Dah masuk beberapa hari beraya ni, nak rehat sekejap dari menikmati juadah berat seperti rendang dan lemang. Kalau boleh nak makan yang rigkas je, panas-panas untuk buat tekak rasa selesa.
Salah satu menu yang sesuai adalah bubur nasi. Ada banyak jenis resipi dan boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing. Ada yang sukakan bubur kosong tapi ada juga yang gemar makan bersama lauk-pauk.
Mak Su ada berkongsi resipi bubur nasi berlauk yang pastinya memikat selera. Nak buat pun mudah;
Sekali sekala tukar menu kan😍
RESEPI BUBUR NASI BERLAUK 😋
BAHAN BUBUR: 2 cawan beras (dikisar) 6 cawan air
CARA PENYEDIAAN: Masak bubur dan apabila makin pekat boleh ditambah air sedikit.
Ads
Sumber foto: Facebook Mak Su
RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN: Bawang putih Sambal belacan Kangkung Bawang holland Cabai besar merah
CARA PENYEDIAAN: 1.Panaskan minyak,tumis bawang putih sehingga garing,masukan sambal belacan kemudian tumis sehingga naik bau. 2.Masukkan kangkung dan tambahkan air sedikit. 3.Goreng dengan api yang besar,kemudian masukan bahan perisa, masukkan cabai besar yang dihiris. Kemudian masukan bawang holland. Siap untuk dihidangkan.
Sumber foto: Facebook Mak Su
BAHAN UNTUK HIDANGAN: Kacang tanah (digoreng) Ikan bilis (digoreng) Telur masin (direbus) Bawang goreng Limau Daun bawang Kangkung goreng belacan
Ads
**Boleh juga dihidangkan bersama isi dada ayam, kali ni saya buat bubur. Buka peti sejuk, ayam habis. Saya masak apa yang ada sahaja..
Kalau dibuat banyak-banyak, boleh juga jadi sajian istimewa untuk dihidangkan kepada para tetamu. Selain lauk seperti kangkung goreng belacan, boleh juga dibuat isi ayam masak kicap dan anyak lauk lain mengikut selera anda.
Yang pasti, hidangan ini tidak muak dan sesuai dimakan seisi keluarga. Selama mencuba!
Aiskrim yogurt buah-buahan selalunya ibu ayah akan tunda dulu kerana ia kaya dengan gula. Tapi resepi yang dikongsikan ibu ini menggunakan buah-buahan dan yogurt sebagai bahan, tiada gula & garam digunakan, jadi ia mesra bayi!
Tidak salah jika anda ingin memperkenalkan makanan selain bubur dan puri kepada bayi. Misalnya aiskrim buatan sendiri ini menggunakan buah-buahan sebenar dan kurma sebagai perasa dan yogurt sebagai bahan asasnya. Ia bukan sahaja sedap, tapi khasiat di dalamnya juga diperoleh si manja. Boleh disajikan sebagai snek.
Puan Faizah Abdul Majid berkongsi resipi ini. Dia telah menggunakan buah naga, avokado dan pisang dalam pembuatan aiskrim ini. Berikut ialah perkongsian beliau;
Harini Nadhif Mateen makan aiskrim yogurt home made flavor Dragon Fruit, Avocado & Pisang.
Kawan-kawan pun boleh cuba aiskrim ni sebab tiada gula, garam, pengawet dan pewarna/perisa tiruan.
Resipi Aiskrim Yogurt Buah-Buahan Homemade
Bahan-bahan
3 bahan sahaja yang diperlukan
Natural yogurt
Kurma/puri kurma
Buah-buahan sesuka hati
Cara penyediaan
Lenyekkan/kisarkan buah.
Campurkan puri kurma & sudu Natural Yogurt.
Masukkan ke dalam peti ais.
Aiskrim ini sesuai untuk 8 bulan ke atas & dicadangkan untuk bayi yang tengah dalam fasa tumbuh gigi.
Bila anak makan dengan berselera, sebagai ibu kita rasa lega dapat kenyangkan anak. Ibu menjadi bertambah pening dan runsing bila anak tidak gemar makan dan hanya makan mengikut moodnya sahaja. Buntu dibuatnya. Bagi anak yang ‘kaki makan’, ibu boleh mencuba resipi Grilled Rice Stick ini. Mudah nak dibawa ke mana-mana di hujung minggu.
Resipi yang dikongsikan oleh Puan Myra Shafie ini menerusi Happy Baby Food Malaysia antara resipi awesome lagi kreatif untuk ibu-ibu cuba. Beliau yang menyediakan menu ini buat anaknya, Hud Eizaz yang berusia 8 bulan ini boleh dijadikan pilihan hujung minggu anda. Paling penting anak senang nak pegang dan makan. Jom cuba.
Hari-hari ibu kena suap nasi kan. So hari ni lunch, ibu bagi dia makan nasi sendiri. Mommy kalau keluar weekend jalan-jalan boleh je prepare nasi ni bagi baby. Kenyang pun kenyang. Cukup lengkap karbo, protein, serat.
Bahan ringkas lagi mudah
Secawan nasi
Sedikit isi ayam
2 sudu CFS
Lada hitam
Oregano / mix herbs
Sedikit sawi cincang
Sedikit bwg putih cincang
Sedikit carrot cincang
Sedikit potato cincang
*carrot & potato sebelum cincang saya steam dulu bagi lembut.
Gaul / ramas-ramas bagi mesra & sebati. Saya letak sedikit telur nak bagi melekat. Anak allergik telur boleh ganti bancuhan tepung jagung sedikit.
Tambah 2 sudu besar unbleach flour.
Dah siap adun, buat roll memanjang. Boleh tabur tepung sikit.
Boleh potong ikut suka hati.
Grill dalam 5 minit dengan unsalted butter agak-agak dah masak.
Ayam cincang halus-halus, lagi cepat masak or boleh rebus dulu isi ayam tu kalau was-was tak masak masa grill tu. Boleh juga steam kalau tak nak grill.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka, Datuk Ramli MS atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Ram—yang sinonim dengan gaya serius sebagai juri program realiti—kini tular di TikTok apabila...