Biskut sarang semut antara biskut legend yang saban tahun memenuhi hidangan biskut raya di atas meja kita. Namun biskut sarang semut biasa mungkin sudah sebati dalam diri kita. Apa kata kali ini, demi memenuhi permintaan anak-anak, biskut sarang semut dengan tema warna-warni dijadikan pilihan.

Paling menarik, cara penyediaannya cukuplah mudah. Nak tahu macam mana, jom cuba air tangan Pn Nurhayati Abd Malek ini. Sedap!

Cantiknya Warna, Biskut Sarang Trolls Favourite Anak-Anak, Hanya Uli & Sagat!

Anak-anak suka biskut sarang semut. Tapi sebab depa dok kata nak yang versi colourful, maka terhasillah, Biskut Sarang Trolls.

Bahan:
250gm Butter
1 cawan gula halus
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji kuning telur
Coklat rice secukupnya
Paper Cup kecil
Pewarna: Kuning, biru, merah, Ungu

Cantiknya Warna, Biskut Sarang Trolls Favourite Anak-Anak, Hanya Uli & Sagat!
1. Panaskan oven 180° selama lima blas minit.

IKLAN

2. Gaulkan butter dan gula. Masukkan esen vanilla dan kuning telur, gaul lagi.

3. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit hingga jadi doh.

Cantiknya Warna, Biskut Sarang Trolls Favourite Anak-Anak, Hanya Uli & Sagat!

4. Bahagikan doh kepada 4 bahagian. Titiskan doh pewarna biru, ungu, kuning dan merah.

IKLAN

5. Sagat semua doh dan masukkan ke dalam paper cup. Taburkan coklat rice.

Cantiknya Warna, Biskut Sarang Trolls Favourite Anak-Anak, Hanya Uli & Sagat!

6. Bakar suhu 180° selama 25 minit ikut kepanasan oven masing -masing. SIAP!

Sabotau. Tunggu buka baru makan.

IKLAN

Cantiknya Warna, Biskut Sarang Trolls Favourite Anak-Anak, Hanya Uli & Sagat!

Selamat Mencuba!

Menarik: Resipi Biskut Casablance Hanya Gaul & Terapkan, Cukup Mudah & Sedap

Resipi Kek Marble Raya Gebu, Guna Sukatan Cawan, Senangnya

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI