memasuki 6 bulan.
Antara jenis makanan yang boleh menyebabkan bayi mengalami masalah seperti ini ialah:
Bijirin beras: beras mempunyai sifat menyerap air yang terdapat dalam usus, yang kemudiannya menyebabkan najis menjadi keras. Oleh itu, cuba gantikan dengan jenis bijirin lain seperti oat atau barli
Susu lembu: susu lembu seperti susu formula juga boleh menyebabkan bayi anda mengalami sembelit
Buah pisang: buah pisang juga boleh menyebabkan masalah membuang air besar pada bayi. Jika anda ingin memberikan pisang pada bayi anda, kisarkannya sehingga menjadi halus untuk dijadikan puri pisang
Kurang minum air: cuba untuk kerap menyusukan anak anda sebelum mula menyuapkan makanan pepejal kepada mereka. Kandungan cecair yang mencukupi dalam tubuh bayi boleh membantu memudahkan bayi untuk mengeluarkan najis
Sakit: sebagai contoh, apabila bayi anda mengalami selesema, ia boleh mengurangkan selera makan bayi anda. Apabila hidungnya tersumbat, maka bayi akan berasa tidak selesa dan kurang menyusu. Kurang susu bermakna kurangnya cecair dalam tubuh sehingga boleh menyebabkan sembelit berlaku
Tekanan: percaya atau tidak, bayi juga akan sukar membuang air besar jika dia mengalami tekanan akibat ketidakselesaan yang dialaminya. Ini termasuklah jika anda membawa si manja pergi melancong atau berada dalam persekitaran yang panas
Saya risau sebab bayi saya tidak buang air besar dengan kerap!
Kekerapan buang air besar bukanlah satu petunjuk yang tepat untuk menentukan sama ada si manja mengalami sembelit atau tidak.
Ibu bapa tidak perlu risau jika bayi tidak membuang air besar dalam beberapa hari.
Asalkan bayi anda masih dapat kentut atau membuang angin, selain membuang najis yang lembut selepas beberapa hari.
Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
Walaupun susu ibu tidak mengandungi kandungan serat, namun ia mengandungi kandungan prebiotik yang banyak. Prebiotik ini sangat baik untuk tubuh badan bayi terutamanya untuk usus bayi.
Prebiotik bertindak agar usus bayi dapat berfungsi dengan baik dan juga lancar yang membantu bayi untuk membuang air besar tanpa sebarang masalah seperti sembelit.
Oleh itu, walaupun si manja mungkin tidak kerap membuang air besar, tetapi dia sebenarnya sihat dan tidak mengalami sembelit seperti yang anda risaukan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!