Resipi bihun memang mudah disediakan. Senang kata resipi paling selamat nak disediakan kalau mama dah terlambat nak siapkan makanan. Kalau nak tahu macam mana cara penyediaan bihun goreng singapore, ikut langkah-langkah ini.
Resipi Bihun Goreng Singapore
Bahan-bahan:
Bahan utama:
Ads
Sebungkus bihun direndam lembut.
Bahan A:
-3-4 ulas bawang merah
-5-6 ulas bawang putih
-1 sudu kecil lada hitam
-2 sudu makan udang kering
-2 inci halia
Ads
Nota: Kisar kesemua bahan A
Bahan rencah:
Udang kecil 250g (kopek kulit udang)
Seikat kucai dipotong dalm 4cm panjang.
Lobak sebatang dihiris halus memanjang,
Ads
Cara–cara memasak:
-Tumis bahan kisaran hingga halus sehingga naik bau.
-Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
-Kemudian masukkan isi udang.
-Selepas itu masukkan bihun yang telah direndam lembut.
Akhir sekali masukkan sayur-sayuran dan potongan cili merah sebagai hiasan.
Siap dan sedia untuk dimakan!
Sumber: Senangnya Masak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salah satu makanan yang senang untuk anak makan terutama ketika travel adalah nugget. Pun begitu nugget segera yang dijual di pasaran adakalanya mencurigakan kita sebagai ibu bapa. Bimbang kandungan bahan seperti garam yang tinggi dalam nugget tersebut. Pilihan untuk menyediakan sendiri buat anak-anak kita pastinya yang terbaik.
Musim cuti sekolah ini apa kata kita cuba sediakan sendiri nugget ayam di rumah. Chicken Nugget Homemade yang disediakan oleh Puan Safwah Abd Sani ini memang ringkas. Malah terkawal kandungan garamnya buat anak kita. Bukan itu sahaja malah boleh tambahkan sayuran ke dalam nugget kita. Memang sihat.
Hai wasup guys, hari ni chef umi nak kongsikan chicken nugget homemade, guna 5 bahan je.
Berada lama sepanjang musim PKP ini, dapur menjadi ruang paling ‘hot’ di rumah. Bukan hanya suami bahkan anak-anaklah merupakan pengunjung paling kerap memasuki dapur.
Asyik mencari makanan dan kudapan, tak ketinggalan membuka peti ais berulang kali, mama boleh sediakan aiskrim sedap ni untuk anak-anak. Paling menarik hendak membuatnya semudah ABC, cukup senang. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Khalida Kharudin ini. Senang!
Aiskrim OREO 2 bahan sahaja. Kalau anak korang suka paww beli aiskrim boleh lah cuba ni. Acuan aiskrim boleh beli di kedai Eco.
Bahan-bahan:
Susu Kurma
Biskut oreo
Patah-patahkan biskut oreo.
Masukkan dalam acuan aiskrim macam ni.
Masukkan susu kurma atau apa-apa perisa yang anda suka.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tauhu goreng dengan inti bergedil yang kemudiannya digoreng selalu jadi kegemaran kita. Lagi-lagi kala digabungkan bersama sambal kicap power. Memang tak cukup makan beberapa biji.
Mahu lebih jimat masa dan kosnya, apa kata kali ini kita cuba pula tauhu bergedil ini versi bakar. Lain macam sedapnya.
6 biji ubi kentang- kupas dan hiris supaya cepat masak
3 ulas bawang putih
2 cawan air (mungkin boleh kurangkan jika hendak lebih pejal)
1 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
Daging cincang secukupnya
½ labu bawang besar dicincang halus
½ cawan campuran daun sup dan daun bawang yang dihiris halus
½ biji carrot dicincang halus
Didihkan sehingga ubi empuk/ ¾ empuk untuk tekstur lebih pejal.
Toskan ubi yang sudah empuk. Airnya jangan dibuang dahulu. Jika terlalu pejal/keras boleh tambah air rebusan untuk lembutkan sedikit.
Masukkan ke dalam pemproses makanan (food processor).
Tambahkan telur, garam dan serbuk lada hitam. Mesin. Tidak perlu risau telur tidak masak kerana ubi masih panas dan cukup untuk memasak telur.
Kisar sehingga halus begini. Nampak gebu dan berkrim.
Alihkan ubi yang sudah halus ke dalam bekas yang sesuai untuk ditambah bahan-bahan lain. Jika hendak buat kentang putar (whipped potato), ini sudah siap. Boleh dihidang dengan sos lada hitam.
Tumis daging cincang dengan ½ labu bawang besar dicincang halus. Tambah garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
Masukkan daging cincang yang telah dimasak ke dalam ubi yang sudah dikisar. Tambahkan bawang besar, campuran daun sup dan daun bawang yang dihiris halus dan carrot.
Gaulkan. Cantik bukan, warnanya? Jika hendak dijadikan samosa, boleh balut inti ini dengan kulit popia dan digoreng. Makan sahaja pun sedap.
Belah tauhu goreng, tekan isi tauhu supaya mampat dan masukkan isi pegedil sehingga penuh.
Sapu dengan kuning telur. Bakar dalam oven pada suhu 180°C/ 350°F sehingga garing.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).