Resipi Keledek Goreng Rangup, Bila Dah ‘Start’ Makan, Tak Sedar Habis Sepinggan
Keledek goreng memang sedap dinikmati sebagai kudapan petang. Anak-anak mesti suka makan. Selalunya kita hanya beli gerai-gerai tepi jalan. Memang sedap tapi kalau nak puas makan, eloklah kalau kita buat sendiri sahaja.
Bagi anda yang tiba-tiba teringin nak makan keledek goreng seperti yang peniaga pisang goreng jual, boleh cuba resipi perkongsian Aiza Shereen ini. Bahan yang digunakan pun tidak banyak. Jom mama kita cuba buat!
RESIPI KELEDEK GORENG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
Ubi keledek – kupas kulit
Tepung gandum
Marjerin
Garam
Minyak masak
Air suam
Serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
Bersihkan keledek, kupas kulit dan potong keledek panjang-panjang.
2. Untuk bancuhan tepung, satukan tepung gandum, marjerin, garam, minyak masak, serbuk kunyit dan air suam.
Ads
3. Jika suka letak gula, boleh letak. Sukatannya agak-agak sahaja ikut sebanyak mana keledek yang anda guna.
4. Bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
5. Panaskan minyak dalam kuali dan biar betul-betul panas. Goreng keledek secara berperingkat.
Ads
6. Bila keledek sudah garing keemasan, angkat, toskan dan sedia untuk dihidang bersama sambal kicap.
KHASIAT UBI KELEDEK:
1. Vitamin B6
Ubi keledek mengandungi vitamin B6 yang membantu mengurangkan larutan kimia homosisteina di dalam badan. Homosisteina dikaitkan dengan penyakit degeneratif termasuk serangan jantung.
2. Vitamin C
Vitamin C di dalam ubi keledek penting untuk pembentukan tulang dan gigi, penghadaman, dan pembentukan sel darah. Ia juga baik untuk menyembuhkan selesema dan virus influenza. Vitamin C juga mempercepatkan penyembuhan luka dan menghasilkan kolagen yang membantu mengekalkan keanjalan kulit bak remaja.
3. Anti-oksidan
Memakan ubi keledek membantu melindungi badan dari toksin yang membawa kepada kanser.
4. Zat Besi
Kandungan zat besi di dalam ubi keledek menyokong sistem imun dan memastikannya berfungsi dengan baik di dalam badan. Ia memberikan tenaga, membantu pengeluaran sel darah putih, menentang stres, dan memetabolismekan protin.
5. Magnesium
Ubi keledek merupakan sumber magnesium. Magnesium penting untuk kesihatan arteri darah, tulang, jantung, otot, dan fungsi saraf.
Ads
6. Pottasium
Potassium yang diketahui ada di dalam pisang juga turut ada di dalam ubi keledek. Potassium mengawal degupan jantung dan signal saraf. Ia juga melegakan pengecutan otot, mengurangkan bengkak, dan melindungi serta mengawal aktiviti buah pinggang.
7. Gula
Rasa ubi keledek yang semulajadi manis tidak bermakna ia tidak baik untuk kesihatan. Ia dilepaskan dengan perlahan ke dalam darah untuk memastikan keseimbangan sumber tenaga.
8. Karotenoid
Warna oren pada ubi keledek menunjukkan yang ia tinggi karotenoid seperti beta karoten dan sejenisnya. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan menggalakkan ketahanan kita kepada penyakit. Ia merupakan antioksidan kuat yang mencegah kanser dan melindungi diri daripada tanda-tanda penuaan.
Teringin menikmati sup cendawan panas dengan roti garlic di restoran tapi malas hendak keluar, apa kata kali ini anda cuba sediakan sendiri buat anak-anak dan suami di rumah. Tanpa garlic bread, mushroom sup jadi hambar. Sediakan sekali garlic bread padu yang mendapatkan perkongsian lebih 38K ini. Wow hebat!
Resipi mudah dan cukup sedap yang dikongsikan oleh Nurul Balqis ini memang cukup padu. Nak buatnya pun teramatlah mudah. Nak tahu bagaimana cara membuatnya, jom cuba ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan oleh beliau.
Garlic bread sedap macam kat Pizza Hut!
Garlic bread and mushroom soup tersangat sedap macam kat Pizza Hut. Rangup krup krap krup krap and bila celup je mushroom soup terus cair dalam mulut. Nyummy yumm yummm. Cara Qis ni, senang and simple je tak payah guna banyak bahan. So korang pon senang nak buat kat rumah sambil usap-usap rambut suami. Gitohhhhh. Kalau ada apa-apa tak faham, boleh inbox Qis k.
Bahan-bahan
– Sup cendawan campbell
– Susu krimer sejat
– Bawang putih
– Butter/marjerin
– Parsley leave yang kering
– Roti baguette perancis
Bahan untuk sapu dekat roti
– Butter
– Bawang putih (hiris halus sehalusnya)
– Parsley leave
Gaul rata sampai jadi macam dalam gambar tu. Yang lebih boleh simpan dalam peti. So next time, tak payah buat dah.
Potong roti perancis tadi menyerong macam dalam gambar.
Kemudian sapu campuran bawang putih, butter, dan parsley leave tadi one side sahaja.
Goreng tanpa minyak sampai garing dan pastikan jangan hangus ye sayang-sayang.
Cara Buat Sup Cendawan
Bahan untuk soup tersangatlah senang. Hanya guna soup campbell yang cendawan, susu cair & parsley leave sahaja.
Ada orang letak jugak isi ayam dan kiub pati. Lagi sedappp. Tapi Qis buat sehabis simple je. Hehe
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuih bakar antara makanan tradisi yang sangat popular dan digemari ramai. Rasanya yang sedikit hangit di atas dan lembut di dalam memang sangat sedap. Cara buat kuih bakar ni pun sangat mudah! Berbaloi cuba dan dijadikan sajian hidangan pada waktu petang.
Kuih kegemaran. Senang je nak buat..kisar semua bahan dan bakar. Wangii satu rumah.
RESIPI KUIH BAKAR
Bahan-bahan;
2cwn tepung gandum
2cwn pati santan
1cwn air pandan
3\4 cwn gula @ klu suka manis 1 cwn
1 sudu teh garam
4biji telur
2 sudu makan butter
sedikit bijan
sedikit pewarna
Cara penyediaan
Blend semua bahan diatas kecuali bijan,tapis..oleskan loyang dengan butter,tuang adunan kemudian tabur bijan. Bakar pada suhu 170 api atas bawah selama 1jam arau hingga masak..selamat mencuba.
Kredit resepi:Noor Baini Bakar
Kredit Gambar:Eniza M Salim
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Susu kultur adalah antara contoh makanan yang mengandungi probiotik atau dipanggil bakteria baik. Bakteria baik ini berfungsi meningkatkan persekitaran sihat di dalam sistem penghadaman.
Puan Nurbaidurah Bazid, Pegawai Dietetik berkongsi bilakah susu kultur sesuai diberikan kepada kanak-kanak.
Bilakah susu kultur ini boleh diberikan?
Menjawab pertanyaan ini, terdapat beberapa kajian mengenai susu kultur atau probiotik di kalangan kanak-kanak bermula satu tahun dan ke atas. Kebanyakan kajian menunjukkan kesan yang positif khususnya bagi mengatasi atau mengurangkan penyakit atau gejala yang berkaitan dengan usus atau sistem penghadaman.
Namun, tidak banyak kajian yang dijalankan kepada bayi yang berusia bawah satu tahun. Maka saranan saya, susu kultur ini boleh diberikan pada seawal usia satu tahun tetapi perlu dikawal dan jangan berlebihan. Saranan saya mengikut kajian-kajian yang terdapat kini, hadkan pengambilan susu kultur pada kadar 65ml sehari, atau bersamaan 1 botol kecil sehari.
Seterusnya, apakah alternatif lain yang juga mengandungi probiotik atau bakteria baik ini?
Antaranya ialah kefir dan makanan yang ditapai seperti tempe. Suka untuk saya kongsi di sini, selain bakteria baik (probiotik), ada satu faktor lain yang menyumbang meningkatkan lagi kesihatan sistem penghadaman iaitu prebiotik. Ia adalah hasil daripada makanan yang tidak terhadam dalam sistem penghadaman, yang memberi manfaat menyokong pertumbuhan bakteria baik. Fungsinya sama seperti makanan kepada bakteria baik.
Antara contoh makanan yang mengandungi prebiotik adalah madu, bawang merah, asparagus, pisang dan oat. Maka, selain kita mengambil bakteria baik, makanan untuk bakteria baik ini juga penting bagi memastikan ketahanan bakteria baik yang berada di dalam sistem penghadaman.
Sebagai hadiah sempena Hari Raya dan bagi meringankan beban, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56.