Bagi penggemar roti ban, roti dengan inti krim yang penuh sememangnya membuatkan suapan ke mulut terasa lebih bermakna. Apa lagi bila inti krimnya merupakan krim yang lemak, manis dan cukup lengkap rasanya.
Inti krim homemade yang dikongsikan oleh Fierah Zulaikha ini sememangnya lain daripada yang lain. Bukan hanya berkongsi resipi inti krim pelbagai rasa bahkan turut dikongsikan dengan roti ban manis yang terlihat cukup lembut dan gebu. Hujung minggu ini apa kata anda mencuba resipi roti yang satu ini. Nampak cukup sedap!
Saya kongsikan resepi krim roti bajet. Mudah jimat. Resepi ban manis di bawah.
Bahan-bahan:
500gm marjerin pelangi atau puteri
200gm gula halus -blender halus
Sedikit esen vanila
Untuk perisa -boleh guna emulco
Untuk coklat -saya guna emulco coklat
Jagung -saya guna emulco, kordial jagung dan esen jagung
Putar marjerin dan gula hingga putih dan kembang sedikit.
Resepi Ban Manis (Resipi untuk 500g):
Telur ikut suka nak letak pun boleh, tak nak pun tak ada masalah.
Sesuai untuk semua jenis ban roti, donut, pizza.
30g marjerin
8g yis
3g magic improver
266 ml air sejuk (Air sukatan anggaran sahaja) jadi letak air sikit-sikit ikut kelembutan doh masing-masing)
Campurkan semua bahan kecuali yis dan air sejuk.
Putar sebati. Masukkan air sejuk dan adun.
Ads
Kemudian last masukkan yis dan adun hingga elastik.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Serlahkan bakat merangkak si manja di SSPN x PA&Ma Baby Merangkak Race 2020 pada 17-18 Oktober ini!
Hadiah berupa akaun SSPN menanti para pemenang! Bukan tu je, ada award Baby Merangkak WOW! juga (pemenang dipilih berdasarkan likes paling tinggi di IG).
Untuk mendaftar, boleh segera hubungi kami di nombor yang tertera.
Penggemar ayam goreng berempah pasti tidak mampu melepaskan sepinggan nasi jika hidangan ayam goreng panas tersedia di atas meja. Apa lagi kala digabungkan bersama sambal belacan dan gula panas.
Bosan dengan ayam goreng rempah biasa, apa kata kita cuba Ayam Goreng Serai Thai pula untuk hidangan keluarga. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Pn Nurul Ateekah ini. Confirm tak boleh berhenti makan.
Tak boleh nak berenti makan. Yang penting makan bersama sayur kailan belacan dan telur mata lembu ianya sudah mencukupi untuk menikmati kesedapannya.
Bahan-bahan:
500 gram isi ayam dipotong kecil (dicuci bersih)
2 batang serai (dipotong 2 cm dan ditumbuk hancur mengunakan lesung batu)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula
2 sudu besar tepung jagung
5 helai daun limau purut dihiris
Bahan ditumbuk@dikisar halus tanpa air
2 pokok akar ketumbar
2 sudu besar lada hitam
5 ulas bawang putih
Sediakan mangkuk atau bekas, masukkan ayam dan kesemua bahan (kecuali daun limau purut) serta bahan yang dikisar halus. Gaul sebati dan perapkan paling kurang selama 30 minit.
Panaskan minyak, agak-agak boleh tenggelamkan ayam apabila digoreng nanti.
Masukkan ayam dalam kuali panas dan goreng sehingga keperangan.
Apabila ayam sudah masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas serta taburkan daun limau purut yang telah dihiris tadi.
Ratakan ayam bersama daun limau purut.
Siap dihidang.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasa makan sandwich sardin. Kali ni cuba pula buat resipi roti sardin gulung goreng tepung. Inti sardin tak kisah nak buat macam mana pun, ikut citarasa masing-masing.
Sama ada nak pedas atau tak terpulang pada anda. Tapi istimewa roti ni setiap kali anda gigit, keranggupannya memang terasa.
ROTI SARDIN GULUNG GORENG TEPUNG
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung bestari (spicy).. boleh kurangkan kalau tak nak pedas
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
1 sudu besar marjerin
Air secukupnya
Hirisan daun bawang
Cara membuatnya:
– Campur semua bahan.. kacau sebati (adunan jangan pekat dan cair sangat ye)
– Masukkan hirisan daun bawang.. kacau
– Bila minyak untuk menggoreng dah betul-betul panas.. Tuangkan dalam 2 sudu besar ke dalam adunan tepung tadi. Kacau sebati
– Bolehlah menggoreng
p/s : Masukkan minyak untuk nak bagi ranggup
– Jangan kerap dibalikkan, kalau tak nanti roti akan serap minyak
SELAMAT MENCUBA
Kredit resepi : Noraslinda Md Radzhi via group Mahn
**Teringin nak shopping keperluan dapur, klik di sini untuk dapatkan harga istimewa
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wow..rupanya krim keju atau cream cheese boleh dibuat sendiri di rumah dengan hanya menggunakan 3 bahan sahaja. Memang sangat mudah resipi perkongsian ini.
Selamat mencuba!
Hari tu susah hati tak jumpa cream cheese kan. Buat sendiri…settle masalah. Lepas ni boleh la nak buat roti korea pun..🤪 Nak buat kek pun takda hal..
Resipi Homemade Cream Cheese
Bahan-bahan:
🥭 1 liter susu full cream jenama tak kisah
🥭 4 sudu makan lemon @ cuka
🥭 1 sudu kecil garam
Cara penyediaan:
🍉 Masak susu hingga mendidih, kemudian kecilkan api.
🍉 Masukkan lemon atau cuka. Kacau hingga nampak mengental seperti susu
basi kemudian matikan api.
🍉 Tapis dengan penapis teh.
🍉 Pukul dengan mixer atau blender kemudian tambah garam. Sekian!
Selamat mencuba!
Credit : Dee Diana Haser
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.