Sedar tak sedar, kita dah tiba ke penghujung Ramadan. Kalau tak ada aral melintang, kemungkinan esok seluruh umat Islam akan menyambut hari pertama Syawal. Selepas sebulan berpuasa, pada hari raya inilah kita akan ‘all out’ memasak hidangan teristimewa untuk keluarga. Selain rendang atau masak lodeh, menu lain yang menjadi kegemaran ramai adalah daging dendeng.
Sedap berlemak, kalau diletakkan cili akan terasa pedasnya. Dipadankan dengan lemang, ketupat ataupun nasi berperisa seperti nasi minyak atau nasi beriani memang mengena sungguh! Mungkin ramai yang fikir susah nak masak daging dendeng ni, tapi sebenarnya tak rumit pun. Bahan-bahan pun mudah nak cari.
Menerusi posting di laman Facebook Share Masakan Beraneka Resepi, Sarah Aleya berkongsi resipi daging dendeng yang mudah untuk dibuat sendiri yang dikreditkan ke akaun Cik Puan Julieta. Semua bahan rencah tidak perlu dikisar, cukup dihiris sahaja.
Ads
RESEPI DAGING DENDENG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging – potong nipis
BAHAN A:
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Ads
BAHAN B:
2 batang serai
3 helai daun limau purut
Kulit kayu manis & bunga lawang
1 senduk cili kisar
1/2 cawan kicap kipas udang
Sedikit air asam jawa & air rebusan daging
1. Sediakan semua bahan-bahan dan bahan A dimayang halus. Ketepikan.
2. Daging dipotong nipis kemudian direbus hingga lembut.
3. Kemudian ambil anak lesung, tumbuk kepingan daging satu persatu.
4. Panaskan minyak masak dan goreng kepingan daging yang ditumbuk tadi. Jangan goreng terlalu lama kerana daging akan menjadi keras. Setelah siap digoreng, ketepikan.
5. Seterusnya tumis bahan A sampai kekuningan atau hingga garing kemudian angkat.
6. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan B pula. Pertama sekali masukkan serai, bunga lawang dan kulit kayu manis.
7. Bila sudah wangi, masukkan cili kisar dan sedikit air rebusan daging. Masak sampai terbit minyak.
8. Kemudian barulah dimasukkan kicap, air asam jawa, kepingan daging, gula & garam secukup rasa.
9. Akhir sekali masukkan bahan-bahan A yang digoreng tadi. Kacau sebati dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Sepanjang tempoh PKP ini, bukan sahaja kita dewasa yang asyik kelaparan, anak-anak kita pun sama. Kudapan antara menu wajib ada di rumah bagi mengelakkan anak-anak kelaparan sementara menunggu waktu makan.
Bosan dengan finger food, mama boleh sediakan kuih bahulu yang lembut untuk anak-anak pegang. Resipi yang satu ini paling unik kerana bukan hanya gunakan bahan biasa untuk menghasilkan bahulu tetapi ia dicampurkan dengan labu di dalam bahannya. Menarik!
Jom cuba resipi perkongsian Puan Khalida Mahsari Ummi Khadejah ini. Bukan hanya sebagai kudapan tetapi boleh juga untuk sarapan anak-anak. Menjelang raya nanti pun boleh sediakan menu ini. Sedap!
Sarapan Deejah esok. Kudap-kudapan. Mak-mak boleh tumpang sekali.
Bahan-bahan:
2 sudu besar labu -*dilenyek*
1/2 cawan tepung gandum unbleached
3 biji telur Gred A *asingkan putih telur dan kuning*
3 sudu besar madu
Putarkan putih telur hingga terhasil meringue.
Kuning telur, madu, labu dan tepung sebatikan.
Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan tepung hingga sebati. Kaup balik sahaja.
Bakar satu bahulu dahulu untuk adjust suhu oven kita dan timing bakar.
Ummi bakar suhu 150°C 20-25minit, api atas bawah. Kalau nak lagi garing diluar boleh adjust masa bakar ya.
Selamat mencuba! Fluffy!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau roti tak habis dah nak expired tu, boleh cuba buat resepi ni. Ada orang panggil roti kok atau biskut roti. Tak kisahlah apa namanya, tapi sekali makan memang layan dan susah nak berhenti kunyah.
Anak-anak bila sesekali makan menu yang lain sikit dari kebiasaannya, pasti berebut makan. Tambah pula dengan rasa lemak manis dari marjerin atau butter dan ditabur sedikit gula menambahkan lagi kesedapannya.
Dengan keranggupan roti yang dibakar itu, letak dalam botol, sedar-sedar dah licin. Bukan anak je suka, mak ayah pun layan je sambil minum kopi atau teh.
Nak tahu resipi lanjut, perkongsian Akak Wai ni bolehlah dicuba. Hanya perlu ada tiga bahan utama sahaja.
Bahan-bahannya:
1) Roti
2) Gula
3) Marjerin
Cara membuatnya:
2. Sapu marjerin atau butter di atas permukaan roti tersebut.
3. Tabur gula ikut kemanisan atau citarasa masing-masing.
4. Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius. (Sebaiknya panaskan dulu oven selama 5 minit sebelum masukkan roti yang disusun atas dulang pembakar.)
5. Bakar selama 15 minit (bergantung pada oven masing-masing ya. Jangan suhu terlalu tinggi sangat)
6. Dah nampak kekuningan, boleh angkat dan sejukkan dulu sebelum disimpan dalam botol.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pengat durian mungkin sudah biasa namun bila disekalikan dengan bebola durian di dalamnya, pengat durian jadi lagi sedap dan nikmat.
Idea kreatif yang dikongsikan oleh En Shah Shatry ini memang awesome. Lagi sedap dan nikmat rasanya.
Kelmarin kawan saya ada share resepi nie suruh saya buat memandangkan la ni musim durian. Hari nia apa lagi, kita pun try la buat. MasyaAllah, sedap teramat-amat sangat. Memang tak mengecewakan. Bila bebola tu masuk ja dalam mulut sekali dengan kuah pengat tu, Ya Allah, tak dapat nak di gambarkan dengan kata-kata.
Kenyal-kenyal bebola tu bila di gigit, dengan manis lemak kuah pengat durian tu. Fuhhhh, habis sepinggan. Makan panas², time² hujan nie. Nikmat tu laaaa. Dapat la sejenis menu untuk minum petang hari ni.
Saya ada share resepi cara nak buatnya di setiap gambaq. Kalau anda ada beli durian banyak, tak larat nak makan, saya syorkan try la buat PENGAT BEBOLA DURIAN ni.
Bahan Bebola):
Isi durian dalam anggaran 2 cawan ( letak banyak lagi sedap)
Tepung pulut
Masukkan isi durian & tepung pulut di dalam bekas. Uli adunan sampai dapat doh yang tak lekat di tangan. Macam kita buat kuih onde-onde tu.
Jangan sesekali letak air ye, lembut @ keras adunan tu bergantung pada isi durian tu.
Sukatan tepung tu saya pakai agak-agak ja. Tuang sikit-sikit sampai la dapat doh yang tak lekat di tangan.
Kemudian bulat-bulatkan doh sebesar bola ping pong. Macam kita buat kuih buah melaka @ onde² tu.
Sambil-sambil bulatkan adunan tu, bleh lah didihkan air di dalam periuk. Bila air dah menidih, masukkan adunan yang di bulat-bulatkan tadi. Rebus sampai timbul di atas permukaan.
Sediakan sebekas air yang berisi dengan ketul ais. Angkat bebola yang timbul di atas permukaan tadi terus masukkan ke dalam bekas yang berisi air ais tadi. Ni bertujuan untuk menghentikan proses memasak bebola tu tadi. Bila dah sejuk, angkat & sejatkan.
Bahan-bahan membuat kuah PENGAT DURIAN:
Isi durian (anggaran dalam sebiji durian – bertujuan untuk nak dapatkan rasa & bau durian dalam kuah tu )
Santan cair
Santan pekat
Sagu (di rendam sehingga kembang)
Gula
Garam
Daun pandan
Masukkan santan cair di dalam periuk beserta isi durian & daun pandan. Masak sehingga isi durian keluar dari biji tu.
Bila dah mendidih, masukkan sagu yang dah di rendam terlebih dahulu.
Bila sagu dah nampak jernih, terus masukkan santan pekat, gula & garam. Rasakan sehingga mendapat citarasa yang anda inginkan iaitu manis & lemak kuah tu.
Bila kuah pengat tu dah dapat citarasa yang anda mahu, terus masukkan bebola yang anda buat & rebus tadi.
Bila dah mendidih, padamkan api & boleh la makan.
Siappp. Tunggu apa lagi, boleh la makan. Makan panas-panas sedap @ masukkan sat dalam peti ais, makan sejuk-sejuk. Fuhhhh, nikmat!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.