Sebut sahaja donat, pasti ia menjadi kesukaan anak-anak kita. Setiap kali diletakkan di atas meja, tidak sampai setengah jam, donat habis licin. Inilah penangan kuih yang satu ini.

Tidak yakin untuk mencuba menghasilkan kuih kesukaan anak-anak? Resipi donat lembut dan gebu yang dikongsikan oleh Pn Eti Nur Syafiraa ini mama wajib cuba untuk anak-anak. Simple!

Resipi Donat Gebu Gebas, Cukup Lembut & Gebu, Habis Licin Anak Makan!


Anak-anak request. Donut gebu gebas hanya guna 4 bahan je. Rangup diluar, lembut di dalam, buat banyak-banyak untuk difrozen kan. Senang bila nak makan tinggal goreng dan letak topping je. Husband kata boleh buat jual.

Resepi Donut Gebus

Bahan A
•Yis Mauripan (1 paket)
•Susu Pekat (2 sudu)
•Air suam
•Sedikit garam

IKLAN

Bahan B
•Tepung Gandum (ni sy guna 850g tepung)
•Marjerin (4sudu bsar)

Resipi Donat Gebu Gebas, Cukup Lembut & Gebu, Habis Licin Anak Makan!

1. Bancuh yis mauripan dengan air suam setengah gelas. Jangan panas sangat, nanti yis tak naik. Tambah susu pekat 2 sudu besar. Masukkan sdikit garam. Tunggu sehingga yis naik dan berbuih.

2. Tepung gandum digaul bersama marjerin. Jangan letak marjerin banyak, agak-agak je. Ni saya letak 4 sudu besar, dah gaul, masukkan bahan A dan tambah sedikit air sehingga jadi doh.

IKLAN

Resipi Donat Gebu Gebas, Cukup Lembut & Gebu, Habis Licin Anak Makan!

3. Tunggu sehingga doh naik, lepastu boleh la buat bentuk bulat-bulat atau guna acuan donut. Rehatkan sekejap doh yang sudah di bentuk.

Goreng dan toskan mnyak kemudian letakkan topping mengikut citarasa sendiri. Gula castor@choc/choc rice/nutella.

IKLAN

Resipi Donat Gebu Gebas, Cukup Lembut & Gebu, Habis Licin Anak Makan!

Selamat mencuba!

Menarik: Tak Perlu Beli, Sosej Homemade, Lagi Sedap Sedap & Jimat, Laju Anak Makan

Resipi Donat Gebu Gebas, Cukup Lembut & Gebu, Habis Licin Anak Makan!Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI