Sebut sahaja donat, anak-anak melompat suka. Mana taknya, rasa donat yang lembut dan gebu ditambah pula taburan gula di atasnya buat anak-anak suka.
Macam mana nak buat donat cara mudah? Resipi sukatan donat satu cawan yang dikongsikan oleh Khairunnisa Mohamad ini mama kena cuba. Senang!
Resepi Donat 1 Cawan. Nak beli? Malas keluar. Nak buat? Takut banyak sangat, takda orang makan. Begitu syulitttt. Tak pa. Hari ni kita buat satu cawan tepung je.
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum (saya pakai cawan metrik)
1 biji telur
1 sudu kecil yis (sudu KFC)
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula
1/4 cawan air suam
*Ni semua campur, gaul dan uli sekejap.
Ads
*Lepastu masukkan 1/2 sudu besar marjerin. Kalau doh melekit, tambah dalam 2 sudu besar tepung.
Sambung uli sampai doh licin. Perap 1 jam.
Lepas perap, bahagikan kepada 8/10 bahagian kecil. Bulatkan. Penyekkan. Lubangkan di tengah.
Ads
Perap lagi 30 minit. Lepas tu goreng. Dah siap, boleh salut dengan gula atau susu.
8 biji rasa macam banyak jugak? Jangan risau. Kecik je donatnya ni. Makan suami isteri sambil duduk depan TV, tak sedar tiber dah habis.
Kebanyakan bayi mudah menerima labu sebagai makanan pertama mereka. Ini kerana rasanya yang lemak manis dan tidak begitu kuat berbanding buah-buahan atau sayuran lain.
Selain itu, teksturnya amat lembut apabila dikukus atau dijadikan puri. Labu juga jarang menjadi penyebab alahan kepada bayi. Kalau bayi anda penggemar labu, jom buatkan labu masak lemak seperti yang dikongsi oleh ibu ini.
Selamat mencuba!
Labu Masak Lemak
Menu anak 7 bulan.
Bahan-bahan:
Bawang kecil
Bawang putih
Ikan bilis
Labu
Susu full cream
*Bahan-bahan agak-agak je untuk seorang makan
Cara penyediaan:
1. Tumis bawang kecik, bawang putih, sedikit ikan bilis sampai naik bau.
Anak tak suka makan sayur ke? Ataupun anak kategori picky eater? Its okaylah ibu. Usah kita fokus pada masalah anak. Usah kita putus asa dari nak cuba macam-macam cara atau resepi untuk buatkan anak ada selera nak makan.
Cuba lagi. Cuba lagi. Cuba lagi. Demi anak-anak kita kan. Apa kata cuba resipi bebola kentang crispy yang gebu di dalam dikongsikan oleh Puan Ezzaty Suffian yang dibuat untuk anak-anaknya.
Bukan anak-anak kecil je boleh makan, kita yang dewasa pun boleh layan sekali.
Adunan bebola kentang ini boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak dan boleh dibekukan.
Bahan-bahannya:
6 bahan utama :
1) 6 biji kentang yang dipotong dadu dan direbus serta ditoskan airnya
2) 3 ketul isi ayam TANPA TULANG yang direbus dan dicarik-carikkan isinya
3) 20 helai daun bayam yang dibasuh bersih dan dihiris/dicincang halus (sayur lain pun boleh guna)
4) 3 cawan cornflakes (emping jagung) yang ditumbuk kasar. (Boleh juga guna bread crumbs)
5) 10-12 sudu tepung gandum (unbleached flour)
6) 1/4 cream cheese tartura
First, masukkan semua kentang yang dah direbus + 1/4 cream cheese tartura dalam mixer. Pukul sampai kembang.
Apabila dah kembang, ambil sesudu adunan, bulatkan dan golek atas cornflakes
Goreng dengan api sederhana kecil. Jangan guna api besar sebab nanti meletup kentangnya. Balik-balikkan bebolanya sampai tukar warna jadi perang gelap.Siap dan boleh dimakan
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.