Setiap ibu pasti mahu menyediakan sajian yang berkhasiat untuk si manja. Stok sayur ini salah bahan dalam penyediaan sajian bayi, boleh kuatkan antibodinya.
BEBAS MSG, GARAM DAN GULA
Resipi stok sayur ini dikongsikan oleh Puan Nurul Hanim Omar. “Stok sayur ni kte guna utk letak dalam makanan anak boleh untuk kita pun boleh sebagai perasa. Seperti yang sedia maklum, bahan perasa yang terdapat dipasaran mengandungi monosodium glutamate (MSG) dan kita tak yakin pembuatannya mungkin terdapat garam dan gula.
Untuk makanan anak yang berusia bawah 2 tahun sebaik-baiknya tidak menggunakan garam, gula dan monosodium glutamate (say NO TO SALT, SUGAR & MSG). Jadi dengan adanya vege stock ini, anak tetap dapat makan sedap dan segala nutrien yang ada pada sayur yang kita gunakan untuk buat stok in diperolehi kepada anak terutama sekali kepada anak yang tidak gemar kepada sayur sayuran,” kata ibu kepada Muhammad Asyaraf Hakimi yang berusia 7 bulan. Katanya lagi, stok sayuran ini sudah boleh diperkenalkan kepada bayi berusia baby tujuh bulan.
PROSES PENYEDIAAN
Kata Nurul Hanim, menyediakan stok sayuran ini sangat mudah. Boleh gunakan apa sahaja sayur yang hendak digunakan. Kulit-kulit sayur yang sudah dibersihkan pun boleh digunakan.
Ads
Bahan-bahan (semua dipotong dadu)
2 biji bawang besar*
7 ulas bawang putih*
3 batang lobak merah*
2 batang saderi*
1 batang leeks*
Bunga kubis
Brokoli
2 sudu besar Minyak zaitun/minyak sawit
1 liter Air
Cara penyediaan
Gunakan periuk stainless steel atau kaca. Panaskan minyak dan tumiskan bahan bertanda * sehingga sedikit layu (5minit).
Masukkan air, bunga kobis dan brokoli atau apa-apa sayuran yang anda suka. Renihkan selama 45-55 minit menggunakan api perlahan.
Sejukkan stok sayuran tersebut.
Tapis dan ambil air rebusannya sahaja.
Simpan di dalam bekas bertutup seperti kiub ais dan bekukan ia untuk memudahkan penggunaan dan memanjangkan jangka hayat stok tersebut.
CARA PENYIMPANAN
Ads
Stok sayuran yang di simpan di bahagian chiller pada peti sejuk dan boleh bertahan selama 5hari manakala jiika dibekukan boleh bertahan sehingga sebulan atau lebih.
INFO MENGENAI STOK SAYURAN
Ibu ini juga turut berkongsi info mengenai stok sayuran ini seperti berikut;
Nutrien penting yang diperolehi daripada stok sayuran ini ialah;
Sodium
Vitamin B1
Vitamin A
Vitamin B2
Vitamin B5
IMMUNE BOOSTER SEMULAJADI
Menurut Nurul Hanim, stok sayuran ini juga bagus diberikan kepada kalau anak yang demam. “Saya sudah cuba kepada anak saya. Salah satu immune booster jugak sayuran ni.
Petang hari Jumaat dia demam, saya buatkan sup ayam yaang dicampur stok sayuran & syok ayam. Alhamdulillah 5 jam selepas tu demam kebah. Dan sy ulangi berikan anak makan sup tersebut untuk mrmbuka selera makannya semula.
Bukan semua daripada kita mempunyai oven di rumah. Namun keinginan untuk menyediakan kek sendiri ketika raya kali ini terasa membuak-buak. Jangan kecewa kerana kini kek boleh disediakan dengan mudah menggunakan periuk nasi atau paling pantas menggunakan air fryer sahaja. Mudah!
Resipi Kak Sarang Semut yang dikongsikan oleh Kasih Abadi menggunakan air fryer ini cuba mudah. Malah jauh lebih pantas daripada ketuhar. Jadi anak-anak tidak menunggu terlama lalu. Mama boleh cuba ni.
Kek kegemaran anak-anak saya. Selalu bakar dalam oven tapi lambat sikit nak masaknya sebab oven besar. Saya cuba masak dalam air fryer lebih cepat, satu adunan dah cukup.
Kek Sarang Semut
Bahan A
1 cwn gula pasir
1 cwn air panas
2 sudu mentega /marjerin
Masak gula hingga keperangan dan masukkn air juga mentega.
Bahan B
4 biji telur di pukul manja
1/2 cwn susu pekat
1 cwn tpg gandum (diayak)
1 sk soda bikarbonat (Di ayak)
Satukan kesemua dan masukkan bahan A ke bahan B. Boleh letak esen vanilla sket lau suka wangi nak kurang bau telur.
Suhu 160 masa 25 minit, Preheat 8 minit.
Adunan perapkan 1/2 jam jika air gula di tuang masih panas dalam adunan tepung.
** Untuk dapatkan lobang semut yang banyak tu cara potongan kek melintang ya, sebab saya pun baru tahu, selama ni potong biasa hasilnya macam tu tak nampak lubang-lubangnya.
Masalah anak memilih makanan hampir dilalui oleh semua ibu. Ada yang tak mahu makan langsung hanya minum susu sahaja, ada juga yang hanya makan benda yang sama sahaja dan ada juga yang kalau nak makan terpaksa berperang ke hulu ke hilir nak suap anak makan.
Itu adalah situasi yang sering mama hadapi bila anak-anak sudah mula makan. Hakikatnya menguruskan anak yang memilih atau cerewet makan tidak mudah. Bila anak nampak kurus, tak cukup makan pastilah ibu yang sering dipersalahkan.
Untuk mengatasi masalah ini, perkongsian daripada Puan Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist mengulas lebih lanjut tentang permasalahan ini.
ANAK “PICKY EATER”
“Anak saya tak nak minum air kosong/ makan nasi atau semua makanan kecuali susu”
“Setiap kali waktu makan, mesti berperang nak suap anak makan”
“Anak tak nak berus gigi, mesti menangis setiap kali nak sentuh dalam mulut. Habis gigi semua rosak”
Menguruskan anak yang memilih makan bukannya mudah, kadang-kadang ada yang sampai bergaduh suami isteri menyalahkan diri masing-masing. Selalunya golongan mak mak yang akan dipersalahkan sebab dah biasa dengan norma masyarakat kita, perempuan duduk didapur menguruskan makan minum satu keluarga. Maka bila pulang ke kampung jumpa keluarga lain, bila anak memilih makan pasti golongan mak juga yang akan dipersalahkan dan dilabel “tak pandai jaga anak”. Adakah salah anak ataupun salah mak ayah?
Jom baca
Apa punca anak memilih makan?
Ada banyak punca menyebabkan anak memilih makan, tetapi kebanyakan kes melibatkan isu terhadap 2 deria penting iaitu:
Kedua-dua deria ini memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan pemilihan makanan anak. Apabila anak memilih makan, mak ayah perlu tahu adakah disebabkan deria bau atau deria rasa ataupun kedua-duanya yang terlebih sensitif (hypersensitif) atau terkurang sensitif (hyposensitif).
Jika terdapat hypersensitif atau hyposensitif terhadap mana-mana deria, ia dipanggil “Sensory Prosessing Disorder” atau bahasa mudah kecelaruan sensori yang mungkin menyebabkan penerimaan bau/rasa yang tidak normal, kesannya anak memilih makan.
Genetik juga memainkan peranan dalam pemilihan makanan. Kalau mak ayah suka makanan yang berbau dan rasa kuat, anak juga cenderung ke arah itu. Cuma perbezaannya, sensitiviti terhadap deria bau dan rasa telah di “normalize”kan mengikut masa. Sebab itu, ada yang masa kecil tak makan sayur dan buah tetapi makan apabila sudah dewasa.
Hanya mak ayah yang mempunyai anak memilih makan sahaja tahu betapa “struggle”nya nak beri anak makan. Saya juga salah seorang “picky eater” yang teruk semasa kecil, sampai mak saya kurung dalam stor 3 jam tunggu saya telan makanan sambil mak menangis dekat luar. Bila dah besar sedikit, pandai makan sendiri selalu saya sorok-sorok buang sayur. Sorry mak ayah!
Maka, bila ada anak sendiri sekarang saya harap dengan menggunakan ilmu yang ada, anak saya tidak ikut jejak langkah saya.
Jadi tips dibawah ini adalah berdasarkan beberapa rujukan dan pengalaman saya sebagai ibu + occupational therapist untuk mengelak anak memilih makan sejak bayi. Untuk yang mempunyai anak bawah 3 tahun yang memilih makan, boleh juga cuba sebab masih belum terlambat lagi untuk memperbaikinya cuma memang ianya mengambil masa dan memerlukan kesabaran yang tinggi.
TIPS MENGELAK ANAK MEMILIH MAKAN SEAWAL BAYI
Tips ini dipecahkan beberapa bahagian:
– Amalkan membersihkan dalam mulut bayi menggunakan kain basah yang bersih seawal baru lahir.
– Gunakan berus gigi mengikut peringkat umur. (Kain ➡ Finger brush ➡ Extra soft brush). Boleh rujuk Doktor Gigi untuk info lebih lanjut.
– Kerapkan menyentuh dalam mulut bayi untuk tujuan mengurangkan sensitiviti deria dalam mulut.
– Lewat memberus gigi / membersihkan mulut anak juga adalah salah satu faktor menyebabkan anak memilih makan. Maka, ayuhlah kita rajin-rajin bersihkan mulut anak ya.
– Jangan terlampau menghalang anak masukkan benda dalam mulut tapi tak ganti dengan benda yang selamat (teether, finger food) sebab skil ini penting untuk merangsang sensori dalam mulut.
– Elakkan memberi makanan yang telah diproses sehingga anak mencapai umur 1 tahun.
– Kesilapan utama yang selalu dilakukan oleh mak ayah dalam memperkenalkan makanan awal pada anak adalah dengan memberi anak makan semua termasuklah makanan diproses dengan tanggapan:
“Bagus,beri anak makan semua benda untuk memberi rangsangan deria rasa”
“Kasihan anak tengok kita makan ais krim, kek, sosej, nugget atau fast food. Bagilah dia juga”
“Makan ais krim laju je, comelnya anak mummy”
Tak beri rasa bukan sebab tak sayang, tapi sebab sayangkan usus dan deria rasa anaklah kita perlu elakkan. Kalau kasihan juga, makanlah sorok-sorok jangan beri anak nampak. Tak lama pun, tunggu sampai anak umur 1 – 2 tahun. Bila kita dah awal-awal beri anak rasa makanan diproses yang mempunyai perisa tiruan dan manis secara tak langsung kita telah membiasakan dan mengajar deria rasa anak cenderung kepada perisa tiruan dan rasa manis seterusnya menyebabkan anak mengelak makan sayur-sayuran yang pahit.
Anak umur 6 bulan, tak reti pun lagi meminta kalau kita tak pernah beri. Banyak sangat buah dan sayur yang perlu dia belajar rasa berbanding makanan diproses sebab deria rasa anak sangatlah sensitif sejak lahir, sebab itu bubur kosong pun dah sedap bagi bayi. Maka, tak perlu pun letak perisa tambahan penyedap rasa untuk bayi 6 bulan.
Untuk ibu yang bekerja yang sibuk dan tiada masa untuk buat makanan bayi. Kini banyak sangat tips mudah di fb, buat stok sebulan sekali, bekukan dalam tempat ais krim seterusnya simpan dalam bag ziplock. Bubur nasi pun buat stok seminggu. Makanan bayi “homemade” pun sudah banyak dijual di pasaran. Mudah kan?
Pengalaman saya, saya memang tegas dalam pemakanan anak saya sebab tak nak anak jadi pemilih makan macam saya, kami makan juga fast food ataupun makanan diproses tapi tak pernah beri anak walaupun “sikit-sikit” dari anak umur 6 bulan hingga umur 1 tahun. Dalam beg memang sentiasa bawa bekal makanan dan “finger food” dan anak juga tak ada minta atau mengamuk nak rasa makanan kita sebab dia tahu makanan dia dalam bekal sahaja sehinggalah umur 1 tahun. Kasihan kan?
Tapi sebab sayangkan usus dan deria rasa anaklah saya buat macam ini.
Anak saya juga memang menunjukkan tanda-tanda memilih makan masa umur 6 bulan, akan menangis dan kadang-kadang boleh sengaja memuntahkan semula makanan setiap kali cuba sayur dan buah yang baru. Saya pasti ramai ibu lain mengalami situasi ini, mungkin ada yang akan stop dan tak beri lagi. Tapi cara saya, saya akan beri juga selagi tidak memudaratkan sebab lebih mudah berperang dengan anak bawah 1 tahun berbanding apabila dah besar. Kesannya, peperangan menyuap anak tak lama pun sehingga anak umur 8 bulan dia sudah boleh menerima semua buah dan sayur.
– Setiap makanan baru perlu di perkenalkan selama 4 hari berterusan, ia juga dipanggil “4 Day Wait Rule” untuk melihat jika ada kesan alahan dan untuk tujuan “normalize”kan deria rasa anak.
– Beri anak rasa satu persatu jenis makanan sebelum mencampurkannya.
– Jangan putus asa dalam mencuba kerana corak pemakanan awal banyak mempengaruhi gaya pemakanan anak. Baik menangis sekarang dari menangis di kemudian hari.
– Pelbagaikan tekstur makanan (lembut, kasar, melekit, kering dan basah) yang boleh didapati dari pelbagai jenis buah dan sayur. 🍉🍊🍋🍌🍎🍓🥑
– Ajar anak untuk menguyah dan mengigit makanan seawal anak reti memasukkan benda/makanan ke dalam mulut dengan memberi “finger food”.
– Menguyah makanan adalah salah satu latihan mulut untuk perkembangan skil bercakap anak juga.
– Jika sayang anak takut anak tercekik tapi jangan terlalu lama memberi makanan kisar sehingga umur 2 tahun ya.
– Kalau takut anak tercekik semasa pemberian “finger food” buah- buahan, mak ayah boleh beri “Food Feeder” untuk anak gigit-gigit.
– Kalau malas nak cari, boleh cuba cara orang dulu-dulu dengan masukkan buah dalam kain lepas itu ikat macam sup bunjut. 😋
– Setiap kali pengenalan makanan baru, beri anak main-main dengan sayur/buah tersebut dahulu sambil kenalkan nama sebelum beri anak rasa.
– Jangan marah atau jerit kalau anak gigit sedikit kerana perbuatan ini akan buat anak takut untuk menyentuh buah dan sayur lagi sebaliknya hanya tolak tangan anak.
– Pelbagaikan suhu setiap makanan, contohnya puree epal boleh beri sejuk dan suam tak perlu terikat pada 1 suhu sahaja.
Sebagai mak ayah, kita tak harap pun anak makan semua benda. Apa yang kita harapkan, anak makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Contohnya buah dan sayur, ada bermacam macam jenis buah dah sayur. Kita tak harap pun anak makan semua, kalau dapat makan 1-2 jenis pun dah bersyukur asalkan anak dapat sumber serat.
Maka, abaikan sahaja pandangan dan kecaman orang lain bila anak kita memilih makan.
Siapa yang tak sayang anak kan?
Siapa yang tak nak anak makan semua makanan?
Siapa yang tak nak pastikan anak tidur dengan perut yang kenyang?
Maka, kita janganlah terlampau “judgemental” kerana kita tak tahu betapa sedihnya perasaan setiap kali anak menolak makanan yang diberi atau masak. Jadi, mak ayah sekalian boleh cuba tips di atas untuk mengelak anak menjadi “picky eater” seawal lepas lahir. Setiap tindak balas dan cara adalah berbeza setiap orang, kita hanya mencuba dan usaha dari awal. Usaha selepas itu barulah tawakal, jangan mengalah dan putus asa.
Jika mak ayah dapati anak mengalami masalah dalam pemakanan, disarankan rujuk Dietitian untuk dapatkan konsultasi untuk elakkan masalah perkembangan anak terbantut.
Untuk pengetahuan Occupational Therapist juga mengendalikan kes anak memilih makan cuma pendekatan kami lebih kepada isu sensori, oral-motor atau isu-isu lain yang berkaitan.
Ini baru cerita part punca dan cara mengelak anak memilih makan belum lagi tips menangani anak memilih makan sebab dah terlalu panjang.
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.