Resipi Biskut Sarang Semut Terlajak Senang, Perap Dulu Baru Adunan Cantik, Mudahnya!

Share

Berbanding biskut-biskut lain, biskut sarang semut antara biskut legend yang seringkali dicari-cari pada pagi raya. Warnanya yang cantik dan strukturnya yang unik buat ia jadi kesukaan anak-anak.

Resipi mudah yang dikongsikan oleh Novelis Afieyza Isahak ini anda wajib cuba. Jangan lupa perap adunan dulu untuk dapatkan struktur adunan yang cantik. Barulah biskut lagi cantik dan sedap!

 


Biskut raya pertama : Biskut Sarang Semut. Ini percubaan pertama Cik Fieyza buat biskut ni. Orang kata renyah sebab nak kena parut bagai tapi setiap biskut ada keunikan tersendirikan.

Memandangkan lama tak bakar biskut, pada mulanya tersilap pusing arah api. Itu yang jadi dua benua rupa dia. Cik Fieyza kongsi resipi yang telah diolah mengikut apa yang dipelajari hari ni kalau ada yang nak cuba.

Bahan-bahan:
Buttercup – 1 buku
Tepung kastard – 2 cawan*
Tepung jagung – 1 cawan*
Tepung gandum – 1 cawan setengah*
Gula halus – 1 cawan
Kuning telur – 1
Esen vanila – 1 sudu kecil
Sedikit pewarna kuning
Paper cup
Coklat rice / Coklat manik
Ayak bahan bertanda *

Satukan buttercup dan gula halus. Pukul sehingga kembang.

Masukkan kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning. Pukul sebati.

Masukkan semua tepung dan gaul sehingga adunan tak melekat pada tangan. Adunan memang lembut. Jika masih melekat, tambah sedikit tepung gandum.

Boleh simpan dalam setengah jam dekat peti ais atau boleh parut terus dan masukkan dalam papercup. Hias dengan coklat rice.

Bakar guna api atas bawah – 170c selama 30 minit atau ikut suhu oven masing-masing.

Siap!

Menarik: Cantiknya Warna, Biskut Sarang Trolls, Favourite Anak-Anak, Hanya Uli & Sagat!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

IKLAN