Kalau sebelum ini butir nangka hanya tepung kenyal kosong sahaja, kali ini kita variasikan dengan inti gula melaka di dalamnya. Lebih manis dan sedap rasanya. Jom cuba perkongsian resipi Zurina Zulkefli. Memang sedap!

Resipi Bubur Butir Nangka Berinti Gula Melaka, Lagi Sedap, Manis & Berlemak, Padu!


Bubur butir nangka berinti gula Melaka. Musim-musim panas ni memang tekak teringin nak makan manisan yang sejuk-sejuk.

Kebiasaan saya suka butir nangka yang membujur dan tak perlu bubuh inti. Tapi suami saya nak ada rasa gula melaka, baru la sedap katanya. Selama saya buat butir nangka, mesti dia tanya saya mana inti? Kenapa tepung dia (butir) kosong je. Kali ni, saya ikut citarasa dia. Makanya butir nangka saya membulat dan ada gula Melaka. Resepi di setiap gambar.

Bahan-bahan:
1 cawan tpg pulut
2 sudu besar tepung gandum
Air (tiada sukatan sebab air perlu dituang sedikit demi sedikit)
Perwarna hijau, merah, dan kuning
Gula Melaka
1 kotak kotak santan
1 sudu kecil halba (untuk aroma)
Gula kasar (mengikut citarasa kemanisan masing²)
Dua helai daun pandan.
Sesudu besar tepung gandum yang dibancuh air.

Cara menguli tepung dengan baik

Resipi Bubur Butir Nangka Berinti Gula Melaka, Lagi Sedap, Manis & Berlemak, Padu!

Campurkan tepung pulut dan tepung gandum dalam satu mangkuk. Tuang air sedikit demi sedikit sambil tangan menggaul tepung sehingga berpasir.

Bila tepung menjadi berpasir dan bergumpal, berhenti tuang air. Gaulkan kesemua tepung sehingga menjadi doh yang sebati.

Resipi Bubur Butir Nangka Berinti Gula Melaka, Lagi Sedap, Manis & Berlemak, Padu!

Bahagikan doh kepada tiga bahagian. Setiap bahagian dicampurkan pewarna. Saya gunakan lidi sate untuk calitkan perwarna agar cecair warna tidak tertumpah atau berlebihan.

IKLAN

Resipi Bubur Butir Nangka Berinti Gula Melaka, Lagi Sedap, Manis & Berlemak, Padu!

Saya simpan di dalam bilik stor makanan, tanpa disangka gula melaka saya cair. Musim panaskan sekarang. Tapi takpe senang je, saya jadikan bebola kecik untuk dijadikan inti butir nangka saya.

Resipi Bubur Butir Nangka Berinti Gula Melaka, Lagi Sedap, Manis & Berlemak, Padu!

Cuit sedikit doh lalu bulatkan dan penyetkan. Letak inti gula melaka dan uli membulat semula.

Resipi Bubur Butir Nangka Berinti Gula Melaka, Lagi Sedap, Manis & Berlemak, Padu!

Jadila butir nangka bentuk bulat.

Resipi Bubur Butir Nangka Berinti Gula Melaka, Lagi Sedap, Manis & Berlemak, Padu!

IKLAN

Rebuskan ke dalam air yang mendidih. Pastikan ketika direbus air selalu dikacau sebab kita tak nak butir nangka kita melekat pada dasar periuk. Nanti butir nangka jadi xcantik dan membulat. Bila butir nangka dan timbul, baru angkat.

Rendam di dalam air sejuk untuk mengekalkan kekenyalan butir nangka.

Resipi Bubur Butir Nangka Berinti Gula Melaka, Lagi Sedap, Manis & Berlemak, Padu!

Untuk kuah pula. Panaskan secawan air di dalam periuk dan masukkan daun pandan. Masukkan gula (mengikut citarasa) dan sesudu halba.

Resipi Bubur Butir Nangka Berinti Gula Melaka, Lagi Sedap, Manis & Berlemak, Padu!

Tunggu sehingga air mendidih barulah masukkan sekotak santan. Masukkan bancuhan sesudu tepung gandum untuk memekatkan kuah santan.

IKLAN

Resipi Bubur Butir Nangka Berinti Gula Melaka, Lagi Sedap, Manis & Berlemak, Padu!

Masukkan butir nangka kita ke dalam kuah santan. Reneh butir nangka pada suhu api yang kecil selama 10 minit.

Resipi Bubur Butir Nangka Berinti Gula Melaka, Lagi Sedap, Manis & Berlemak, Padu!

Resipi Bubur Butir Nangka Berinti Gula Melaka, Lagi Sedap, Manis & Berlemak, Padu!

Siap, boleh dihidang makan panas-panas atau pun boleh disejukkan dahulu. Kalau saya, saya suka makan sejuk-sejuk.

Menarik: Sedapnya Resipi Puding Sumi, Campur Dua Jenis Susu, Teruja Anak Makan

Resipi Bubur Butir Nangka Berinti Gula Melaka, Lagi Sedap, Manis & Berlemak, Padu!

Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/

Bijaknya Adik Huzaifah dan ibunya, Ustazah Aishah melakukan solat Subuh dengan tertib rukunnya. Semoga adik-adik BK rajin mendirikan solat, kerana solat tiang agama tau!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI