Resipi Bergedil Ayam Kentang Sedap, Goreng Tak Mudah Pecah Ikut Cara Ni!

Share

Bergedil antara menu pelengkap yang membuatkan kita bertambah nasi. Tak sukar tetapi bergedil yang satu ini memang senang hendak membuatnya.

Tambah lagi ada cara gorengan supaya tidak pecah ketika menggoreng. Macam mana caranya? Ini perkongsian Pn Nurasyikin Ali. Sedap!


Ramai yang tau buat bergedil, tapi masih ada yang belum tau cara goreng dengan betul supaya tak pecah bila angkat dari kuali. Betul tak?

Ramai yang tau buat bergedil, tapi masih ada yang belum tau cara goreng dengan betul supaya tak pecah bila angkat dari kuali. Betul tak?

So arini nak share resepi ke-4, bergedil kentang ayam. Kak ekin guna dada ayam. Tak suka guna ayam cincang brand ramly atau saudi yang seangkatan tu. Sebab terlalu berlemak. Bila basuh tu tangan mesti melekit cam ada gam huhu.

Sapa dah pandai abaikan posting ni. Kak ekin share pada yang belum tau lagi je. Sape yang cuba mesti ketagih nak buat banyak kali sebab sedappp dan senang yang amat.

BERGEDIL AYAM KENTANG

Bahan-bahan:
2 keping dada ayam
3 biji kentang
Daun sup – hiris
Daun bawang – hiris
Lada sulah, garam
Bawang goreng
Cili Merah 1 tangkai – hiris (optional)
Putih telur

1. Lumur kunyit, garam dan lada sulah pada ayam.

2. Goreng kentang dan ayam sampai masak dan toskan minyak.

3) Tumbuk ayam dan kentang, masuk dalam bekas besar.

4. Kemudian, masukkan kesemua bahan lain ke dalam bekas isi ayam dan kentang yang dah ditumbuk tadi. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Gaul sebati pakai tangan.

5. Ambik sikit adunan. Kepal-kepal bentukkan bulat. Sedia di goreng.

6. Panaskan minyak untuk menggoreng. Pastikan minyak panas kemudian ambil sebiji bergedil dan salut pada putih telur. Dan letak perlahan dalam kuali.

Goreng sehingga masak kuning coklat baru terbalikkan perlahan. Jangan selalu terbalikkan bergedil untuk elakkan adunan pecah.

Menarik: Muka Ni Tahan Ja Tak Mau Garu, Dekat Nak Bersalin, MUA Bellaz Alami Alahan Teruk

Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN