Resipi Kek Marble Jelita Versi Azlina Ina, Paling Sedap & Mudah Nak Buat, Patutlah Sampai 16K Share!

Share

Kek marble sememangnya tak pernah menghampakan. Lagi-lagi resipi kek marble yang dikongsikan oleh cikgu media sosial, Azlina Ina. Kek yang dikongsikan olehnya pasti menjadi dan sedap rasanya.

Che Yah tidak ketinggalan berkongsi resipi cikgu masakan tersohor ini di facebook. Paling menarik perkongsiannya mendapat 16 perkongsian kerana lengkap langkah demi langkahnya. Jom cuba. Paling penting confirm jadi!


Ramai betul rupanya penggemar kek marble jelita versi mak Azlina Ina ni. So kat sini Cek Yah kongsikan step by step macamana nak hasilkan kek yang cantik dan paling penting sedap dan mudah nak buat.

Bahan-bahan pukul sampai kembang :
6 biji telur
220 gm tepung gandum
1 sk serbuk penaik
170 gm gula kastor
50 ml susu segar
3 sb susu pekat
3 sb horlick
1 sb ovalette
1 sk esen vanilla

Bahan yang dimasukkan last sekali :
150 gm butter (cairkan)

150gm butter dicairkan guna suhu sederhana ja tau, lepas dah cair semua terus tutup api dan biar sejuk sedikit.

Satukan telur, gula, ovallete, esen vanila, susu pekat, susu segar dan horlick (horlick penyedap kek). Pukul sampai sebati.

Kemudian masukkan bahan ayak dan pukul lagi sampai kembang.

Pukul lagi sampai naik tiga kali ganda.

Masukkan butter cair yang sudah disejukkan atau suam. Putar sekejap selama 1-2 minit.

Bab mewarna ni ikut kreativiti masing-masing ok, macam ni Cek Yah guna 3 warna sahaja. Nak letak dalam piping beg boleh nak campak-campak pakai sudu saja pun boleh, kita buat dia.

Untuk lorekan Cek Yah guna lidi macamni.

Yang ni ikut pada suhu oven masing-masing ok, kalau rasa kek macam tak masak lagi boleh tambah masa. Kadang ada yang perlu tinggikan lagi, ada yang perlu rendahkan lagi suhu. Tuan oven lebih memahami.

Lepas masak terbalikkan atas redai dan buang baking paper. Sorry Cek Yah punya redai old school so kena pandai-pandai cari idea, kena terbalikkan 2 kali untuk dapatkan 2 line bentuk kotak2 tu ok.

Nak kasi cantik potong setiap sisi untuk hasil yang kemas dan menarik. Tapi kalau nak makan sendiri di rumah tak yah buang pun takpa, kalau ada anak-anak cepat ja dah habis.

Selamat mencuba!

Artikel berkaitan:  Kek Indulgence Sedap & Lembut Macam Aiskrim, Tak Cukup Makan Sepotong!

Kek Marble Yogurt Paddle Pop Viral, Warna Cantik & Teksturnya Lebih Lembut & Lembap!

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN